THE MEMORIES

Tuesday, April 24, 2012

AKU TAHU APA YANG MEREKA PERJUANGKAN ~


“Muslim.. ya Muslim Yazeer.. cepat datang sini. Akhimu cedera. Cepat kemari. “ laung Ummu Muslim dari kejauhan. Dengan rungut yang bersisa di benaknya Muslim mengatur langkah laju merapati ibunya. “Dah tahu banyak orang jahat kat luar kenapa keluar juga. Kan dah cedera” rungut Muslim tanpa henti.

“ Ya Ummu Muslim. Mujur dia tidak di tembak dengan peluru bom seperti yang selalu di gunakan mereka” beritahu Ummu Akbar, seorang tetangga yang turut terlibat dalam situasi genting peperangan. “ Tidak ada yang mujur wahai Ummu Akbar. Mengapa aku tidak syahid sahaja mengikut jejak anakmu Akbar. Semua orang tahu dia sangat berani melawan pengecut di sebalik tabir besi itu. Aku tidak akan berhenti selagi nafasku masih di beri pinjam oleh ALLAH. Aku akan kesana lagi. Jika tidak ku gempur mereka sehingga mati sia-sia lah aku ini di lahirkan ibuku di dunia “ ujar Muslim Shahir. “ Kenapa kau perlu lagi kesana? Tengok apa dah jadi dengan kau. Sama ada kau bodoh atau kau sengaja cari maut” soal Muslim Yazer. “ buka mindamu wahai adik ku. Umur mu sudah 14 tahun. Kau leka juga bermain di luar sana berpura-pura seolah-olah kau berada dalam selamat. Syaitan laknatullah itu tidak akan puas selagi belum sampainya kiamat. Dan tentera syaitan di luar sana musuh tuhanmu. Musuh agamamu. Biar aku di siat kulit dari daging namun untuk berhenti tidak sekali-kali. Bila aku mati kau lah pengganti. “ tambah Muslim Shahir dengan harapan adiknya akan faham.” Sudah shahir. Kurangkan bersuara dan bergerak. Biar darah ini berhenti. Bantuan ambulance tidak akan sampai ke kawasan ini, lihat sahajalah bagaimana kehancuran tanah ini dan lagi kawasan ini jauh dari jalan raya. Mungkin ada lagi yang perlukan mereka di luar sana. Lukamu ini ibu mampu ubati dengan izin ALLAH akan sembuh jika kamu mendengar kata ibu. Dan kamu shahir, sudahkah kamu mendirikan solat sunat dhuha? Jangan sesekali kamu tinggalkan solat dan musyafmu. Ibu tidak lahirkan kamu melainkan menjadi hamba yang bersyukur. Ayuh, pergi sekarang dan datang kembali kemari untuk menjaga akhie mu. Ibu harus membantu tetangga kalau ada yang cedera dan ibu perlu memasak buat kita.

“Aku harus bangun.” Kata Muslim Shahir. “ Mahu kemana akhie? Kau harus berehat. Ibu pesan supaya kau kurang bergerak” Potong Muslim Yazeer. “ Mereka perlukan aku. Apa sumbanganku jika aku baring sahaja di pembaringanku. Akan ku ceraikan nyawa dari jasad mereka.” “ wahai akhie. Aku tahu kau begitu bersemangat untuk syahid di jalan tuhan. Namun ibuku menyuruhku untuk menjagamu dan melarangmu pergi kemana-mana. Aku ini adalah derhaka pada ibu andai kau kasana juga. Dan syahidmu juga tiada makna di sisi tuhan jika tidak dengan redha ibumu. Setidak-tidaknya tunggulah sehingga ibumu pulang dari merawat tentera yang lain. “ pujuk Muslin Yazeer. “ Ya ALLAH.. sehatkan aku segera. Amatlah malang aku ini terlantar sahaja di pembaringanku.” Tangis Muslim Shahir bersama sendunya. Dengan nada perlahan bait-bait musyaf agung di lafaz satu persatu demi mententeramkan perasaanya.begitulah tiap kalinya bila hatinya berkecamuk, ayat-ayat tuhan yang sudah di hafal sedari umur 7 tahun di baca satu persatu sehingga dia tenang. Muslim Yazeer memandang sahaja. Dia tidak faham mengapa ibunya tegar membiarkan abangnya memilih jalan ini. Bermula dengan walidnya yang gugur syahid ketika dia berumur 10 tahun.

Walidnya seorang yang bertubuh sasa dengan wajah yang tenang mempunyai pandangan mata yang redup mendamaikan. Setiap kali pulang walidnya akan memanggil dia dan akhienya untuk bertanyakan apakah perkara baik yang mereka lakukan pada hari itu. Ibunya dengan senyuman manis sentiasa memenuhi keperluan mereka. Tidak pernah kedengaran rungutan walhal mereka gegak gempita tangisan, raungan dan bunyi letupan sudah menjadi nadi kehidupan mereka di daerah itu. Dia tidak faham apa yang di rebutkan dan mengapa dia harus di lahirkan di daerah kacau bilau ini. Namun untuk menyuarakan pada walid dan ibunya tidak sama sekali. Entah kenapa baginya selagi dia dapat melihat wajah ibu, walid dan akhie nya apabila membuka mata itu sudah cukup untuk menggambarkan kesempurnaan hari dan hidupnya.

Muslim yazeer, nama yang di beri ibu dan walidnya. Dia tidak pernah bersekolah kerana menurut ibunya sekolah yang ada telah di bom pihak tentera laknatullah. Namun begitu sejak umur 4 tahun dia sudah pandai mebaca musyaf berkat tunjuk ajar ibu dan walidnya. Dia di suruh menghafalnya selepas itu. Namun hingga kini dia masih tidak lagi mengingati keseluruhan ayat-ayat agung itu. Semuanya bermula bila dia berputus asa menghafalnya apabila walidnya tidak lagi muncul di rumah. Menurut ibu, walidnya sudah berada di tempat yang aman tanpa peperangan gembira di samping tuhannya. dia tahu syurga itu hebat dan indah namun baginya keindahan harinya bersama kedua ibu bapanya adalah lebih besar dari itu. Maka dia berhenti menghafal musyaf kerana merasakan tidak adik kehidupannya bila dia bertungkus lumus memenuhi permintaan ibu dan walid tetapi walid pergi meninggalkannya.

“Ya muslim, berita terbaru yang ibu dengar dari tetangga, tentera laknatullah kini menembak kita menggunakan senjata baru yang lebih merbahaya, kalau sebelum ini peluru mereka meletup di dalam badan, kini mereka menggunakan senjata yang mengandungi gas yang seperti asid. Korban hari ini sahaja sebanyak Jemaah mahgrib di negara aman.” beritahu ibu sambil membersihkan luka Shahir. “Mereka itu dasar pengecut. Kononnya mereka maju dengan mencipta senjata walhal mereka gentar akan kita, kerana itu senjata pada jarak jauh mereka cipta. Buangkan semua mesin itu dan mari berdepan tentera tuhan ini, aku yakin wahai ibu, seorang tentera tuhan mampu menumbangkan sepuluh tentera mereka. Aku tidak takut akan luka tapi aku geram dan marah bila mereka sewenangnya bersembunyi di dalam kereta kebal mereka. Wallahi batu tanah ini sahaja sudah cukup untuk menumbangkan mereka andai negara aman bersama-sama kita.” Kata shahir. “ ya ibuku, kemanakah ibu siang tadi? Tidak risaukah ibu akan senjata mereka mengenai kulit ibu? “ alih Yazeer. “ Wallahi, ibu berdoa pada tuhan supaya memanjangkan umur ibu untuk melihat kau berjuang ke jalanya. Dan ibu yakin waktu itu akan tiba. Maka ibu tidak risau kerana ibu tahu tuhan memelihara ibu dan telah mengabulkan doa ibu” jawapannya Ummu Muslim mematikan bicara anak-anaknya.
Pagi itu mentari bersinar lagi dengan seri seperti tidak faham kemelut di tanah bergolak itu. Shahir yang sudah sembuh sepenuhnya sudah lama hilang bersama tentera yang lainnya. Dia tidak sempat menanti mentari melainkan harinya di mulai sepertiga malam lagi. Walidnya berpesan, ALLAH turun kelangit dunia menanti permohonan hambanya untuk di makbulkan dan shahir tidak mahu mensia-siakan waktu itu dengan berbaring selesa di pembaringannya. Dia sujud penuh khusyuk mengimamkan ibu dan yazeer. Usai memohon restu ibu, dia hilang dengan lenggok sasa penuh semangat demi membangunkan agama tuhannya.

Yazeer yang leka mendengar radio berkenaan kemaraan tentera musuh di kejutkan dengan kedatangan ibunya di muka pintu. Dengan langkah yang bersahaja ibunya memberitahu shahir gugur di medan perang di bedil kereta kebal tentera laknatullah dari belakangnya selepas dia berjaya mengkucar kacirkan pertahanan musuh serta membunuh hampir sepuluh orang tentera dengan tangannya dan batu. Sedikit bangga terselit di hati ummu muslim saat tentera lainnya menyampaikan berita kesyahidan anaknya. Dia bersyukur shahir lahir dari rahimnya dan gugur dengan kehormatan selepas merealisasikan cita-citanya membunuh tentera laknatullah dengan tangannya sendiri.

Yazeer yang mendengar berita itu berlalu keluar bagi bersama-sama menguruskan jenazah abangnya. Walau bagaimana hancur sekali jenazah itu dia tetap akan sempurnakannya kerana darah yang mengalir dalam dirinya adalah darah yang sama pernah mengalir dalam diri abangnya. Dia sakit hati. Dia dikuasai perasaan penuh amarah terhadap tentera laknatullah. Langkah kakinya yang laju telah terhenti di medan peperangan di mana tentera musuh enak membedil sesuka hati. Di capai sebiji batu dengan lafaz bismillahirahmanirahim dia berniat didalam hati bahawa lontaran ini untuk walid dan abangnya,dia terus melotar batu itu tepat mengenai senjata seorang tentera. Terlepas habis senjata itu dari pegangan tentera musuh. Yazeer berlindung di sebalik dinding banggunan bila tembakan dari tentera musuh bertubi-tubi di lepaskan tanpa belas. Yazeer capai seketul lagi batu dengan lafaz bismillahirahmanirahim dan niat “ini demi agama tuhanku” batu di lontar tepat mengenai topi keledar tentera musuh yang gah berdiri dengan senjatanya. Dum.! Bunyi hentakan kuat di ikuti bunyi objek jatuh. Yazeer merenung ke sasarannya. Tentera yang kemas dengan perisai kepala yang pecah terbujur kaku dalam keadaan kepala yang pecah. Yazeer bungkam. Terduduk di posisinya. Tentera yang lainnya kini menjadikan dia sebagai sasaran. Yazeer tidak peduli akan itu. Dia sedang binggung dengan perkara yang baru berlaku. Bagaimana sebiji batu boleh membunuh manusia yang lengkap berperisai. Ya ALLAH, dia tidak mati demi walid dan abangku, tapi dia mati demi semangatku pada agamamu. Ya ALLAH beri aku peluang maka akan aku sambung perjuangan walid dan abangku. Terk.. ! bunyi picu di tarik. Boom. ! bunyi letupan. Yazeer pasrah kini andai dia gugur saat itu.perlahan lafaz syahadah di ucap dan mata di pejam. Dooom. ! sekali lagi bunyi objek jatuh.

“Ini ibu yazeer.” “ bagaimana aku boleh berada di sini ibu? Sepatutnya aku sudah mati. “ kata Yazeer dengan bingung. “ Ibu tidak tahu apa yang berlaku. Tetapi tetangga yang menyelamatkan kamu mengatakan kamu pengganti walid dan abangmu. 2 orang tentera mati di tanganmu pada hari ini” Tambah ibu. Yazeer terdiam. “ seorang tentera laknatullah mati dengan kesan kepala yang pecah dan seorang lagi dengan kesan tembakan di dada. Ibu tidak tahu apa yang kamu buat, tetapi walid dan abangmu pasti bangga melihatmu dari syurga”. Yazeer yang binggung berdiri dengan yakin. “Wahai ibu yang kucintai, andai tuhan ingin mencabut nyawamu pada hari ini maka ketahuilah dikau boleh pergi dengan aman kerana anakmu ini adalah tentera ALLAH yang akan mengikut jejak langkah syuhada yang lainnya. Aku kini tahu apa yang mereka perjuangkan dan aku kini berjanji dengan nama tuhanku bahawa mereka tentera laknatullah itu tidak akan aman selagi aku masih hidup.” Dengan linangan air mata ummu muslim sujud bersyukur atas hidayah ALLAH pada anaknya dan perlahan-lahan dia melihat wajah suami dan Shahir di hadapannya.


rentakjarimenari : 

cerpen kali nie piece yang saia keluarkan ilham dari sahabat yang mengatakan kesedaran kita untuk boikot barangan Israel adalah ibarat menanti air panas beransur suam. jadi kita di negara aman harus tanya diri kita, apakah sumbangan kita pada agama hari ini?? dan apakah sumbangan pada saudara kita di sana pada hari ini?? wallahualam. ~ 

Monday, April 23, 2012

SEBAIK-BAIK PERANCANG ADALAH ALLAH JUGA


Seperti  hari yang lainnya langkah kaki anita di susun bertenaga  satu persatu menuju ke kelas. Masih awal 15 minit namun pada anita 15 minit itu amat berharga agar dia dapat memanfaatkannya dengan menaiki tangga ke tingakt 8 untuk ke kelasnya. Kemudahan lift yang di sediakan di kampus hanya di gunakan tatkala masa mengejarnya seakan mati bila di rempuh masa yang tak akan pernah peduli andai kita tertinggal sedikit di belakang. Pada anita biarlah dia di hadapan masa kerana dia tidak mahu menjadi dari kalangan yang rugi.

Tibanya di kelas, suasana masih sunyi tanpa kehadiran sesiapa melainkan dia. Baru sahaja mahu melabuhkan punggung ke atas kerusi pintu di kuak dan tersembul kepala seorang yang sangat di kenalinya. “ Asalamualaikum” sapa Azmir, lelaki yang sering mengganggu Anita sejak kebelakangan ini. Anita diam tidak membalas kerana menurut ustaznya hukum asal menjawab salam dari lelaki bukan mahram adalah makruh di dalam mazhab syafie. Tanpa sempat lelaki itu menambah kata Anita lantas dengan tegas berbicara “ Tidak ada makhluk lain antara kita ini melainkan syaitan yang di rejam. Beredarlah kamu dari pandangan mata saya”. Dengan wajah sedikit terkilan Azmir mengatur langkah meninggalkan Anita keseorangan. Sungguh Azmir amat mengagumi ketegasan yang ada pada Anita. Sejak pertemuan mereka yang terjadi secara tidak sengaja Azmir nekad untuk mengenali gadis itu dengan lebih dekat. Wallahi, hati lelakinya jatuh cinta pada kelembutan keindahan figura seorang muslimah yang terdapat pada Anita.

Teringat dia akan pertemuan pertama yang berlaku secara tidak sengaja sebulan yang lepas. Hujan turun dengan lebat pada petang itu. Dia terkandas di fakulti walhal dia masih perlu ke kelas seterusnya yang terletak di fakulti matematik yang terletak di hujung blok. Dalam pada sedang berfikir cara terbaik untuk menuju kesana tanpa isyarat badannya di rempuh kuat dari arah kanan. “ALLAH maafkan saya sungguh di luar kawalan saya. Sepatu saya licin dan lantai berair. Maaf, bukan saya sengaja. Wallahi saya tidak sengaja” tanpa mempedulikan alat tulis yang masih bertaburan gadis yang merempuhnya itu terus memohon maaf atas insiden yang boleyh di kira sebagai mengaibkan itu. Azmir lantas tunduk mengutip alat tulis tanpa menjawab sepatah pun permohonan maaf dari gadis berkenaan.

Dalam keadaan hujan yang masih lebat gadis itu terus berlari meredah hujan selepas menyambut huluran bekas pensel dari Azmir. Tanpak pincang lariannya mungkin kerana kecederaan semasa jatuh tadi.
“Salam Alaik Ya Sheikh, jauh termenung.” Sapa Adi setelah melihat Azmir diam memandang jendela sedari 10 minit yang lepas. “ Ada masalahkah? Cuba khabarkan, andai mampu meringankan kita pikul bersama” tambah Adi. “ Tidak ada apa Adi.sekadar pandangan kosong merenung indahnya ciptaan ALLAH. “ ujar Azmir menutup rahsia hati. “ Asah berbohong Azmir, raut wajahmu sahaja sudah cukup untuk aku faham bahawa ada hati yang terusik dari salah satu ciptaan ALLAH itu. Ayuh khabarkan siapa yang menjadi pilihanmu. “ “Apakah boleh aku miliki andai aku buka rahsia di hati?” ujar Azmir. “ Aenyukai seseorang tidak bermakna kita wajib memiliki. Manusia harus tahu membezakan antara nafsu dan anugerah yang ALLAH beri. Jika yakin ini anugerah jangan di cemari dengan fitnah. Terus sahaja lalui jalan yang benar.” “ Aalannya tidak mudah andai sahaja baru aku beri salam sudah kena halau” rungut Azmir. “ Anita seperti ini tidak mengharapkan cinta dari yang tidak halal baginya Azmir, walaupun aku tidak mengenalinya namun dari gaya parahnya kamu ini aku yakin sudah tentu bukan wanita biasa yang kamu kejar ini. “ Dia wanita biasa sahaja, lahirnya di bumi membesarnya juga di bumi” tambah Azmir. “ Pandai bergurau kamu ini Azmir “ ujar Adi sambil berlalu.  

Sedang itu Anita gagal memberi tumpuan penuh pada kelasnya pada hari itu. Fikirannya sarat dengan persoalan akan kedatangan Azmir. Sedikit sebanyak naluri kewanitaannya dapat merasakan ada sesuatu yang Azmir mahukan daripadanya. Tetapi dia tidak tahu apa.

Usai kelas Anita bergegas pulang ke rumah. Asar sudah panjang dia harus segera. Panjang langkahnya tanpa menoleh kekiri dan kekanan tanpa sedikit pon dia sedari alunan langkahnya di perhati seseorang dari jauh. “Subhanallah Tuhanku, aku terima ketentuanmu” bisik hati kecil sang pemerhati.

ALLAH HU AKBAR, ALLAH HU AKBAR...

Jelas pada pendengaran laungan adzan dari muazin. Anita yakin jejaka yang sama juga yang melaungkannya kali ini. “Subhanallah ya ALLAH.. jika sahaja ini sudah merdu bagaimana agaknya suara Bilal Bin Rabah saat melaungkan adzan??” Anita asyik sendiri duduk di dalam saff menanti adzan habis. “Maha suci tuhanku.. inilah sebaik-baik laungan. Manusia walau berlainan bangsa dan bahasa tetap datang bila kau seru. Sungguh agung kekuasaanmu.. aku akur.” Gumam Anita sendirian. Rutinnya untuk mengimarahkan rumah ALLAH tidak pernah di tinggalkan jika berkesempatan. Dia suka kesitu kerana baginya di situ ada ketenangan dan di situ ada kedamaian.

Perjalanan rutin harian berlangsung seperti biasa. Tiada apa yang berubah. Anita mahupun Azmir atau pun mahasiswa yang lainnya. Kesibukan dengan tugasan adalah asam garam dalam pembelajaran. Mereka sudah lali menjadikan tugasan tidak lagi terasa sukar tapi bagi Azmir hari ini adalah hari paling merunsingkan baginya. Sudah sepanjang 2 minggu ini dia langsung tidak tersermpak degan Anita, tetapi hari ini sahaja sudah 5 kali susuk tubuh genit itu berjalan melintasinya. Adakah ini petanda? Atau mainan perasaan atau apa sahaja. Wallahi istikharah Azmir dalam kepekatan malam jarang di tinggalkan sejak baligh. Pesan umi, solat malam itu punca tenaga untuk siang hari. Maka sebagai anak yang patuh,kata-kata umi adalah pegangan baginya. Azmir diam lagi. Duduk berteleku depan musyaf dan bersedia membaca nya dengan harapan peroleh ketenangan. “ Ya ALLAH. Apakah yang harus aku lakukan? “


Suara yang sama meruntun naluri Anita untuk terus mendengar. Kebetulan Anita singgah solat sementara menanti pertukaran waktu subjek seterusnya. Peruntukan sejam cukup untuk Anita persiapkan diri. Charge kembali tenaga dengan solat Dhuha. Azmir ralit mengaji tanpa dia ketahui ada telinga yang mendengar dengan penuh kekaguman dan rasa rendah diri pada pencipta yang esa.

Tuk.tuk.tuk..

“Masuk”,suara dari dalam. “Ustazah panggil saya?” Tanya anita.” Anita sila kan duduk..”

Perbincangan selama sejam tadi mengganggu emosi Anita. Dia patut bersedih atau gembira atau apa? Dia dilamar seorang mahasiswa. Ustazah Nuraini sebagai perantara. ALLAHU AKBAR. ! Muhammad Ahmad Azmir B Muhammad Ahmad Azmin. Dalam dunia nie rasanya ada seorang je yang manusia yang ada nama yang macam tu. Tak lain tak bukan Azmir yang datang sejak kebelakangan ini. Dalam galak berfikir tanpa dia sedari langkah kakinya terhenti di hadapan surau AL Rahman. Pusat ilhamnya. Tanpa berlengah, dia solat sunat sendirian memohon ketengangan. Sekali lagi bacaan dari jejaka yang sama menjadi halwa telinganya. Ya ALLAH.. aku jatuh cinta pada suaranya. Siapakah dia? Tidakkah kau mahu menunjukkan dia pada aku? Penuh ikhlas rahsia hati di buka pada penciptanya.

Kun Fayakun. Jadilah maka jadilah. Kuasa ALLAH tiada batasannya. Sekali imbas, pantulan dari kaca pintu surau meremangkan bulu roma Anita. Mengalir laju air matanya beristighfar memohon ampun atas ketelanjuran kata-katanya dan syukur sosok imbasan yang di lihatnya itu lah yang melamarnya. “ALLAHU AKHBAR . ! andai saja boleh aku beri kan kata putus, akan aku terima atas rasa cintaku padanya. Namun aku ini anak ibu dan abi. Mereka lebih layak menentukan.”

Alhamdulillah, cuti semester tiba setelah penat lelah bertungkus-lumus berjihad menuntut ilmu. Namun berita dari ibu dan abi menggugat ketenteramannya untuk bercuti, namun sebagai anak anita akur. Dia di jodohkan dengan anak kenalan ibu dan abinya dengan alasan suaminya kini adalah anak terpelajar dan baik latar belakang agama mahupun akademiknya. Hati wanitanya menjerit mengatakan cintanya pada jejaka lain. Hati anaknya melafaz akur pada permintaan owang tuanya dan hati seorang hamba merasa pasrah pada ketentuan penciptanya.Dia yakin, dia perancang yang penuh kekhilfan, makala ALLAH perancangan penuh kebaikan. Hal berkenaan dia di lamar tidak sempat di suarakan kepada orang tuanya apabila dengan penuh pengharapan kedua ibu bapanya mengatakan kata pututs berkenaan jodohnya selang 2 hari ketibaannya di rumah. Dan kini, dia isteri kepada seorang suami. Pantas sekali segalanya berlaku. Dia pasrah, redha dan iklas. Dia yakin. ALLAH itu maha tahu.

“Persoalannya mengapa di tolak ustazah?” Soal azmir tak senang duduk. “Sebaiknya kamu Tanya pada tuan punya badan.”ujar ustazah nuraini.

Azmir menghayun langkah nekad mencari dan bertanya sendiri kepada anita. Belum pun sempat sehari kuliah bermula Azmir sudah hilang arah apabila menerima berita peminanganya di tolak Anita.

Anita yang leka dengan kitabnya terkejut bila Azmir sewenangnya duduk bertentang dengannya. Dengan penuh perasaan kurang selesa Anita bangun duduk memilih carel persendirian di dalam perpustakaan. Azmir ikut duduk di carel bersebelahan. Tiada pintu untuk “babul Liqa’” maka carel penghadang pun jadilah. “Benci sangatkah awak pada saya?” Azmir memula bicara. “Jangan terburu-buru menghakimi, dengarkan dahulu penjelasannya” balas Anita. “ AJangan terburu-buru menilai, kenali dahulu hati budinya” tokok Azmir. Saya sudah menikah.itu alasannya. Ujar anita seraya berlalu. Hatinya pedih. Demi tuhan. Hatinya pedih meninggalkan arjuna yang di cintai mengejar realiti dia kini adalah milik jejaka lain. Dia yakin kini, jodonya bukan terletak pada perancangannya. Tapi pada ketetapan sang pencipta.

Azmir yang terkejut mendengar penjelasan Anita beristhghfar berterusan bagi meredakan pedih di hatinya. Dia harus bangkit sebagai lelaki bermaruah dan menjaga meruah wanita yang berjaya mencuri hatinya. Dia bangun dengan kapayahan, menghayun langkah sambil mengumam sebaik-baik perangcang adalah ALLAH swt. Air matanya gugur juga.


rentakjarimenari :

asalamualaikum semua. cerpen nie sekadar memenuhi kehendak hati untuk berkongsi something dengan you all plus  rasanya dah lama sangat tinggalkan bahasa Malaysia baku. ejaan pon dah banyak yang dah lupa. dah lama sangat tak buat karangan jadi bila di paksa otak nie buat karangan tersangkut-sangkut jugak lah idea nie. isnyaALLAH akan datang cube dapatkan balik ilham macam masa sekolah dulu dan try improve bahasa. ye lah sekarang dah kat UNI guna bahasa inggeris dan mandarin, makanya kalau x recall balik punah ranah la bahasa.. so long,, ~~ see ya. ! 

Thursday, April 12, 2012

SAYA BEGINI DAN BIARKAN BEGINI ~

"what a color" or " what a gloomy" or even "you should change the color"
i heard a lot of critics about my color.. the color i choose to put on.. the color i choose to adore.

listen people..
i have my own reason why do i choose this color. BLACK. ya. BLACK. you can see my purse is black, my phone is black my file, my bag, my everything is black.

here .. (in malay)
malam tadi saia ada talk dengan seorang akak dan dia sudah tahap membenci saia oleh kerana pemilihan warna pakaian saia yang gloomy dan cara pembawaan diri saia yang menyendiri. look. like i said before i have bunch of reasons to do that.

im sick of being recognise.. tired to be known by others. since kecil lagi semua owang kenal saia. jalan sahaja semua owang akan kenal. dari mana mereka kenal pown xtahu la nak kata. tapi semua kenal. dengan sekali glance then everybody gonna no it is me.. saia cuma berusaha untuk mengurangkan kemungkinan saia di spot lagi. baik dari perempuan atau lelaki.

plus.,
entah kenapa saia mempunyai perasaan yang saia adalah pokok bunga yang bergerak andai baju saia terlalu warna warni dengan pelbagai pokok yang " di tampal" di fabrik baju. dan saia juga terasa macam saia adalah papan canting dengan warna yang bermacam andai menyarungkan pakaian yang bewarna. my ustazah once said " pakaian kite jangan lebih tiga warna" i dont no why.. but ya.. my cloth xlebih tiga warna. tipu kalau saia kata saia langsung tak pakai warna lain. ada.. yes ada. but mesti ada combination dengan hitam. for ex. hitam dan merah. putih dan merah, coklat dan merah atau apa sahaja warna yang gloomy. sebab saya pegang falsafah " sila pandang orang lain, jangan pandang saia". i noe people xnak pown pandang saia. not being perasan or what ever. im just being honest and try to seek for comfortableness.

people,
it is free for you to think that black is sexy, black is gloomy, black is dull, black is this, black is that.. it is your opinion.. i cant stop you. so do i.. i do think black is special and uniQue that is why am i stuck towards this color. and you all cant stop me from adore this color.. nor put on this color. if you do think wearing jubah with flowers and colors is cool.. than that is you. not me..

smile.. and its a very good therapy.
INDEED. i admit that. but people, i do know when do i have to smile. i never walk with smile on my face. i never walk while seeing here and there. i simply walk with "no feeling" face, straight away to my place. so what if i am like that? you like to smile than that is you. i do smile but to certain situation and certain people. how do i smile to a man i dont no? are you nuts? ok, u said that u also never ask me to smile to man then what if i smile while walking than a man think that i smile to him? hrmmmm? beat that?

you hate me for i am? than its your problem. like i said before hate me leave me but to leave what i believe, NEVER.. ! 



Wednesday, April 4, 2012

SONNET 18 Vs MUSLIMAH


Kalau shakespears berfikir bahawa adakah kekasihnya layak di bandingkan dengan musim panas yang tidak kekal.
Andai shakespears mengatakan bahawa musim panas tidak layak untuk mencerminkan kecantikan kekasihnya.
Andai shakepears mengatakan musim panas bakal di ganti dengan musim sejuk yang lebih cantik di pandang dari jauh.
Andai shakespears mengatakan bahasa puisinya di nukilkan bagi memboleyhkan kecantikan kekasihnya kekal selamanya untuk tatapan semua umat manusia, ketahuilah wahai muslimah indah ciptaan yang maha berkuasa.
 Anda beribu kali lebih indah berbanding itu.


Wahai wanita muslimah,
Musim panas itu indah tetapi boleyh di nikmati oleh semua manusia. Tapi anda  indah hanya buat tatapan yang halal bagi anda.

Wahai hiasan dunia,
Makhluk mengatakan musim panas tidak kekal untuk kecantikan yang di harapkan berkekalan, sesungguhnya pencipta sekalian makhluk yang maha kekal berfirman seindah ciptaan adalah dari kalangan anda yang solehah.

Wahai jiwa yang halus berhati kental,
Andai musim sejuk itu mengganti musim panas dan menyakitkan sekalian manusia, ketahuilah anda itu rapuh di luarnya namun bisa menjadi penyejuk buat jiwa yang panas.
keindahan musim sejuk itu dari pandangan jauh namun satu seksaan bagi yang mampir,
tetapi anda indah pada pandangan jauh dengan pakaian elok tetutup
memberi ketenangan pada yang mendekati
menjadi pendamai dengan kata-kata penuh berhikmah.
 
Wahai penggoncang dunia dengan tangannya,
Andai puisi di cipta bagi penghargaan makhluk kepada makhluk, ketahuilan pencipta makhluk mencipta syurga buat anda atas penghargaan takwamu.

Wahai pelengkap kehidupan sang adam.
 Jangan bersedih andai tiada makhluk yang memuji anda cantik
 kerana sesungguhnya pencipta sekalian makhluk telah memuji anda terlebih dahulu di dalam muhsafnya bahawa anda tercipta dengan sebaik-baik ciptaan.. 


\Wallahi, Ahamdulillah aku seorang wanita muslimah