THE MEMORIES

Saturday, July 27, 2013

SITUASI BERBUKA

Waaaaaaaaaa.. there's murtbak with pickle union. !

 i am like the devil all over the face. !









Then suddenly mom come over and shout at me "what do you think you are doing??? you cant eat that..! its acidic. !

"ooo really?""






Mom still didn't give up. !  "no you cant eat that..! your stomach isnt recover yet. !" 

im starting to make a "tak puas hati" punye muke.. " i want it.. ! why cant i have it? look, i suffer a lot by this pain. i cant eat lots of thing. but this time i dont care. i want it. ! "

this the world war mom..






then mom start to raised her voice up. "I said u CANT have it. !!!!!!" 

"ya.. right.. i wont have it. "

 muke pasrah lagi redha. Start makan murtabak tanpa pickel.  









hi everyone. what im trying to say is since i have this pain i cant eat a lot of things which has turn my appetite down. the worst when mom starting to control every food im going to have and i can only have the less acidic, less hot and of course, less taste. but.. i think i kinda love this way course if i don't feel like eating then i just sit beside my mom and let her feed me with her bare hand. sound cool heh? 22 years old still ibu suap. kau hade? sila jangan jeles. ! serious. !



Thursday, July 25, 2013

AKU DAN ISTILAH SWEET

Aku bukan seorang yang jiwang kilat atau jiwang karat. Tapi memang aku tak tahu bagaimana nak berlagak sweet atau pura-pura sweet.

But the other day masa sedang scroll temlen , ternampak satu picture and caption of course, (editted) and i really think it is owesome and indeeply sweet.


sedikit terdetik di hati aku untuk mengatakan tindakan si suami itu sweet. 

then aku start berfikir. apa sebenarnya sweet tu? adakah pasangan remaja yang pengang tangan di mall itu sweet? mereka yang upload picture mak we atau pakwe di facebook dengan caption yang ala-ala dunia mereka yang punya itu sesuatu yang sweet? atau adakah pasangan suami isteri yang berjalan dengan berpengang tangan itu sweet?





aku ibarat temui jalan buntu di penghujung niagra falls. bahasa mudahnya sama ada aku terjun untuk terus tahu apa yang ada dalam air tu atau aku patah balik dan terima definisi dari pikiran masyarakat tentang istilah sweet menurut pandangan kaca mata mereka.

jadi di sini ketahuilah sekiranya memang di hadapan aku nie ada niagara falls, aku akan terjun. ulang sekali lagi.. AKU AKAN TERJUN.

jadi di sini menurut kaca mata aku pula, istilah sweet itu adalah di takrifan apabila seorang yang kita kenal atau tidak kenal membawa kita kearah kebaikan dekat dengan cinta agung, cinta abadi, cinta pada Ilahi. Macam mana caranya? here, few basic yang engkorang semua boleh start buat untuk permulaan sweet-sweet korang dengan teman dan sahabat handai.

  •  waktu solat masuk, kita ajak kawan bersolat bersama.
  • kalau rasa esok nak puasa sunat ajak sekali kawan-kawan puasa sama
  • nak bangun qiamullail, ajak kawan buat sekali
  • nak makan, kongsi dengan kawan-kawan
  • bila kawan bersusah hati dan bergundah gulana jadilah pendengar yang baik untuk redakan hatinya
  • andai kawan tersesat, panggil lah dia semula kepangkal jalan

jadi, pada aku. ini sweet. ! seriously.. ini baru sweet.. (menurut kaca mata aku.) ulang suara (menurut kaca mata aku) actually banyak lagi perkara mahmudah yang kita boleh ajak kawan-kawan buat sekali intentionally nak sweet-sweet. till jannah katanya. so why dont we start dari perkara yang basic kan? kan? 

jadi hadik-hadik.. nasihat akak yang single, solo lagi tak kesunyian nie, tak perlu kowt nak upload pic "kebahagian" korang kat laman sosial dan bagitau satu dunia. sebab apa? wahai hadik yang baru kenal dunia, perjalanan anda masih di permulaan. banyak lagi yang anda belum terokai. dan lagi pula, ramai manusia yang belum anda temui. satu hari nanti bila anda dah dewasa, anda terfikir balik akan tindakan anda tu , percayalah kata akak nie, anda akan berkata sendiri "kenapa la aku buat cam tu" 

dan ye, buat pasangan yang dah kahwin rasanya tak perlu kowt nak upload pic kat facebook berpeluk dan bercium nak bagi tahu semua yang anda dah halal. alahai.. senyap-senyap sudah. bertindak macam tak berapa nak matang la pula akak abang nie. kami golongan bujang nie cemburu sapa nak jawab? heheheh. 

rasanya, itu je kowt celoteh untuk kali nie. rasa nak bebel lagi aku taip lagi. btw di ingatkan sekali lagi, piece dalam blog ini adalah pandangan dari diri yang kerdil ini. sekiranya tidak bersetuju itu di luar kawalan penulis. 

hidden : baru lepas terbaca tweet budak-budak baru nak up. dah meremang bulu tengkok aku. 

Friday, July 19, 2013

SEHAT DAH OIII..~~

aku nak jerit bahagia dari ruang kerongkong akuie menyatakan bahawa "im feeling alive"...
Terasa macam dah sehat. Yay..! Thanks pada semua yang mendoakan. Semoga Allah merahmati kalian.. Bye!

Hidden : aku xsuke update pakai ipad sebab page tak boleh scroll. So kalau nampak pendek tu sila faham yang aku xgune encik leper. Dan semak detail kat bawah entry untuk tahu aku update guna apa. Probably ios dan safari tu adalah ipad browser. Sekian.

Monday, July 15, 2013

DRAMA QUEEN

Selepas dramatic, sekarang dikatanya aku drama queen?
Ohoi.. ! Aku sangat terasa nak print screen status manusia nie.
Relax zara.. Bulan ramadhan nie.. !
Ok, here, aku pretend mcm xpernah nampak status tu.

Go to user --->> delete !
Aha! Done. ! Senang hati. Lepas nie budak tu nak naik status apa pown gasak la. Yang penting jauh dari hidup aku yang cukup bahagia nie. !

Kau..! Aku benci kau..!

Saturday, July 13, 2013

NAFSU RAMADHAN

rasanya setelah bertahun-tahun ramadhan yang aku lalui, tahun nie cabaran sedikit hebat berbanding yang lain. aku keep bagitahu diri sendiri yang ALLAH terlalu sayangkan aku. that is why cobaan dan ujian tak putus-putus menghimpit aku.

Hid, sampai detik ni benda yang boleh masuk ke tekak aku adalah bubur, sup or anything yang tak de acid citric, tak de cili dan yang tak masam or bercuka or bersifat "tajam".

aku dah macam orang nazak. Puasa macam tak puasa. sakit sepanjang masa. Ibu kata tak payah puasa sebab keadaan aku teruk sangat, tapi aku terasa sangat rugi kalau tak puasa. jadi aku teruskan walaupown aku terpaksa berbaring. 

Aku cepat penat sekarang ni. Buat keje sikit je penat. Pergerakan sangat lambat. Dan perut pedih sepanjang masa. 

Terasa sedih pulak bila terpaksa puasa cam nie. terlalu susah nak pilih makanan. Even sup daging yang aku terlalu suka pon aku dah naik jemu. ibu hidang sup tulang, but still bau sup pon aku da muak. Nampak tak betapa sadisnya di situ. 

Sebenarnya aku bukan sedih tak dapat makan macam-macam. sebenarnya aku sedih kan bila keadaan cam nie, tak banyak yang aku leh bantu di rumah. dan lebih teruk bila ibu terpaksa pastikan ada menu yang aku leh telan. Nak berdiri lama kat dapur pown aku tak boleh. dah tu cam mana? 

Gagahkan diri dan buat tak tahu je bila ibu suruh jangan buat. then ibu akan marah "cuba la dengar cakap nie, karang sakit lagi" then baru aku berhenti.

Seriously, ALLAH sayangkan aku. 

Hidden : Alhamdulillah im still breathing with the same air. And i believe ALLAH know the best for me. May faith fair us well.


BUNGA TULIP

"Nah bunga tulips untuk wanita secekal tulips" 

Someone gave me the words today. aku tertanya-tanya apa yang di maksudkan dengan "secekal tulip" adakah nak tanam bunga tu susah? atau nak jaga susah? atau tulip hidup dalam persekitaran yang susah nak survive?

Ehsan gambar dari google 
Question remains in my mind. so, aku ambik si leper dan scroll down the cursor untuk cari pasal tulip.

Yang aku jumpa adalah fakta mengenai bunga nie. negara asal tulips, keantikan, sejarah dan lain-lain. tapi still aku tak jumpa apa-apa pasal "kecekalan" atau "kehebatan" atau apa-apa sahaja yang berkaitan dengan ayat kat atas tu.

Tapi apa pon, aku rasa aku da jumpe sebab untuk aku ke negara turki.








Here, check this out



Hidden : "Aku seorang yang dramatic" - menurut seorang sarcastic.

Tuesday, July 9, 2013

BIRTHDAY GIFT

hohohohoho.. nampak muka keserian aku macam minion tengah party nie? weyh seriously agak ke happy-an aku disini. mana tak nya. ada orang surprised kan aku hari nie. ingat lagi entry BIRTHDAY DA DEKAT dan NIQAB YANG AKU TUNGGU? aku dok bebel-bebel cerita pasal niqab yaman yang aku sangat-sangat nak tu. dan hari nie aku dapat niqab arab. ! niqab arab you ollzz.

niqab arab nie die ada nose string, tebal dan paling kurang 3 layer. tutup habis sampai telinga dan satu apa pown tak nampak. masyaALLAH kalau kat Malaysia paling murah dalam 50 or 60 jugak la. so kinda happy sangat walau pown bukan niqab Yaman kan. tapi seriously, HAPPY.. ! Yay.. ! 

malas nak bebel-bebel aku ada banyak benda lain nak buat so here the picture. 

hidden : kereta aku air air cond bocor. habis basah map passenger bahagian depan. cis. ! duet lagi. 








aku nak keluar sebenarnya masa dapat bungkusan nie. so sementara tunggu engine panas aku dengan rakusnya mengoyakkan bungkusan tu. konon tak sabar la kan. and then.. taraaaaaaaaaaaaaa.. ! (ala-ala minion) hijau tu gile spot mata aku. cantik kowt. and the hand writing macam perempuan. cantik gile. ! 



tua di katanya aku. bertuah punye adik. tapi kan.. tapi kan,.. tapi kan.. akk terharu.. ! sob sob.. ( nampak tak air mata berjuraian nie)


erk. mula nya aku rasa macam tak comel la plak picture nie . tapi yang penting nak gak upload. ignore je la tudung aku yang bergantung kat belakang tuh. balik terus try tau. ! aha. ! aku dah dengar lagu raya dah dalam pale otak aku nie. (purdah baru.. yay.. ! ) 

RAMADHAN DATANG LAGI

hai Hid,
sekarang jam pukol 3:40 pagi. tapi mata aku sikit pon tak rasa mengantuk. tak tahu lah sama ada aku berdebar paper esok atau aku excited nak bersahur kurang dari 2 jam lagi.

housemate semua da lena dalam mimpi masing-masing. aku, berteleku depan lappy untuk ceritakan pada kau apa yang dah jadi dalam sehari nie.

Alhamdulillah Ramadhan datang lagi. masih segar dalam ingatan pada tahun lepas aku macam mana aku risau tak jumpe lagi Ramadhan untuk tahun nie. tapi Alhamdulillaah tuhan panjang kan umur aku untuk terus bercinta dengan Ramadhan walau pun dalam keadaan sakit macam nie.

Hid, aku mula kan perjalanan aku dengan realiti. apa yang berlaku hari nie. Guess what? aku dapat teraweh. mulanya aku tak nak pergi sebab aku nak jumpe membe aku. but tiba-tiba membe aku dah ke surau. so dalam keadaan sehelai sepinggang tanpa telekung aku gerila pegy ke surau dan solat dengan baju dan tudung aku je. and no what? surau penuh. sumpah tak tipu sampai melimpah jemaah perempuan macam susu ke ladang gandum.

memang la surau Rudhah tu kecik tapi seriously susah gila nak tengok jemaah ramai cam tu. so kinda nganga gak la aku tadi masa baru sampai. tapi kan jemaah tak patah balik. dorang sangup naik ke apartmen dan bawak turun sejadah masing-masing bentang atas rumput. aku tumpang sejadah je la. terasa macam kat mesir pon ada gak. ye la, sujud bawah langit ilahi mencium rumput basah bau tanah. pergh.. ! sumpah rare. ! first time dalam hidup aku rasa benda nie. selalu nya aku sujud atas karpet surau or masjid. ahaks. ! rezeki aku la, Allah gerakkan kaki nie gi teraweh gak. kalau tak sia-sia je burn sehari teraweh.

so, cerita yang tak berapa nak realitinya..
perut aku masih lagi sakit dan pedih sampai saat nie. satu kemungkinan yang aku terlalu takut kalau aku positif kanser perut. seriously Hid, aku belum puas berbakti pada ibu ayah aku. aku belum yakin syurga ilahi milik aku dengan amal yang sikit nie dan paling penting, aku masih bujang.

Hid, salah satu impian aku adalah aku nak mati dengan redha dari ibu ayah serta seorang lelaki yang bergelar suami. aku nak jadi ibu. jadi aku sangat takut kalau sakit nie positif. jadi kat sini kau faham tak apa benda yang aku telan dan simpan sendiri tanpa pengetahuan sesiapa? termasuk ibu aku..

aku cuma harap ianya negatif.

know what Hid,
tahun lepas pada waktu ni, aku sedang bercakap di telefon. dengan dia. dan iftar ramadhan yang lepas, pada jam 6:30 aku sedang pandang ke arah padang CFS UIA PJ bila tiba-tiba ada satu suara sapa aku "kak zara ye?" . yup. Amir. kitorang kenal 1 ramadhan kan.

tapi tahun nie berbeza. iftar kali nie insyALLAH kalau aku masih bernyawa kejap lagi, aku tak tahu aku akan berbuka di mana. tapi kemungkinan dengan housemate aku. dan bukan di PJ.. bukan dengan Amir.

dan tahu apa.. aku dah clear semua tentang dorang dalam lappy, fone dan external. jadi yang ada cuma catatan tentang mereka pada kau (Hidden) , dalam planner aku dan dalam memori aku.

aku teringat satu baris ayat
"Remember the one you told you can't live without? see, you still alive" 

dan yes, i've move on.

so Hidden.
kau tahu bertapa Ramadhan sangat bermakna pada aku. penuh kenangan dan dah tentu bulan untuk aku kumpul sebanyaknya saham akhirat nanti. just, doakan yang terbaik untuk aku. doakan paper last aku nie aku dapat jawab dengan mudah. dan doakan, supaya masih ada Ramadhan akan datang untuk aku.

Hidden, I owe you big time.. this is my story but you know it wasn't mine. its ALLAH's.


picture dari fb imam. 
so, here it is. 
the situation on 1st Ramadhan.
9/7/2013

Sunday, July 7, 2013

FOOD POISONING

Dah 7 hari blog nie senyap tanpa piece baru. so hari nie nak bagitau nape la aku terdiam tanpa piece. actually aku kene food poisoning. serius tak tipu. ceritanya begini..

hari selasa. seharian sibuk study. maklumla esok nye ada paper . so dah seharian tak makan. malam plak study smpai lewat makan kat McLibrary. masa on the way balik tu tetibe lapar sebab baru sedarkan seharian tak makan then berhenti lah kat kedai makan tapau char kuey tiaw. bila balik tu cume makan 5 6 sudu je sebab pedas. dan esok nya...

paper pukol 2:30.. pukol 12 cam tu perut aku da start memulas. ingat sikit je. tapi the moment pegawas exam panggil masuk hall pukol 2:00 sakit nya menjadi-jadi. masa tu pucat nya muka da macam mayat. bukak paper exam dah x nampak apa dah selain ambulance la, ubat la, katil la. focus memang da terbang habis dah.

habis je setengah jam kuarantin, aku terus gi toilet. time tu jalan dah start pegang dinding. aha.. ! die punye sakit tuhan je lah yang tahu. patutnya exam habis pukol 5:30 tapi pukol 4:00 aku da submit. jalan kaki nak ke basement terasa sangatlah jauh. 2 kali terjelupuk jatuh sebab terlalu sakit. sudahnya bila sampai rumah memang dah terlalu tak larat nak jalan. mengesot je dari bilik air ke depan.

alhamdulillah ada roomate yang sudi hantar ke klinik. doctor kata perut dah bengkak and badan sangat dry sebab banyak hilang air. ibu dan ayah dengar anak die nie sakit terus macam superman datang dari KL. pergh.. ! thanks ibu ayah. so selama beberapa hari la aku nie di hospitalkan di rumah bawah jagaan doctor ibu.

sampai sekarang makanan yang boleh masuk ke tekak aku cuma bubur sahaja. dan perut tak boleh langsung kosong. memang sakit yang terasa nak tercabut nyawa. sebab dinding perut dah luka. doakan lah banyak-banyak supaya aku sehat ye.

terima kasih korang semua,,.. !

hidden : twin aku juga sedang sakit. doakanlah kesembuhan untuk kami berdua ye.

Monday, July 1, 2013

DRIVER QUEEN OF HEART

1/7/2013 Nur akan sambung study dia. Dengan penuh gigih aku bangun pagi semata-mata nak hantar dia ke tempat dia belajar tu. Kami pergi dengan dua kereta. Kereta aku yang join sekali nur dan asri. kereta satu lagi ibu, ayah ngah, ayah, hadirah dan faiz. 

Setengah jam pertama perjalanan aku cool drive dengan gaya aku. Kebiasaannya aku suka drive pegang stereng dengan tangan kiri. Tangan kanan aku letak kat peha atau aku pegang tingkap. Tabiat. Tak tahu lah nape. 

Tapi, setengah jam berikutnya tiba-tiba ibu decide untuk tukar kereta. Masuk kereta aku. The moment ibu masuk ke kereta terus dua-dua tangan aku pegang kuat-kuat stereng. Nak garu kepala pown aku tak berani hokeey.. ! dah tu meter nak naik tahap 100 pown aku tak bagi. sebab apa? sebab aku sedang drive QUEEN of HAMDAN's .. 

Bila Queen tertidur, aku terasa nak maki jalan raya yang berlekuk-lekuk yang menyebabkan kereta aku berhenjut bila terlanggar hape-hape atas jalan tu. and bila kereta depan brek mengejut lagi bersumpah seranah aku dalam hati sebab aku risau Queen terbangun. aku bawa setenang yang mungkin sebab tak nak tidur Queen terganggu. kalau Queen tidur kat rumah pown aku tak bagi sebarang bunyi kejutkan lena dia apatah lagi atas jalan raya nie. 

berjam perjalanan aku terasa sangat lama sebab badan aku terlalu stress. aku terlalu berhati-hati sebab yang aku bawa nie orang penting dalam hidup 7 of us dan ayah aku juga. so kalau jadi apa-apa aku tak kan maafkan diri aku. kemuncak yang aku rasa mencabar kekuatan jantung aku bila satu accident happened right infront of my eyes yang melibatkan satu motorsikal. sebaik sahaja kereta aku melintas motor tu, terus motor tu berapi dan penunggang tu langgar divider dan berpusing macam kene pusing dengan tornado. aku lihat semuanya dengan kepala hotak aku sendiri. dan yang epic Queen tengah tidur kat sebelah. aku terjerit terperanjat "ALLAH... ALLAH.. ALLAH.. accident.. ALLAH.. " tu je aku mampu cakap. dan semua terjaga.. 

masa tu aku cuma mampu urut dada supaya tenang agar kereta aku masih berjaya di kawal. dalam kepala otak bersyukur bukan kami yang terlibat. tapi sedikit simpati pada penunggang motorsikal tu.

dalam perjalanan balik, aku tanya adik aku.. "kalau kau bawak ibu kau stress x? " dia cakap dia pown stress. sebab kita bawak orang yang paling kita sayang kan.. kita utamakan keselamatan dia lebih dari keselamatan kita sendiri. so korang.. rasa tak apa yang aku rasa??

hidden : QUEEN = ibunda .. HAMDAN's = family name