Tekan satu persatu aksara untuk di jadikan perkataan.
Sambil telinga rancak menghayati lagu dari mp3 yang terpasang.
Christina Perri - Distance (feat. Jason Mraz) turut sama meniti di bibir berlahan-lahan.
Jari rancak juga menari atas keyboard. aku terus taip dan taip perkataan demi perkataan.
Tanpa tema tanpa cerita tapi terasa seperti satu cerita buat diri aku.
Sesuatu yang abstrak da sangat sebati dengan aku.
Aku selalu simpan semua sendiri. berniat untuk cerita tapi akhirnya sekadar di fikiran.
Terlalu banyak yang aku nak taip mulanya dan pengakhirannya aku biarkan semua nya lari dari landasan.
Biarlah christina yg cerita bagi pihak aku.
Writer block? bukan. Aku tak terlibat dengan gejala tu.
Aku mampu untuk taip cerita nya dari mula hingga akhir.
Garap jalan ceritanya dengan penuh cantik dan telus. Tapi untuk apa?
Untuk aku singkap apa yang tersimpan?
Untuk aku reveal apa yang hidden?
Untuk aku khabarkan pada semua apa yang aku tahan dan telan?
Untuk aku rendahkan harga ego aku seperti yang sesetengah mereka buat?
Ianya adalah sesuatu yang BUKAN aku.
Setiap perkataan yang aku baca seakan belah jantung aku.
Seakan menghancurkan setiap kepercayaan dan sanjungan yang aku pernah beri.
Setiap perkataan dan perlakuan seperti merendahkan aku pada tahap yang paling rendah.
Seriously.
Aku menyesal dengan pertemuan ni dan aku menyesal terlalu percaya semuanya akan baik-baik bila aku mengalah.
Aku menyesal mengenali seorang wanita seperti dia.
Aku menyesal kerana terlalu berbaik sangka.
Aku menyesal kerana beri dia peluang untuk mengenali aku.
Setiap saat yang aku ada sekarang,
Aku sekadar berusaha sebaik mungkin untuk meyakinkan diri aku sendiri yang semuanya akan berakhir tak lama lagi.
Setiap detik yang aku ada aku berusaha meyakinkan diri sendiri bahawa pernah lalui semua ni untuk pengajaran hari esok.
Setiap nafas yang aku hela aku ajari diri sendiri untuk bersyukur di pertemukan dengan wanita sepertinya Untuk beritahu diri sendiri bahawa aku patut bersyukur mempunyai corak pemikiran dan kehidupan seperti ini.
Sekiranya permintaan kita dapat di kabulkan sekelip mata,
Aku akan minta bahawa aku tak pernah letak jari aku atas keyboard untuk taip piece nie.
Faham apa yang aku maksudkan? Semuanya abstract kan?
kehidupan..
sesuatu yang abstract..
No comments:
Post a Comment