THE MEMORIES

Monday, May 20, 2013

TALK

Kehidupan semakin menarik bila umur semakin meningkat nie. Komitemen dan tanggungjawab pada study semakin bertambah apatah lagi kehidupan. Dalam kesibukan nie, ada tak kita luangkan sedikit masa dan tenaga untuk ummah? Fikir sejenak pasal ummat Islam..

Hari nie Rakan Intelek dan Peers Club telah berjaya buat satu talk tentang Gaza dan Syria di Audi.. Dalam pada berbelah bagi nak pegi ke tak nak pegi nak tak nak.. nak tak nak.. tetibe je aku dah duduk kat kerusi audi tu. 

Masa tengah duduk melayan fone sementara tunggu talk bermula, budak sebelah aku cuit aku. Dia kata cam nie kat aku "akk, orang ajak kawan orang datang dia tanya orang cam nie, kenapa palestin dan syria been highlight tapi no one cares bout Rohingya dan Thailand. there are muslims too right?

Aku slumber badak jawab sambil main fone " orang pandang Palestine dan Syria sebab itu negara umat islam. tapi Rohingya dan Thailand bukan negara islam" 

Dia tanya aku balik. "Tapi kita kena ambik tahu gak. Dorang pown kan islam"

aku : "Memang kita kena ambik tahu. sebab mereka saudara seislam. Tapi isunya dunia hanya nampak Palestine dan Syria sebab dua nie negara islam. Jadi kalau bergolak orang nampak. Tapi Rohingya dan Thailand minoriti Islam. Jadi dunia xnampak. Peranan kita yang cakna tentang isu nie untuk bagitau masyarakat kat luar supaya mereka turut pandang serius pada Rohingya dan Thailand walaupown bukan negara Islam"

Secara peribadinya,
Aku merasakan bila ada kesedaran, hatta sehelai pown rambut muslim yg lain gugur akibat kekejaman kafir harbi, seantero dunia merasakan sakit nya. So sisters and brothers, do you feel the pain? 

Friday, May 17, 2013

JAGA-JAGA..

Jam baru pukol 11 tapi suasana punye lah sunyi macam dah pukol 3. MasyaALLAH.. Kenapa lah sunyi sangat nie. Rumah pown da gelap gelita dah. Bila dok jeling, rupanya roomate merangkap housemate checkmate dan segala mate yang ada dah sedap lena di buai mimpi. aku? Masih stuck kat meja makan dengan ipad dan segala gadget yang ada dok fikir nak buat apa la malam nie.

Masa stay kat Apartmen Yayasan Melaka dulu pukol 3 pown macam baru pukol 9. Punye lah riuh rendah. berbeza sungguh suasana kat kampung morten nie. Pelik kan nama kampung tempat aku tinggal nie? but kalau tak tahu meh aku bagitau.. Kampung morten nie Kampung Heritage Melaka. InsyaALLAH ada masa nanti aku taip satu piece khas untuk tempat tinggal aku nie.

Berbalik pada ceita sunyi aku nie tadi, sedang enak aku duduk melayan semua makluk bijak tak nampak otak aku nie (gadget_, aku rasa suasana semakin sunyi dan sejuk. ohooohoi. ! Nie bukan cerita hantu adik akak oi. ! Cuma aku just nak cerita berbezanya tempat tinggal aku dulu dan kini. Harus lah berbezakan? Dah nama pown tempat len-len.

Natijah daripada kesuyian nie, aku jadi kelawar dah sekarag nie. Lagi teruk dari kelawar dah aku rasa. Malam aku tidur awal.. Siang lak aku bangun lambat. Lastnya sepanjang hari aku dok tingtong tak sedar apa yang berlaku kat keliling. Ceh. Serius .. Banyak tidur nie buat otak blurr-blurr and rasa nak tidur lagi. Rasa tak bermaya dan tak bersemangat. Bukan tu je. Tidur banyak nie buat ketagih. Esok rasa nak bangun lagi lambat.. Lambat dan lambat..

Tak percaya? Try test sendiri la.. Aku yang kategori morning person nie pown leh tewas gak kalau sekali da bangun lambat esok nya mesti lambat gak. Sumpah aku tak tipu. ! dan aku sarankan toksah lah dok buat,..

Untuk adik-adik, ukhti-uhkti dan kakak-kakak yang bernama wanita sekalian, nie meh aku nak nasihat sikit. aku ambik kata-kata sorang nie..

"Lelaki kalau cari isteri, dia nak cari yang jenis bangun supaya leh kejut bangun pagi sebab lelaki nie liat bangun pagi bukan yang jenis tidur sekali sampai matahari tinggi. "

Aha.. maka kalau rasa nak jadi ala-ala cinderella yang kawin putera raja tu sila la bangun pagi dan toksah berjaga malam ye... Pesanan tok diri sendiri sebenarnya.. .

Aku ambik gak kata-kata sorang nie.

"kalau berjaga malam alamat siang tak terjaga, kalau berjaga siang nanti malam kena jaga-jaga.." 

Monday, May 13, 2013

SELENDANG

Suasana keliling sejuk mencengkam tubuh. Salji yang turun semakin memenuhi persekitaran. Angin ribut di atas gunung itu menambah lagi kesengsaraan. Aku kerling budak lelaki yang setia duduk di sebelah bapaya. Aku senyum. Adik aku yang semakin meningkat dewasa. Dengan rambut kuning keemasan. mata yang sedikit sepet seperti aku. Penduduk di atas gunung turut memandang dia. Maklumlah kami baru di kejiranan ini. baru je pindah. Adik aku yang tampan dengan kulit yang mulus.


"Sayang, come to me. " Dari dia kecil, aku sudah terbiasa panggil dia sayang. perlahan dia berjalan menghampiri aku dalam keadaan lemah. Dia kesejukan dan kesakitan. Doktor kata masanya akan tiba bila-bila masa. Aku cuba ukir senyuman paling manis untuk dia. aku sembunyikan semua kenyataan pahit itu dari pada dia. Dia melangkah rapat dan baring atas riba aku. dengan penuh kasih sayang aku peluk dia bagi menghangatkan tubuhnya. Sebuah selimut tebal aku gunakan untuk menyelimutkan dia. Nafasnya makin perlahan. Dengan deraian air mata aku gosok perlahan tubuh dia. "Im here sayang..Do you have anything you want? dengan kudrat yang ada dia rangkul tengkuk aku mendekati mukanya.. "I want a shawl which a guy always put on their shoulder when they pray" jawabnya lemah. "i'll travel the world to bring it back for you honey" .. Faez pejam mata menahan sakit.

Ku serahkan Faez yang sedang terlena pada seorang wanita untuk di jaga. Aku pesan supaya tunggu aku pulang. Tak kira apa yang terjadi. "You have to wait for me" bisik aku pada telinga Faez. Seraya aku pejam mata.

Suasana hingar dengan manusia berasak merata. dataran landai sedikit hijau membuatkan aku sedar aku jauh dari rumah, jauh dari Faez dan jauh dari salji. Namun lapisan nipis bewarna hitam di muka tetap aku biar di tempatnya. Sekadar pakaian besar yang membaluti tubuh sudah memadai untuk menjadikan aku tidak terlalu asing di negara orang ini.

Aku teruskan langkah untuk memenuhi hajat permata hati aku. Dua tiga kedai aku lalui dan aku berhenti di sebuah kedai yang di penuhi anak muda sebaya Faez. Terus ku suarakan hajat "im looking for a shawl" "for prayer isnt'it mam?" Aku angguk. "Here..Take your time to make a choice" .. Aku belek satu-satu shawl yang tergantung. Satu shawl bewarna putih dengan garisan berwarna hitam aku letak atas bahu. sehelai lagi dengan garisan merah di tangan kiri dan sehelai lagi yang berwana hitam di tangan kanan. Aku pilih untuk memilih yang di atas bahu.

"How much?" "45 mam" Aku hulur semua wang yang aku ada bila aku sedar faez menanti dan aku kesuntukan masa.. "Maam.. this is dollar.. we use ringgit here" Aku terbungkam. mana aku nak dapat duet? "take everything.. take it.. dollar will be more expensive than ringgit.. just take it.. Im in rush. All i want is the shawl. Take everything.. Take everyhthing except my love. Except my brother" Aku mulai merayu, menangis dan minta di simpati. Aku pantas berlari keluar dari kawasan tersebut. Namun langkah aku sekali lagi perlahan bila ramai lelaki melintasi hadapan aku dengan pandangan sesama sendiri.

Aku sedar kini aku akan lambat kembali ke pangkuan Faez. Kemungkinan dia sudah tiada. aku menangis bagi mententeramkan perasaan. air mata kian laju. "Ya ALLAH.. pada siapa lagi aku ingin meminta dan rayu. Pada siapa lagi yang dapat membantu kalau bukan Engkau. Beri aku sedikit waktu. tunggu lah sedikit lagi masa. izin kan aku berjumpanya.. " Aku terus berlari... lari .. dan lari sekuat hati..

Kini yang aku rangkul hanya sekujur tubuh kaku ... Perlahan ku selimutkan dia dengan selendang yang dia pinta. Air mata gagal berhenti.. Aku terus bersedih. Sedih dan Pedih.. Tuhan sahaja yang tahu..

Ku pejam rapat mata bagi membuang sakit yang mencengkam. Terasa bahang membakar muka.. Perlahan angin salji pergunungan hilang dari bumi. Yang aku rasakan kini hanya panas tak terperi.

ALLAH.. !!! da siang. ! Bismillahirrahmanirrahim.. Alhamdulillahillazi ahyana ba'dama ama tana wailaihi nusyu.. ku capai tuala menuju kebilik air. dalam hati berkata " mujur tuhan sayang aku kalau tak naya subuh aku terbako.. mujur tuhan sayang aku semua tu hanya mimpi.. mujur semua mimpi ..



KURSUS JENAZAH

Aku pernah rasa kecewa yang teramat sebab tak dapat nak menyumbang di saat akhir jasad nenda aku di dunia.Jadi sejak saat tu aku bertekad nak menghadirkan diri ke kursus supaya aku ada ilmu tentang pengurusan jenazah. Nanti kalau turn ibu aku atau ahli kelurga aku yang terdekat boleh la aku berkhidmat buat kali yang terakhir.

Lama aku cari kursus seumpama nie. Tetap tak berkesempatan nak join. Satu hari president kelab dengan slumbernya menamakan aku sebagai penolong ketua projek untuk kursus jenazah. taraaaa.. ! Bertuah sungguh nama aku nie. dan mulai saat tu aku cuma tolong sesikit je aku punye KP.. Sikit sangat..

11/5/2013..
Sepupu aku bertunang. Aku  pulak ada kursus. Aku tahu kalau aku tak balik mesti mak cik aku kecik hati. tapi dengan penuh ke gerila an.. Aku x balik. muahaha.. ! Aku rasa lagi teruja nak berkursus dari balik . InsyaALLAH akan datang aku jumpe lagi sepupu aku tu. Tapi peluang untuk berkursus nie ntah bila baru dapat.

Yang aku terasa terharu sangat-sangat dengan kasih sayang ALLAH taala adalah semua kesulitan dapat di atasi di saat akhir. Pertolongan ALLAH tu macam kita tak sangka.. Memula rasa nak rabak gak otak dok fikir. Dok meeting..Meeting tak selesai gak. Tapi berkat usaha semua terutama presiden dan KP maka benda tu settle gak. Kursus berjalan lancar Alhamdulillah.

Untuk perincian peristiwa aku rasa xperlu la aku cerita kat sini. Setiap orang ada kisah memasing dan biarlah aku simpan kisah tu buat sendiri bersama ahli komiti semua.

Cuma aku nak tekan kan kat sini,
Jangan berhenti melangkah even kita sampai ke jalan mati..
Sama ada kita panjat tembok yang menghalang atau kita terjun ke gaung atau kita gali jalan bawah tanah.
Sentiasa ada jalan.
Kita yang membatasi kemampuan sendiri sebenarnya.

ALhamdulillah pada Bos besar sebab izinkan kursus ini di jayakan.

thanks pada semua yang terlibat.

  • Pihak MAIM,
  • Pihak surau AYM, 
  • Surau Pengkalan Rama, 
  • Surau Kampung Morten, 
  • Pak cik Leman dan van beliau,
  • Komitte
  • Bidan-bidan terjun..
  • Peserta 
  • Orang jauh yang bantu aku buat tentatif.
  • semua yg terlibat secara langsung mahupun tidak
  • muslimin dan muslimat


Macam biasa,
Here few picture...
Pic tak ikut order.. mata dah ngantuk.. malas nak susun..


idea di KP.
kami tolong jayakan aje




kusyuk semua dengar penerangan. sat gi semua nak jadi jenazah nie










tempat mandi yang last minit ALLAH bagi pinjam melalui surau kampung morten







talkin..
akan datang kita buat siap masuk lahad sekali naaa.. 




TRIBUTE P.RAMLEE

hai semua. Pejam celik-pejam celik dah hampir hujung sem. Bila hujung-hujung nie banyak la benda nak kene fikir dan settle. Salah satunya dinner.

Tarikh dinner da dekat. memula rasa mcam xnak join tapi memandangkan sem depan da last kat kampus dan sem depan xde dinner.. Maka nya join je la. Bila lagi kan? Nanti da keje mesti rindu nak gather reramai tapi nanti mesti susah nak cari mansa. Serious, macam sekarang nie nak gather dengan membe sekolah dulu punye la susah macam nak jumpe dengan menteri. 

So here, 
The theme is P.RAMLEE TRIBUTE. 
Know what? Aku suka ikut tema tapi last-last tema tu jadi tema aku sendiri. kah3.. !

Aku perah otak mengingatkan filem-filem p.ramlee.. Bila masa la plak heroin dia ada pakai tudung labuh? ah dah sudah.. Cam mana lak aku nak sesuaikan baju aku ikut tema.. 
meh-meh semua tengok few picture yang aku curi dari uncle google.. 



yang nie macam nice gak.longgar.. cume perlu tambah tudung je


begini? 
owh tidaaak.. ! 


baju kurung

aku suke yang nie.. 
selendang gitu.. 
ok, aku akan ayu begini. (perasan)

nampak mcm peplum kan? owh xdapat bayangkan aku dengan pakian yang macam nie

 Tak de yang bertudung kan? 
Jadi rasanya aku nak pakai apa erk untuk dinner tu nanti?
Ada cadangan?? 
Sudahnya.. aku pakai je jubah ngan baju kurung macam selalu. kui3( ketawa tanpa gelak)

Sunday, May 12, 2013

AKU DI BIUS CINTA

dengan ini saya mengambil kesempatan ini untuk mempromosikan coffee talk yang bakal berlangsung nanti.
anjuran JPM (Jawatankuasa Penggerak Mahasiswa) UiTM Kampus Bandaraya Melaka.

Datang ye adik akak mak cik pakcik.


PILIH KAMPUS

Pendaftaran intersesi bagi kumpulan B (degree) dah buka..
akan berlangsung masa bulan puasa nanti.
Dan bagi manusia yang tak bape gemar nak duduk rumah waktu puasa dah tentu aku tak nak lepaskan peluang untuk berintersesi kali nie.
Masalahnya, khabarnya kampus aku tak ada buka untuk subjek yang aku nak.
Maka natijahnya aku kene la berjelajahan ke serata malaysia untuk cari kampus mana yang ada.

salah satu pilihan yang ada, adalah Kelantan.
ok tell you what aku memang teramatlah teruja nak ke kelantan sana.
seumur hidup aku, negeri yang pernah aku jelajah cuma

  • Selangor (negeri aku membesar)
  • Kuala Lumpur (wilayah aku lahir)
  • Melaka (negeri aku sambung belajar peringkat tinggi)
  • Johor (sekali je.. ikut ayah outstation masa sekolah rendah. itu pown kat air port je)
  • Pahang (gi cameron, gi uma kawan)
  • Perak (kampung parents aku)


daaaan.. yeargh..! thats all..
ngehehehe. so.. nak bagitau kat sini yang aku memang lah teramat teruja nak ke kelantan sana nu.
kenapa bukan negeri lain?
Sebab Kelantan nie lain sikit. apa yang lain? aha.. tu aku pown tak tahu. sebab tu aku nak ke sana..

let see how.
ada rezeki sampai la nanti aku ke sana. pray for me. !

JARI ATAS KEYBOARD

Laju jari aku menari atas keyboard. 
Tekan satu persatu aksara untuk di jadikan perkataan.
Sambil telinga rancak menghayati lagu dari mp3 yang terpasang. 

Christina Perri - Distance (feat. Jason Mraz) turut sama meniti di bibir berlahan-lahan.

Jari rancak juga menari atas keyboard. aku terus taip dan taip perkataan demi perkataan. 
Tanpa tema tanpa cerita tapi terasa seperti satu cerita buat diri aku. 
Sesuatu yang abstrak da sangat sebati dengan aku.
Aku selalu simpan semua sendiri. berniat untuk cerita tapi akhirnya sekadar di fikiran.
Terlalu banyak yang aku nak taip mulanya dan pengakhirannya aku biarkan semua nya lari dari landasan. 
Biarlah christina yg cerita bagi pihak aku. 
Writer block? bukan. Aku tak terlibat dengan gejala tu.
Aku mampu untuk taip cerita nya dari mula hingga akhir. 
Garap jalan ceritanya dengan penuh cantik dan telus. Tapi untuk apa?
Untuk aku singkap apa yang tersimpan? 
Untuk aku reveal apa yang hidden?
Untuk aku khabarkan pada semua apa yang aku tahan dan telan? 
Untuk aku rendahkan harga ego aku seperti yang sesetengah mereka buat?
Ianya adalah sesuatu yang BUKAN aku. 

Setiap perkataan yang aku baca seakan belah jantung aku. 
Seakan menghancurkan setiap kepercayaan dan sanjungan yang aku pernah beri.
Setiap perkataan dan perlakuan seperti merendahkan aku pada tahap yang paling rendah.
Seriously. 
Aku menyesal dengan pertemuan ni dan aku menyesal terlalu percaya semuanya akan baik-baik bila aku mengalah.
Aku menyesal mengenali seorang wanita seperti dia. 
Aku menyesal kerana terlalu berbaik sangka.
Aku menyesal kerana beri dia peluang untuk mengenali aku.



Setiap saat yang aku ada sekarang,
Aku sekadar berusaha sebaik mungkin untuk meyakinkan  diri aku sendiri yang semuanya akan berakhir tak lama lagi. 
Setiap detik yang aku ada aku berusaha meyakinkan diri sendiri bahawa pernah lalui semua ni untuk pengajaran hari esok. 
Setiap nafas yang aku hela aku ajari diri sendiri untuk bersyukur di pertemukan dengan wanita sepertinya Untuk beritahu diri sendiri bahawa aku patut bersyukur mempunyai corak pemikiran dan kehidupan seperti ini.

Sekiranya permintaan kita dapat di kabulkan sekelip mata, 
Aku akan minta bahawa aku tak pernah letak jari aku atas keyboard untuk taip piece nie. 
Faham apa yang aku maksudkan? Semuanya abstract kan?

kehidupan.
sesuatu yang abstract.. 


 


Monday, May 6, 2013

YAKIN

bila kita yakin sesuatu akan jadi milik kita..
kita dah pasti kita akan dapat..
tapi akhirnya,
kita dapati ia masih tidak cenderung pada kita..
maka
kita kena tahu akan ada takdir yang lebih hebat dari apa yang kita impikan dan apa yang kita inginkan tu.

kita rasa apa yang kita nak dah terbaik untuk kita
tapi sebenarnya itu cuma sekadar testimoni dari tuhan untuk beri yang lebih baik.
sungguh pun memang itu yang terbaik tapi masih belum jadi milik kita,
tandanya masih ada cacat cela dan tuhan ambil semula untuk upgrade sebelum beri pada kita.

jadi,
jangan putus asa.. jangan sedih-sedih.

yakin pada perancangan dan ketentuan tuhan.