THE MEMORIES

Friday, May 17, 2013

JAGA-JAGA..

Jam baru pukol 11 tapi suasana punye lah sunyi macam dah pukol 3. MasyaALLAH.. Kenapa lah sunyi sangat nie. Rumah pown da gelap gelita dah. Bila dok jeling, rupanya roomate merangkap housemate checkmate dan segala mate yang ada dah sedap lena di buai mimpi. aku? Masih stuck kat meja makan dengan ipad dan segala gadget yang ada dok fikir nak buat apa la malam nie.

Masa stay kat Apartmen Yayasan Melaka dulu pukol 3 pown macam baru pukol 9. Punye lah riuh rendah. berbeza sungguh suasana kat kampung morten nie. Pelik kan nama kampung tempat aku tinggal nie? but kalau tak tahu meh aku bagitau.. Kampung morten nie Kampung Heritage Melaka. InsyaALLAH ada masa nanti aku taip satu piece khas untuk tempat tinggal aku nie.

Berbalik pada ceita sunyi aku nie tadi, sedang enak aku duduk melayan semua makluk bijak tak nampak otak aku nie (gadget_, aku rasa suasana semakin sunyi dan sejuk. ohooohoi. ! Nie bukan cerita hantu adik akak oi. ! Cuma aku just nak cerita berbezanya tempat tinggal aku dulu dan kini. Harus lah berbezakan? Dah nama pown tempat len-len.

Natijah daripada kesuyian nie, aku jadi kelawar dah sekarag nie. Lagi teruk dari kelawar dah aku rasa. Malam aku tidur awal.. Siang lak aku bangun lambat. Lastnya sepanjang hari aku dok tingtong tak sedar apa yang berlaku kat keliling. Ceh. Serius .. Banyak tidur nie buat otak blurr-blurr and rasa nak tidur lagi. Rasa tak bermaya dan tak bersemangat. Bukan tu je. Tidur banyak nie buat ketagih. Esok rasa nak bangun lagi lambat.. Lambat dan lambat..

Tak percaya? Try test sendiri la.. Aku yang kategori morning person nie pown leh tewas gak kalau sekali da bangun lambat esok nya mesti lambat gak. Sumpah aku tak tipu. ! dan aku sarankan toksah lah dok buat,..

Untuk adik-adik, ukhti-uhkti dan kakak-kakak yang bernama wanita sekalian, nie meh aku nak nasihat sikit. aku ambik kata-kata sorang nie..

"Lelaki kalau cari isteri, dia nak cari yang jenis bangun supaya leh kejut bangun pagi sebab lelaki nie liat bangun pagi bukan yang jenis tidur sekali sampai matahari tinggi. "

Aha.. maka kalau rasa nak jadi ala-ala cinderella yang kawin putera raja tu sila la bangun pagi dan toksah berjaga malam ye... Pesanan tok diri sendiri sebenarnya.. .

Aku ambik gak kata-kata sorang nie.

"kalau berjaga malam alamat siang tak terjaga, kalau berjaga siang nanti malam kena jaga-jaga.." 

No comments:

Post a Comment