THE MEMORIES

Wednesday, June 15, 2011

MARI BERSOLAT ADIK- ADIK ~

PANDUAN SOLAT SUNAT GERHANA BULAN/MATAHARI

HUKUM SOLAT GERHANA

Sunat Muakkad ( مـؤكـدة )

CARA-CARA SOLAT

Dua (2) rakaat seperti sembahyang sunat yang lain.  Cuma bezanya sebagaimana yang masyhur ia mempunyai 2 kali ruku’ dan 2 kali qiam di dalam satu rakaat.  Ianya sunat ditunaikan secara berjemaah di Masjid/Surau dan boleh juga secara bersendirian.

CARA-CARA PELAKSANAANNYA

Solat gerhana matahari dan bulan ini boleh dilakukan dengan 3 cara :

Bagi gerhana matahari, bacaan dalam solat dibaca dengan diperlahankan suara ; adapun bagi gerhana bulan bacaan hendaklah dibaca dengan diangkat suara seperti mana-mana solat malam.

Cara Pertama : Cara yang paling ringkas.  Iaitu hendaklah ditunaikan dengan dua rakaat sepertimana solat sunat zuhur atau mana-mana solat sunat.

Cara Kedua : Disebut dengan  “ الكمال أدنى ” iaitu hendaklah ditunaikan dengan dua rakaat, dengan dua kali qiam dan dua ruku’ pada tiap-tiap satu rakaat, disertai dengan bacaan al-Fatihah dan surah dalam tiap-tiap
qiam itu.

Bagi kita di Malaysia ini, cara yang kedua inilah yang paling mudah dilaksanakan.  Selepas takbir, dibaca doa iftitah dan al-Fatihah.  Selepas selesai al-Fatihah, dibaca surah (mana-mana surah yang mampu).  Kemudian ruku’ dan bangkit semula (qiam kedua).  Di dalam qiam kedua ini dibaca al-Fatihah dan juga surah.  Kemudian ruku’ semula (dipanggil ruku’ kedua). Apabila bangkit I’tidal, terus sujud sebanyak dua kali.  Apabila selesai sahaja dari sujud kedua dan bangkit barulah selesai rakaat yang pertama.  Begitulah caranya bagi rakaat yang kedua.

Cara Ketiga : Cara yang paling sempurna.  Caranya adalah seperti juga yang kedua akan tetapi dalam rakaat yang pertama dan qiam yang pertama hendaklah dibaca surah al-Baqarah ataupun mana-mana surah yang
sama panjang dengannya.  Di dalam rakaat yang pertama juga tetapi qiam yang kedua dibaca surah ali-Imran.  Dalam rakaat yang kedua qiam yang pertama hendaklah dibaca surah al-Nisa’, dan dalam qiam yang kedua pada rakaat kedua dibaca surah al-Maaidah. Kemudian hendaklah bertasbih dalam ruku’ yang pertama dengan kadar bacaan 100 ayat, dalam ruku’ yang kedua 80 ayat, ruku’ ketiga 70 ayat dan ruku’ yang keempat 50 ayat.

WAKTU

Waktu bagi solat gerhana matahari dan bulan ialah bermula dari ketika berlakunya gerhana sehinggalah selesai.

TEMPAT SOLAT

Solat gerhana sunat dilakukan di masjid atau surau atau mana-mana tempat yang biasa dilakukan solat berjemaah.

ATURAN SOLAT GERHANA

1. Disunatkan mandi sebelum solat.
2. Bilal Menyeru :
  "    الص ـل ة ج امـ ع ة   "
3. Berdiri lurus mengadap kiblat.
4. Berniat mengerjakan solat gerhana.

(1) Lafaz niat untuk gerhana bulan
ا ص ل&ى س ن ة خ س و ف ا لق م ر ر ك ـع ت ي ن مـأ م وم ـا ل ل ه ت ع ـال ى
“ Sahaja aku solat sunat gerhana bulan dua rakaat makmum kerana Allah
Ta’ala”.

(2) Lafaz niat untuk gerhana matahari
ا ص ل&ى س ن ة ك س و ف الش م س ر ك ـع ت ي ن مـأ م وم ـا ل ل ه ت ع ـال ى
“ Sahaja aku solat sunat gerhana matahari dua rakaat makmum kerana Allah
Ta’ala”.

5. Takbiratul Ihram.  Doa Iftitah, Bacaan Al-Fatihah dan Surah.
6. Ruku’ serta tasbihnya dan qiam semula.
7. Baca al-Fatihah dan Surah.
28. Ruku’, I’tidal kemudian sujud 2 kali (seperti biasa).
9. Kemudian qiam semula untuk mengerjakan rakaat kedua.
10. Baca al-Fatihah dan Surah.
11. Ruku’ berserta tasbihnya dan qiam semula.
12. Baca al-Fatihah lagi dan Surah.
13. Kemudian ruku’ I’tidal dan sujud 2 kali, baca tasyahhud akhir dan salam.
14. Selepas itu dibacakan khutbah khas sempena gerhana.  Dua kali khutbah (seperti
khutbah Hari Raya).

INGATAN :

1. Makmum yang tertinggal ruku’ yang pertama samada dalam rakaat pertama atau rakaat kedua, adalah dikira tidak mendapat rakaat itu dan dia hendaklah menyempurnakan rakaat yang luput itu selepas Imam memberi salam.

2. Maklumat lanjut sila ruju’ kitab Sabilal Muhtadin, karangan Sheikh Mohd Arshad bin Abdullah Al-Banjari, (Juz. 2 Hal. 58-60).

3. Sembahyang sunat gerhana matahari, segala bacaannya dilakukan dengan suara perlahan ( سر) , manakala bagi sembahyang sunat gerhana bulan, segala bacaannya dilakukan dengan suara yang nyaring ( جـهر).

Disediakan oleh Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu.
HMS/sj…SolatGerhanaBulan-C2000

SUMBER : http://jheatweb.terengganu.gov.my/maxc2020/appshare/widget/pb_img/37/PanduanGerhanaBulan.pdf

PARKING~

entry di dalam rekod sumenye da masuk 300 dah
termasuk lah yang di hide dan di sembunyikan dari you allzzz sume..

dan rasanya entry tentang PARKING dah pernah di publish tapi macam xbape nak ingat ape yang di story morie kan.
tapi pape pown jari menari kali nie untuk menyuarakan ketidak puasan hati aku yang suam-suam kuku dengan pemilik bengkel kat bawah uma aku nie.

dan untuk pengetahuan suma uma akau agak besar, terletak di tengah ibu kota.
jap.!
aku kata besar sebab dari jauh da boleyh nampak uma aku nie.
mana x nyaa..
10 tingkat you oolzz..!!!
@,@

uma aku  nie tingkat satu
jadi ground floor tu ada balambak bengkel..
dah sekangkang tenuk kan jauh nya,
jadi sekali ram conform terkujat anak-anak beruang kat uma aku nie.
mau gugur hati limpa mahupun hemepedu yang x bape nak sedap kalau di goreng cicah sos nie..

seterusnya,
(wah guna conjunction.. kalau cikgu bm aku tau nie melutut die cium aku sebab dengar ajaran die)
yang mendatang kan bertambah berbulu aku tengok bengkel nie ialah,
tang azan maghrib waktu tu la lagi kuat die buat projek.
ikut kan perasaan dan jiwa syaitan aku nie memang aku da tuang air satu tangki dari atas.
biar jahanam sume enjin tu.
lantak la bejuta sekali pown...
agama aku sila hormat.!
ops,
aku xtahu apa agama dowang sebab kulit dowang macam sipi je lagi nak warna minyak enjin tuh..

selain itu juga.. (*,*)
bila aku balik memalam,
mesti parking xde..
wait..!!!
aku da la penat balik memalam,
boleyh x jangan menyemak kan parking kat bawah tu dengan kereta yang x didaftar kan kat sini..
karang kalau aku baling batu kat cermin tingkap tuh aku lak yang berdosa sebab anaya owang
tapi aku yang teranaya nie ko x kire plak??!!

da la stiap uma kalau boleyh nak parking 5 bijik kereta kat sini.
dan bengkel-bengkel x bape nak bertauliah nie tambah lagi.!
kalau aku boleyh lipat kete nie masuk poket memang aku da buat dah.
xyah kecoh dan memekak kat sini.
da parking lintang pown space masih xcukup.
boleyh bayang kan x??
kawasan uma aku nie je sampai 6 bengkel.
2 bengkel moto.
sakit hati x kalau agak-agak you allz kat tempat aku??
mau nye x..!

hish.
pada yang berkenaan sila la sivik sikit.!
kawasan perumahan mana boleyh buat bengkel..
bengkel alter kereta plak tuh.!
dan yang pasti satu hari nanti mesti ada gak enjin kete kowang tu yang short aku simbah ari.
xpown cermin tu jahanam aku ketuk dengan tukul besi..!!!

BEWARE..!!



Monday, June 13, 2011

PELIKNYA PERMINTAAN

ketika jari ini sedang rancak menari di atas kekunci,
warga MALAYSIA sudah tentu sedang enak di buai mimpi
namun mungkin ada segelintirnya yang masih berjaga
menghidupkan malam kerana sakit hati dengan suasana yang mati.

ALLAH ciptakan malam untuk hambanya berehat dan
 mengambil keberkatan dari sebahagian lagi malam itu.
termasuk lah aku,
menghidupkan malam dengan merakam kan catatan ini buat melegakan hati yang sedikit walang.

 sedang aku bersendirian,
memikirkan bertapa membazirnya malam ku yang sering di isi dengan perkara lagha
aku tersedar yang puasa semakin hampir.

dan bertapa pilunya hati bahwa sepanjang hidupku,
aku tidak memiliki seutas tasbih .

aku tidak tahu kenapa,
tapi hati sedikit tersentuh.
barangan lain yang beratus mahupun beribu mampu aku adakan
tapi penghubung aku pada RABB tidak pernah aku ambil peduli.

sungguh alpa dan leka nya aku sebagai hamba.
YA ALLAH,
ampuni kelekaan ku.