THE MEMORIES

Monday, April 23, 2012

SEBAIK-BAIK PERANCANG ADALAH ALLAH JUGA


Seperti  hari yang lainnya langkah kaki anita di susun bertenaga  satu persatu menuju ke kelas. Masih awal 15 minit namun pada anita 15 minit itu amat berharga agar dia dapat memanfaatkannya dengan menaiki tangga ke tingakt 8 untuk ke kelasnya. Kemudahan lift yang di sediakan di kampus hanya di gunakan tatkala masa mengejarnya seakan mati bila di rempuh masa yang tak akan pernah peduli andai kita tertinggal sedikit di belakang. Pada anita biarlah dia di hadapan masa kerana dia tidak mahu menjadi dari kalangan yang rugi.

Tibanya di kelas, suasana masih sunyi tanpa kehadiran sesiapa melainkan dia. Baru sahaja mahu melabuhkan punggung ke atas kerusi pintu di kuak dan tersembul kepala seorang yang sangat di kenalinya. “ Asalamualaikum” sapa Azmir, lelaki yang sering mengganggu Anita sejak kebelakangan ini. Anita diam tidak membalas kerana menurut ustaznya hukum asal menjawab salam dari lelaki bukan mahram adalah makruh di dalam mazhab syafie. Tanpa sempat lelaki itu menambah kata Anita lantas dengan tegas berbicara “ Tidak ada makhluk lain antara kita ini melainkan syaitan yang di rejam. Beredarlah kamu dari pandangan mata saya”. Dengan wajah sedikit terkilan Azmir mengatur langkah meninggalkan Anita keseorangan. Sungguh Azmir amat mengagumi ketegasan yang ada pada Anita. Sejak pertemuan mereka yang terjadi secara tidak sengaja Azmir nekad untuk mengenali gadis itu dengan lebih dekat. Wallahi, hati lelakinya jatuh cinta pada kelembutan keindahan figura seorang muslimah yang terdapat pada Anita.

Teringat dia akan pertemuan pertama yang berlaku secara tidak sengaja sebulan yang lepas. Hujan turun dengan lebat pada petang itu. Dia terkandas di fakulti walhal dia masih perlu ke kelas seterusnya yang terletak di fakulti matematik yang terletak di hujung blok. Dalam pada sedang berfikir cara terbaik untuk menuju kesana tanpa isyarat badannya di rempuh kuat dari arah kanan. “ALLAH maafkan saya sungguh di luar kawalan saya. Sepatu saya licin dan lantai berair. Maaf, bukan saya sengaja. Wallahi saya tidak sengaja” tanpa mempedulikan alat tulis yang masih bertaburan gadis yang merempuhnya itu terus memohon maaf atas insiden yang boleyh di kira sebagai mengaibkan itu. Azmir lantas tunduk mengutip alat tulis tanpa menjawab sepatah pun permohonan maaf dari gadis berkenaan.

Dalam keadaan hujan yang masih lebat gadis itu terus berlari meredah hujan selepas menyambut huluran bekas pensel dari Azmir. Tanpak pincang lariannya mungkin kerana kecederaan semasa jatuh tadi.
“Salam Alaik Ya Sheikh, jauh termenung.” Sapa Adi setelah melihat Azmir diam memandang jendela sedari 10 minit yang lepas. “ Ada masalahkah? Cuba khabarkan, andai mampu meringankan kita pikul bersama” tambah Adi. “ Tidak ada apa Adi.sekadar pandangan kosong merenung indahnya ciptaan ALLAH. “ ujar Azmir menutup rahsia hati. “ Asah berbohong Azmir, raut wajahmu sahaja sudah cukup untuk aku faham bahawa ada hati yang terusik dari salah satu ciptaan ALLAH itu. Ayuh khabarkan siapa yang menjadi pilihanmu. “ “Apakah boleh aku miliki andai aku buka rahsia di hati?” ujar Azmir. “ Aenyukai seseorang tidak bermakna kita wajib memiliki. Manusia harus tahu membezakan antara nafsu dan anugerah yang ALLAH beri. Jika yakin ini anugerah jangan di cemari dengan fitnah. Terus sahaja lalui jalan yang benar.” “ Aalannya tidak mudah andai sahaja baru aku beri salam sudah kena halau” rungut Azmir. “ Anita seperti ini tidak mengharapkan cinta dari yang tidak halal baginya Azmir, walaupun aku tidak mengenalinya namun dari gaya parahnya kamu ini aku yakin sudah tentu bukan wanita biasa yang kamu kejar ini. “ Dia wanita biasa sahaja, lahirnya di bumi membesarnya juga di bumi” tambah Azmir. “ Pandai bergurau kamu ini Azmir “ ujar Adi sambil berlalu.  

Sedang itu Anita gagal memberi tumpuan penuh pada kelasnya pada hari itu. Fikirannya sarat dengan persoalan akan kedatangan Azmir. Sedikit sebanyak naluri kewanitaannya dapat merasakan ada sesuatu yang Azmir mahukan daripadanya. Tetapi dia tidak tahu apa.

Usai kelas Anita bergegas pulang ke rumah. Asar sudah panjang dia harus segera. Panjang langkahnya tanpa menoleh kekiri dan kekanan tanpa sedikit pon dia sedari alunan langkahnya di perhati seseorang dari jauh. “Subhanallah Tuhanku, aku terima ketentuanmu” bisik hati kecil sang pemerhati.

ALLAH HU AKBAR, ALLAH HU AKBAR...

Jelas pada pendengaran laungan adzan dari muazin. Anita yakin jejaka yang sama juga yang melaungkannya kali ini. “Subhanallah ya ALLAH.. jika sahaja ini sudah merdu bagaimana agaknya suara Bilal Bin Rabah saat melaungkan adzan??” Anita asyik sendiri duduk di dalam saff menanti adzan habis. “Maha suci tuhanku.. inilah sebaik-baik laungan. Manusia walau berlainan bangsa dan bahasa tetap datang bila kau seru. Sungguh agung kekuasaanmu.. aku akur.” Gumam Anita sendirian. Rutinnya untuk mengimarahkan rumah ALLAH tidak pernah di tinggalkan jika berkesempatan. Dia suka kesitu kerana baginya di situ ada ketenangan dan di situ ada kedamaian.

Perjalanan rutin harian berlangsung seperti biasa. Tiada apa yang berubah. Anita mahupun Azmir atau pun mahasiswa yang lainnya. Kesibukan dengan tugasan adalah asam garam dalam pembelajaran. Mereka sudah lali menjadikan tugasan tidak lagi terasa sukar tapi bagi Azmir hari ini adalah hari paling merunsingkan baginya. Sudah sepanjang 2 minggu ini dia langsung tidak tersermpak degan Anita, tetapi hari ini sahaja sudah 5 kali susuk tubuh genit itu berjalan melintasinya. Adakah ini petanda? Atau mainan perasaan atau apa sahaja. Wallahi istikharah Azmir dalam kepekatan malam jarang di tinggalkan sejak baligh. Pesan umi, solat malam itu punca tenaga untuk siang hari. Maka sebagai anak yang patuh,kata-kata umi adalah pegangan baginya. Azmir diam lagi. Duduk berteleku depan musyaf dan bersedia membaca nya dengan harapan peroleh ketenangan. “ Ya ALLAH. Apakah yang harus aku lakukan? “


Suara yang sama meruntun naluri Anita untuk terus mendengar. Kebetulan Anita singgah solat sementara menanti pertukaran waktu subjek seterusnya. Peruntukan sejam cukup untuk Anita persiapkan diri. Charge kembali tenaga dengan solat Dhuha. Azmir ralit mengaji tanpa dia ketahui ada telinga yang mendengar dengan penuh kekaguman dan rasa rendah diri pada pencipta yang esa.

Tuk.tuk.tuk..

“Masuk”,suara dari dalam. “Ustazah panggil saya?” Tanya anita.” Anita sila kan duduk..”

Perbincangan selama sejam tadi mengganggu emosi Anita. Dia patut bersedih atau gembira atau apa? Dia dilamar seorang mahasiswa. Ustazah Nuraini sebagai perantara. ALLAHU AKBAR. ! Muhammad Ahmad Azmir B Muhammad Ahmad Azmin. Dalam dunia nie rasanya ada seorang je yang manusia yang ada nama yang macam tu. Tak lain tak bukan Azmir yang datang sejak kebelakangan ini. Dalam galak berfikir tanpa dia sedari langkah kakinya terhenti di hadapan surau AL Rahman. Pusat ilhamnya. Tanpa berlengah, dia solat sunat sendirian memohon ketengangan. Sekali lagi bacaan dari jejaka yang sama menjadi halwa telinganya. Ya ALLAH.. aku jatuh cinta pada suaranya. Siapakah dia? Tidakkah kau mahu menunjukkan dia pada aku? Penuh ikhlas rahsia hati di buka pada penciptanya.

Kun Fayakun. Jadilah maka jadilah. Kuasa ALLAH tiada batasannya. Sekali imbas, pantulan dari kaca pintu surau meremangkan bulu roma Anita. Mengalir laju air matanya beristighfar memohon ampun atas ketelanjuran kata-katanya dan syukur sosok imbasan yang di lihatnya itu lah yang melamarnya. “ALLAHU AKHBAR . ! andai saja boleh aku beri kan kata putus, akan aku terima atas rasa cintaku padanya. Namun aku ini anak ibu dan abi. Mereka lebih layak menentukan.”

Alhamdulillah, cuti semester tiba setelah penat lelah bertungkus-lumus berjihad menuntut ilmu. Namun berita dari ibu dan abi menggugat ketenteramannya untuk bercuti, namun sebagai anak anita akur. Dia di jodohkan dengan anak kenalan ibu dan abinya dengan alasan suaminya kini adalah anak terpelajar dan baik latar belakang agama mahupun akademiknya. Hati wanitanya menjerit mengatakan cintanya pada jejaka lain. Hati anaknya melafaz akur pada permintaan owang tuanya dan hati seorang hamba merasa pasrah pada ketentuan penciptanya.Dia yakin, dia perancang yang penuh kekhilfan, makala ALLAH perancangan penuh kebaikan. Hal berkenaan dia di lamar tidak sempat di suarakan kepada orang tuanya apabila dengan penuh pengharapan kedua ibu bapanya mengatakan kata pututs berkenaan jodohnya selang 2 hari ketibaannya di rumah. Dan kini, dia isteri kepada seorang suami. Pantas sekali segalanya berlaku. Dia pasrah, redha dan iklas. Dia yakin. ALLAH itu maha tahu.

“Persoalannya mengapa di tolak ustazah?” Soal azmir tak senang duduk. “Sebaiknya kamu Tanya pada tuan punya badan.”ujar ustazah nuraini.

Azmir menghayun langkah nekad mencari dan bertanya sendiri kepada anita. Belum pun sempat sehari kuliah bermula Azmir sudah hilang arah apabila menerima berita peminanganya di tolak Anita.

Anita yang leka dengan kitabnya terkejut bila Azmir sewenangnya duduk bertentang dengannya. Dengan penuh perasaan kurang selesa Anita bangun duduk memilih carel persendirian di dalam perpustakaan. Azmir ikut duduk di carel bersebelahan. Tiada pintu untuk “babul Liqa’” maka carel penghadang pun jadilah. “Benci sangatkah awak pada saya?” Azmir memula bicara. “Jangan terburu-buru menghakimi, dengarkan dahulu penjelasannya” balas Anita. “ AJangan terburu-buru menilai, kenali dahulu hati budinya” tokok Azmir. Saya sudah menikah.itu alasannya. Ujar anita seraya berlalu. Hatinya pedih. Demi tuhan. Hatinya pedih meninggalkan arjuna yang di cintai mengejar realiti dia kini adalah milik jejaka lain. Dia yakin kini, jodonya bukan terletak pada perancangannya. Tapi pada ketetapan sang pencipta.

Azmir yang terkejut mendengar penjelasan Anita beristhghfar berterusan bagi meredakan pedih di hatinya. Dia harus bangkit sebagai lelaki bermaruah dan menjaga meruah wanita yang berjaya mencuri hatinya. Dia bangun dengan kapayahan, menghayun langkah sambil mengumam sebaik-baik perangcang adalah ALLAH swt. Air matanya gugur juga.


rentakjarimenari :

asalamualaikum semua. cerpen nie sekadar memenuhi kehendak hati untuk berkongsi something dengan you all plus  rasanya dah lama sangat tinggalkan bahasa Malaysia baku. ejaan pon dah banyak yang dah lupa. dah lama sangat tak buat karangan jadi bila di paksa otak nie buat karangan tersangkut-sangkut jugak lah idea nie. isnyaALLAH akan datang cube dapatkan balik ilham macam masa sekolah dulu dan try improve bahasa. ye lah sekarang dah kat UNI guna bahasa inggeris dan mandarin, makanya kalau x recall balik punah ranah la bahasa.. so long,, ~~ see ya. ! 

No comments:

Post a Comment