THE MEMORIES

Thursday, October 29, 2015

DOKTOR PELATIH INI AKAN JADI PAKAR SATU HARI NANTI

Almost 4 weeks passed.
Da sebulan. Sejak AiHa pakai title Dr. tu.
Deep down, saya bangga dengan doktor. I was there seeing how struggle you are untuk dapatkan title tu. Even masih baru doktor pelatih but I believe you will become somebody someday.

I know I should focus on my self but I cannot let your story become apart from my story. so, it seems like I risau kan you more than I risau myself. It very frustrated knowing that I cannot do more to help. I wish I can help. But the best and for the sake of your success I gotta believe in you and let you drive your self on your own.

Seorang ayah, apabila mengajar anak naik basikal dia cuma akan pegang pada peringkat permulaan. dan akan lepas secara perlahan-lahan. Same here, people said for the sake of your success I gotta believe in you. Believe that you can manage it all without me. I always believe you can. like I always do.

I wish I can ease the burden, help you manage your day like i used to do. But you are somebody now. I know i worried to much..

So doctor, starting now on let me help. Please allow me to help. How do I help? By give the wheel for you to drive and i just sit silently beside. I know you can. I believe in you, people believe in you your family believe in you.

Cheers. ~ Dont be so stress. ! always remember handling me is much more tougher than your job now. eceh ! haha !

Thursday, September 10, 2015

Rebah di pangkuan Madam MhG

Dari pagi rasa down. Dari pagi rasa kosong.
celik mata pandang syiling.
terus baring sampai matahari tegak atas katil.
tarik selimut kuatkan kipas main fone.
rasa putus asa.

Azan Zohor,
Bangun mandi dan bersiap,
Solat dan start enjin kereta.
pusing-pusing stereng then parking.
Panjat tangga, bagi salam dan tolak pintu.

Madam MhG,
Berdiri di dapur. (Macam biasa,rutin biasa)

rasa nak peluk nangis-nangis tapi tak pe,
diam dulu. pandang Madam puas-puas.

Madam shoot
"Kereta da bayar ke"
"Rumah da bayar ke"
"Duet cam mana"
"Survived macam mana"

Dalam hati

::Madam susah hati pasal survival aku rupenye::


Sengeh macam kerang busuk,
"semua ok. semua ada, semua settle. Ibu doakan aje"


Guess what,
The moment I came in to the house I'm having the whole world problems inside my head.

But,
The moment I came out,
All the problem was solved.


MasyaALLAH. !

Brothers and sister for those who having problem now, think no more and rush to your mum. Consider your problem solved.



::Cheers ::

Wednesday, September 9, 2015

IM WRITTING FOR THE SAKE OF MY FUTURE

Hey Guys, 

It quite sometimes since my last post. Its 2013.. bout the job. 

Ok let me shoot. Early today, I had a conversation with my so call bff (Firman) - of course im mentioning my best bic EVER.. !! I asked him if he can tell me who am I next 5 years and he said he cant tell. Its happen that i really wanted to know and I wish in 5 years i have some kind of dejavu of what happening today. 

then later its remind me of this blog which took ages since my last visit. I just changed the privacy back then to private so nobody can read it. but today i decided to run it as public.. I wanted to make it as my time capsule . Next 5 years I want to come to this date and see who am I today and who am I next day.

The moment I write this down my i open another tab for "viewing blog" and the music play on. Its some kind of the memories I have back then play together along with the song. Lego house - Ed Sheeran was the first song I introduce to AiHa, told him it is my fav song. Till now. 

I dont have any plan to change the song as the memories back then was so precious that impossible to bring back. I stood alone enjoying the song writing this pieces together with me mint tea (my fav tea) .. and ya.. its seems like taking me back to those day.. (if you know what i mean)

I don't know, its happen that i became very sentimental these days, remembering bout my past, then thinking bout my death.. wonder if anyone could ever remember me. 

Now, 10 September. 

I don't recall any event happened to me last years, last last years or even last last last years. So I afraid withing 5 years I will not remember who am I today. 

As for today, 

I am still an ordinary girl, staying alone in my "cave". Jobless with some kind of freelance work to survived. 

Am I thinking to much? 





::As time goes by we will realized we lost a lot of people we once knew :: 

Saturday, November 30, 2013

DOODLE UNTUK AiHa

Malam tadi masa sedang sibuk-sibuk dengan assignment, macam biasa la geledah sana sini cari kertas untuk jadikan maklumat dan bahan semua aku terjumpa 2 helai kertas kajang yang berconteng kartun alien yang buat aku tersenyum sorang diri.

Thing is aku tak pandai melukis tapi di sebabkan Aiha semua macam upside down. Serious.. Aku tak tahu dari mana idea tu datang. Nak buang kertas tu sekarang nie rasa sayang plak. so upload la masuk sini. at least ada la gak kan gambar nye kalau-kalau rosak ke kertas tu nanti. 

Baca dari kanan tau. 






 Asalnya picture nie ok je. bila upload terotate macam tengah tornado plak. alahai. nak rotate balik xjumpe pula apps nye. sorry korang. klik dan rotate sendiri erk..



Monday, November 25, 2013

BILA KAU SAYANG AKU

bila kau sayang aku, 
bukan tunjuk sayangmu dengan menyentuh aku. 

bila kau sayang aku, 
tak perlu selalu berada di keliling aku.

bila kau sayang aku,
tak perlu beritahu sedunia kau cintakan aku.

bila kau sayang aku,
tak perlu hadiahkan aku barang beribu-ribu

bila kau sayang aku,
tak perlu tabur aku wang supaya aku berlibur

bila kau sayang aku,
cukup sekadar doa tanda ingatan.

bila kau sayang aku,
ingatkan aku tentang dosa yang mungkin aku lakukan.

bila kau sayang aku,
dorong aku untuk kumpul pahala buat saham akhirat ku.

bila kau sayang aku,
hormati aku sebagai seorang muslimah yang di sanjung agamaku.

bila kau sayang aku,
lekas-lekas jadi yang halal untuk aku.. 


Friday, October 18, 2013

KOLEKSI LIMITED LAGI EKSLUSIF

Mr.Y masih lagi berjalan pusing keliling gelas-gelas kaca yang terpamer bermacam-macam kilauan intan dan berlian. gayanya seperti ingin mengukur kedai emas berkenaan. siapa agaknya manusia dalam negara dreamland yang tak kenal Mr.Y. seorang yang kaya dan berharta, mempunyai rupa yang boleh membuatkan dara bujang luar sana berhenti berkelip saat dia melintas.

Entah kenapa hari ni Mr.Y teringin untuk melabur sebahagian hartanya pada kedai emas ini. Dah banyak sangat duit agaknya. Dia masih lagi membelek seutas rantai bertatah berlian sambil di temani juru jual yang lengkap dengan sarung tangannya. Nak menjaga kualiti lah kata kan. Sambil mempertimbangkan keputusannya untuk membeli, Mr.Y pandang keliling kedai mana tahu ada yang lebih menarik untuk di beli. Akhirnya pandangan Mr.Y terarah pada kaca pameran yang tinggi si satu sudut kedai. mata nya seolah-olah terpaku pada kecantikan dan keindahan set barang kemas berkenaan. rekaannya sangat "simple" tapi penuh dengan sentuhan "feminin" dan "classy". Mr.Y belek dari luar kaca pameran seraya menggamit juru jual yang dari tadi tanpa jemu melayan kerenah Mr. Y.

"Koleksi baru?" tanya Mr.Y  "Tidak encik. Koleksi ini telah beberapa bulan di pamerkan di sini. Setakat ini belum ada yang mampu membelinya, koleksi ini di datangkan khas dengan insuran seumur hidup dari syarikat kami" kata juru jual. "Tak ada yang mampu kah? " tanya Mr.Y sambil menjeling tag berat koleksi berkenaan. "Kalau nak di ikutkan ramai yang mampu dari segi kewangan, tapi mereka tidak mahu mengambil koleksi ini kerana beranggapan koleksi ini terlalu istimewa dan mereka khuatir sekiranya mereka mengambilnya mereka tidak mampu menjaganya dengan baik, encik tahu saja lah, koleksi yang limited dari syarikat kami memerlukan penjagaan khusus agar ianya tidak hilang seri dan tetap cantik". Mr.Y mengangguk dan mengarahkan juru jual berkenaan membuka peti koleksi supaya dia mampu melihat set berkenaan dengan lebih dekat.

Mr.Y yakin dia mampu untuk membawa pulang set berkenaan. Dia kaya, dia ada peti simpanan khas di rumah dan dia juga ada ramai pembantu di rumah agamnya yang boleh menjaga set berkenaan. Mr.Ytersenyum saat set berkenaan di pengangnya. Cantik. Sangat eksklusif. Patutlah tempatnya tinggi di dalam kaca serta terpamer cantik di satu sudut yang mampu membuat sesiapa sahaja terpukau. Mr.Y masih ralit dengan penelitiannya.

Tiba-tiba, terlintas di fikirannya jika set koleksi ini di ambil dan di bawanya kerumah bukan dia yang akan menjaganya, tapi pembantunya yang ramai. jika set ini di bawa kerumah, dia tidak punya masa untuk melihat dan menjaganya rentetan kehidupannya yang sibuk seharian berkerja, jika set ini di bawa kerumah, sudah tentu dia terpaksa pula memasang tambahan "guard" dan cctv di rumahnya.

Pengakhirannya Mr.Y mengarahkan juru jual tersebut untuk menyimpan kembali koleksi berkenaan dan berjalan keluar dari kedai berkenan.

------------------------------------////////-------------------------------------

so guys,
agak-agak faham tak dengan analogi aku di atas?

kadang-kadang kita rasa kita da layak dengan sesuatu tu. tapi hakikatnya banyak persediaan yang masih kita belum buat untuk memiliki sesuatu tu. kita rasa kita da ready, hakikatnya masih banyak cacat cela yang kita patut perbaiki.

second,
bila kadang-kadang kita rasa sakit kene tinggal or sakit hilang sesuatu, just muhasabah diri balik sebenarnya kita nie terlalu eksklusif. terlalu eksklusif sampai akhirnya akan kembali semula ke dalam kaca koleksi dan menunggu siapa yang betul-betul layak untuk bawa korang keluar dari kaca tu. kalau pergi kedai emas, kaca pameran tu sendiri ada stage dia. yang bawah tu harga so-so je.. yang kat dinding dalam tu harga medium mahal, yang display kat luar tu harga dia mahal. so letakkan diri dan hati korang pada tahap yang sangat-sangat eksklusif sehinggakan bukan calang-calang manusia boleh bukak kotak pameran tu. tak percaya? try pergi "tiffany & co" lepas tu suruh salesman die bukak kaca pameran yang kat luat tu kunun-kunun korang nak tengok. aku bet dorang tak kan bukak melainkan korang tayang visa platinum or gold card.

selebihnya korang bebas untuk elaborate sendiri.

mohon maaf kalau korang tak faham analogi aku. yang penting aku faham.

hidden : cuti mid term da nak habis ni. kerja berlambak, test bersusun so kene tenang-tenangkan diri dan hati demi kepentingan masa hadapan bersama. eceh. !



Thursday, October 3, 2013

AKU SI JOB SEEKERS

dah macam nak kerja betul-betul je aku nie. bangun pagi teringat resume. celik je mata teringat company mana nak call. bukak je lappy bersepah sticky notes dengan nombor talipon company. waaaa. berianye aku nie. padahal internship je pown. orang lain da sibuk dah aim company yang dorang nak. aku nie kat takuk nie lagi..

rasanya kalau aku mintak pertolongan tangan-tangan ajaib dah sah sekarang jugak aku boleh duduk senang lenang dengan jaminan "conform dapat" tempat kat ccompany-company engineering kat KL tu. tapi, tak thrill la. aku nak tengok sejauh mana aku boleh pergi dengan result dan resume aku nie. tak kan selamanya aku nak mintak bantuan tangan ajaib kan.. kan.. kan..

dan sementara dok celoteh ala-ala engkorang nak sangat tahu kisah aku, dalam kepala otak nie dok serabut fikir macam mana nak dapatkan 2-3 latter head dari uitm.Uitm keluarkan satu je latter head, jadi aku kene merangka strategi yang maha hebat untuk pilih company mana yang conform dapat supaya aku tak bazirkan latter head yang amat lah limited edition tu.

sampai sini dulu. sembang lain nanti. tata.

Hidden : minggu depan da start first test.. 

SALAHKAH AKU MEMPUNYAI PERASAAN CINTA PADA ADAM?

jari menari laju atas keyboard taip ikut rentak suka hati menandakan ada perasaan yangs sedang berkecamuk ketika ini. Aku biarkan jari terus menari untuk luahkan apa yang aku sendiri gagal untuk tafsir. Apa yang sebenarnya aku sedang rasa atau apa ekspresi yang wajah aku sedang lahirkan. Kecewa? Marah? sedih? Semua tu tak ada.. Yang ada hanya persoalan. Salahkah aku kerana aku menyukai seorang lelaki? Salahkah aku kerana ada perasaan pada spesis berlainan jantina? Kenapa aku perlu ada rasa macam nie? Kenapa aku perlu tertarik dengan mereka yang bergelar lelaki? Kenapa aku perlu rasa benda ni semua seawal umur ini? Apa cara yang Islam gariskan untuk mengawal perasaan ini?Selain kahwin tak ada ke jalan penyelesaian lain?

Macam-macam persoalan bermain di fikiran. Even microscopic view of question sibuk berlegar dalam kepala. rumah yang sunyi sangat membantu otak aku untuk terus berfikir dan berfikir.

Aku capai fone yang senyap atas meja lappy. Berhajat nak mesej kawan tanya perihal persoalan yang tengah beratur dalam kepala otak minta di jawab. Tapi aku sekadar mampu merenung screen yang setia dengan senyuman dia yang segak dengan kod putih. Satu persoalan bertambah lagi. Aku nak mesej siapa untuk tanya??

Akhirnya aku biar kan fone tu diam kat tempat dia dan terus tanya pada uncle google. Well... aku jumpe beberapa blog yang membantu. Tapi sayang kesemuanya menyarankan perkahwinan. Aku dan perkahwinan?? Dalam entry sebelum-sebelum nie kau sangat tahu hidden apa pandangan dan persepsi aku pada perkahwinan. Aku yang tak percaya pada institusi perkahwinan. Seorang yang sangat sarcastic pada perkahwinan dan aku yang sangat lemah tentang perihal perkahwinan dalam usia muda. Bukan aku menolak. Sekiranya orang lain mahu lakukannya. Maka teruskan. Tapi aku? Entahlah.. Aku tak tahu.

Aku di tanya. "kak, Islam yang pisahkan saya dan pasangan saya. Kami sama-sama ada perasaan tapi kami tahu itu salah tapi kami tak temui jalan untuk berpisah mahupun bersama

Well, frankly speaking budak macam nie memang patut makan penampar aku sedas baru dia tahu apa adab berbicara agaknya. Pandangan peribadi aku, Islam tidak melarang sama sekali cinta tu. Tapi adalah ujian buat kita untuk latih diri supaya fitrah yang ALLAH beri tu tak jadi fitnah. kan? Aku terus berkata pada diri sendiri sepatutnya kalau dah rasa suka kita jangan letakkan apa-apa title untuk perhubungan tu. Melainkan kalau dah memang tunang atau suami-isteri.

Sekadar cukup untuk diri sendiri tahu dimana dia berada dalam hati kita. Tapi dalam masa yang sama jangan berhenti berdoa supaya dia yang terbaik ALLAH pilih untuk kita.

"May faith fair us well" 

Tidak keterlaluan aku katakan zaman sekarang kalau dah nama bercinta macam tak sah kan kalau tak sms atau calling-calling (di melayukan). Secara peribadi aku tidak melihat ini sebagai satu masalah. Melainkan, sms atau call yang totally out dari landasan. contoh :

  • call atau sms  berjam-jam sampai ignore waktu solat
  • call atau sms sampai terabai diri sendiri 
  • call atau sms sampai terabai urusan seharian
  • call atau sms yang di sertakan nafsu

Well, mungkin call atau sms hanya untuk perkara penting. sharing moment. Once in awhile ke kan. Aku rasa tak de masalah (kalau salah betulkan aku)

Islam tak pernah melarang kita bercinta. Sama sekali tidak. Cinta teragung kita adalah kecintaan kita pada tuhan yang esa. Tuhan yang menciptakan perasaan cinta. Cinta kita juga high class bila kita mampu mencintai rasul kita melebihi cinta kita pada manusia lain. Tapi bagaimana yang dikatakan cinta pada rasul andai saranan baginda kita tolak tepi kan.. 

Aku malu pada diri sendiri. Sebagai manusia aku juga leka kadang kala. Aku perlukan satu kekuatan dari orang keliling dan sahabat handai untuk terus mengingatkan aku pada tuhan dan rasulnya. Sebab aku kadangkala lemah dan leka. 

Berhenti dengan kebiasaan percintaan umat akhir zaman yang di cemari lumpur fitnah dan kembali pada cinta fitrah adalah tanda bahawa kita mencintai Allah dan Rasulnya. Cinta juga bukan? Bercintalah dengan menjadikan ALLAH sebagai pihak ke tiga. Bercintalah dan dengan menjadikan ALLAH sebagai pendengar setia. Bercintalah dengan menjadikan ALLAH sebagai kaunselor. Sungguh hebat cinta kau wahai Adam dan Hawa andai kau mampu praktikkan ini. 

Demi tuhan, andai aku bercinta dan terleka.. Aku mohon kekuatan dari engkau Adam untuk ingatkan aku supaya kembali pada fitrah ku. Bukan terus menarik aku ke lembah fitnah. 

Aku terbaca sabda baginda kekasih sekalian alam (Rasulullah S.A.W).

Rasulullah s.a.w telah bersabda:

"Janganlah sekali-kali berdua-duaan antara seorang lelaki dan seorang perempuan atau berpergian dengannya melainkan disertai muhrimnya" [Al-Hadith]

Sabda baginda lagi:-

"Sungguh aku (Rasulullah) benar-benar mengetahui beberapa umatku, datang pada hari kiamat dengan membawa kebaikan sebesar perbuktian (yang nampak putih) lalu Allah menjadikannya berhamburan/berkecai sia-sia. Tsauban bertanya : Ya, Rasulullah jelaskan kepada kami sifat-sifat mereka, kerana kami khuatir termasuk seperti mereka sedang kami tiada menyedarinya. Jawab Rasulullah: Mereka adalah saudaramu yang melakukan ibadah di malam hari, tapi apabila mereka bersunyi-sunyi dengan yang diharamkan oleh Allah, mereka mengganggu kehormatannya" [Al-Hadith]

Dari kedua hadith tersebut maka sudah jelas pergaulan bebas antara lawan jenis walau apapun namanya termasuk 'adik angkat' tetap haram hukumnya. Juga dari hadith-hadith lain kita dapat menyemak bahawa para sahabat pada ketika itu sangat kuat keterikatannya terhadap hukum Islam, contohnya apabila disampaikan hal seperti hadith kedua tadi para sahabat akan segera bertanya kerana mereka khuatir mereka pernah melakukan perkara yang tidak sesuai dengan Islam tanpa disedari dan apabila telah dijelaskan mereka segera meninggalkan atau melaksanakan apa yang dituntut oleh Islam. 

dalam Al Quran ALLAH berfirman : 

"Suruhlah orang-orang yang beriman menundukkan pandangannya dan memelihara kehormatannya�" [An-Nur : 31]


"Dan suruhlah wanita-wanita mukmin menundukkan pandangannya dan memelihara kehormatannya dan janganlah mempamerkan kecantikannya kecuali bahagian badan yang boleh kelihatan (muka dan telapak tangan) dan supaya menutup dadanya dengan kerudung(khimar)..."[ An Nur 31]


Aku jadi tertanya-tanya di mana letaknya cinta aku pada dia yang bakal menjadi imamku satu hari nanti? Adakah cukup terpelihara aku ini? Adakah cukup terpelihara hati aku? Adakah cukup terpelihara perbuatan aku? 

Aku terus diam dengan persoalan yang tidak berjawab. Hati terus berdoa supaya ALLAH takdirkan yang terbaik buat aku dan "dia" 




Hidden : bacaan santai untuk aspirasi ilmi visit :

  1. HALAQAH.NET (Hukum bercinta) klik untuk paparan terus
  2. ASSYIFA (Bagaimana bercinta di dalam islam) klik untuk paparan terus




Monday, September 30, 2013

PEMBACA NAMA ISTIADAT KONVOKESYEN

to all KBM'ers yang rasa-rasa mempunyai suara sedap, lontaran vokal yang mantap
you all are invited to come for edition untuk pembaca nama istiadat konvokesyen UITM Melaka yang akan di adakan buat kali pertama pada semester depan. !

so what to wait?
grap your fone and sms your name pada mereka yang terlibat

klik to enlarge

ROLLER BLADE Vs KASUT BOLA

sila jangan gelakkan aku..
sebagai seorang yang macam malas nak ambik tahu pasal accessories sukan, aku memang jarang nak ganti all my sport equipment.

my goggles yang need replacement tu pown aku malas nak ganti. sebab? costly la. ! aku nak super duper perfect baru nak ganti. padahal bahaya tu swim dalam pool tanpa goggles. (kalau korang jenis yang mengikut peraturan la) . and untuk seorang yang x berapa nak nampak macam aku nie memang aku perlukan goggles.

ok, thats not the point.
lest shoot to the main point. my sweetheart.. my adiks.. my vein da panadai men bola. sound macam tak berapa nak cool. tapi pada aku itu sangat cool. adik aku yang sangat sangat sangat lah manja nie pandai men bola pada umur 18 tahun. ok. aku tahu orang kat luar sana dah pandai men bole seawal sekolah rendah. but my bro tak. mereka memang tidak di dedahkan untuk bermain bola sejak kecik lagi.

then that day he texted me and said

sweetheart : mah, nor dah pandai main bola. nor jadi defend
me : waaaaa. ! napa tak jadi striker?
sweetheart : kawan yang suruh jadi defend sbb nor suka bagi bola tinggi 
me : main pakai kasut mana? kan tak de kasut bola 
sweetheart : kasut sukan la. tapi selalu jatuh sebab licin
me : we gonna grap a boot later erk 
sweetheart : tak yah la. bukan selalu main pown
me: then, there selalu jatuh
sweetheart : so k lah. nothing.

then my brother cakap dia da start main volley ball sampai tangan bengkak. well. i didn't expect much. biasa la.. aku masa memula start main volley dulu pown rasa macam nak patah gak tangan bila digging salah teknik and spike and serve salah .. but apa pown seriously aku rasa adik aku sangat cool.

ok, here is the true story. lepas dengar je adik aku nie selalu jatuh atas padang , terasa sangat lah sedih hati ini. then start la survey-survey harga boot. to be frank, masa survey harga boot nie aku memang tengah broke.. ! again broke habis.. ! memang sangat-sangat broke. jadi seratus pown aku terasa sangat lah mahal.

then out of sudden teringat yang die punye tripod dah patah. hah. ! hambik kau. birthday die 25/09/2013 hari tu. mana aku nak beli dulu nie.. 2-2- pown die perlu rasanya. aku da pening.

not to mention aku siap berguru dengan of my friend pasal nak tahu criteria boot yang best untuk di miliki. what should we take into consideration and bla.. bla.. bla.. its a long conversation.

lepak jap tenang kan fikiran. tetibe terfikir si AiHA punye birthday give. dulu nak beli rubic cube sebab pakcik sorang nie pown suke men menatang alah tu. then he request for roller blade. jadi aku yang memang tak tahu apa-apa pasal roller blade nie gigih la scroll page Roller blade. 

bila scroll page nie, serious aku bagitau. aku macam jakun seketika. apa itu gear, apa itu bearing.. aku wonder.. nak cari roller blade yang baik apa spesifikasi die.. apa yang perlu kita tengok. dan.. persoalan ini membuatkan aku lagi eager nak tahu apa itu rooler blade. at least kalau AiHA sembang roller blade nanti tak de la aku diam lagi kan.. die tu da la suke sangat sembang roller blade dengan aku. bila aku sembang pasal swimming tahu plak die tak nak dengar. cis. ! tak aci. !

so..
just nak bagitau. serabut la plak aku nie .. tak pernah beli barang lelaki kan. cam nie la jadi nya. but guys, serious cakap.. barang korang memang mahal dari barang perempuan. aku memang tabik spring tengok harga barang korang nie. terus gugur rambut di buatnya. mujur la birthday setahun sekali je.

check this out, untuk orang yang tak tahu apa-apa pasal roller blade, i think this is cool.



hidden : i am someone who really tak sampai hati to say no