THE MEMORIES

Friday, October 18, 2013

KOLEKSI LIMITED LAGI EKSLUSIF

Mr.Y masih lagi berjalan pusing keliling gelas-gelas kaca yang terpamer bermacam-macam kilauan intan dan berlian. gayanya seperti ingin mengukur kedai emas berkenaan. siapa agaknya manusia dalam negara dreamland yang tak kenal Mr.Y. seorang yang kaya dan berharta, mempunyai rupa yang boleh membuatkan dara bujang luar sana berhenti berkelip saat dia melintas.

Entah kenapa hari ni Mr.Y teringin untuk melabur sebahagian hartanya pada kedai emas ini. Dah banyak sangat duit agaknya. Dia masih lagi membelek seutas rantai bertatah berlian sambil di temani juru jual yang lengkap dengan sarung tangannya. Nak menjaga kualiti lah kata kan. Sambil mempertimbangkan keputusannya untuk membeli, Mr.Y pandang keliling kedai mana tahu ada yang lebih menarik untuk di beli. Akhirnya pandangan Mr.Y terarah pada kaca pameran yang tinggi si satu sudut kedai. mata nya seolah-olah terpaku pada kecantikan dan keindahan set barang kemas berkenaan. rekaannya sangat "simple" tapi penuh dengan sentuhan "feminin" dan "classy". Mr.Y belek dari luar kaca pameran seraya menggamit juru jual yang dari tadi tanpa jemu melayan kerenah Mr. Y.

"Koleksi baru?" tanya Mr.Y  "Tidak encik. Koleksi ini telah beberapa bulan di pamerkan di sini. Setakat ini belum ada yang mampu membelinya, koleksi ini di datangkan khas dengan insuran seumur hidup dari syarikat kami" kata juru jual. "Tak ada yang mampu kah? " tanya Mr.Y sambil menjeling tag berat koleksi berkenaan. "Kalau nak di ikutkan ramai yang mampu dari segi kewangan, tapi mereka tidak mahu mengambil koleksi ini kerana beranggapan koleksi ini terlalu istimewa dan mereka khuatir sekiranya mereka mengambilnya mereka tidak mampu menjaganya dengan baik, encik tahu saja lah, koleksi yang limited dari syarikat kami memerlukan penjagaan khusus agar ianya tidak hilang seri dan tetap cantik". Mr.Y mengangguk dan mengarahkan juru jual berkenaan membuka peti koleksi supaya dia mampu melihat set berkenaan dengan lebih dekat.

Mr.Y yakin dia mampu untuk membawa pulang set berkenaan. Dia kaya, dia ada peti simpanan khas di rumah dan dia juga ada ramai pembantu di rumah agamnya yang boleh menjaga set berkenaan. Mr.Ytersenyum saat set berkenaan di pengangnya. Cantik. Sangat eksklusif. Patutlah tempatnya tinggi di dalam kaca serta terpamer cantik di satu sudut yang mampu membuat sesiapa sahaja terpukau. Mr.Y masih ralit dengan penelitiannya.

Tiba-tiba, terlintas di fikirannya jika set koleksi ini di ambil dan di bawanya kerumah bukan dia yang akan menjaganya, tapi pembantunya yang ramai. jika set ini di bawa kerumah, dia tidak punya masa untuk melihat dan menjaganya rentetan kehidupannya yang sibuk seharian berkerja, jika set ini di bawa kerumah, sudah tentu dia terpaksa pula memasang tambahan "guard" dan cctv di rumahnya.

Pengakhirannya Mr.Y mengarahkan juru jual tersebut untuk menyimpan kembali koleksi berkenaan dan berjalan keluar dari kedai berkenan.

------------------------------------////////-------------------------------------

so guys,
agak-agak faham tak dengan analogi aku di atas?

kadang-kadang kita rasa kita da layak dengan sesuatu tu. tapi hakikatnya banyak persediaan yang masih kita belum buat untuk memiliki sesuatu tu. kita rasa kita da ready, hakikatnya masih banyak cacat cela yang kita patut perbaiki.

second,
bila kadang-kadang kita rasa sakit kene tinggal or sakit hilang sesuatu, just muhasabah diri balik sebenarnya kita nie terlalu eksklusif. terlalu eksklusif sampai akhirnya akan kembali semula ke dalam kaca koleksi dan menunggu siapa yang betul-betul layak untuk bawa korang keluar dari kaca tu. kalau pergi kedai emas, kaca pameran tu sendiri ada stage dia. yang bawah tu harga so-so je.. yang kat dinding dalam tu harga medium mahal, yang display kat luar tu harga dia mahal. so letakkan diri dan hati korang pada tahap yang sangat-sangat eksklusif sehinggakan bukan calang-calang manusia boleh bukak kotak pameran tu. tak percaya? try pergi "tiffany & co" lepas tu suruh salesman die bukak kaca pameran yang kat luat tu kunun-kunun korang nak tengok. aku bet dorang tak kan bukak melainkan korang tayang visa platinum or gold card.

selebihnya korang bebas untuk elaborate sendiri.

mohon maaf kalau korang tak faham analogi aku. yang penting aku faham.

hidden : cuti mid term da nak habis ni. kerja berlambak, test bersusun so kene tenang-tenangkan diri dan hati demi kepentingan masa hadapan bersama. eceh. !



Thursday, October 3, 2013

AKU SI JOB SEEKERS

dah macam nak kerja betul-betul je aku nie. bangun pagi teringat resume. celik je mata teringat company mana nak call. bukak je lappy bersepah sticky notes dengan nombor talipon company. waaaa. berianye aku nie. padahal internship je pown. orang lain da sibuk dah aim company yang dorang nak. aku nie kat takuk nie lagi..

rasanya kalau aku mintak pertolongan tangan-tangan ajaib dah sah sekarang jugak aku boleh duduk senang lenang dengan jaminan "conform dapat" tempat kat ccompany-company engineering kat KL tu. tapi, tak thrill la. aku nak tengok sejauh mana aku boleh pergi dengan result dan resume aku nie. tak kan selamanya aku nak mintak bantuan tangan ajaib kan.. kan.. kan..

dan sementara dok celoteh ala-ala engkorang nak sangat tahu kisah aku, dalam kepala otak nie dok serabut fikir macam mana nak dapatkan 2-3 latter head dari uitm.Uitm keluarkan satu je latter head, jadi aku kene merangka strategi yang maha hebat untuk pilih company mana yang conform dapat supaya aku tak bazirkan latter head yang amat lah limited edition tu.

sampai sini dulu. sembang lain nanti. tata.

Hidden : minggu depan da start first test.. 

SALAHKAH AKU MEMPUNYAI PERASAAN CINTA PADA ADAM?

jari menari laju atas keyboard taip ikut rentak suka hati menandakan ada perasaan yangs sedang berkecamuk ketika ini. Aku biarkan jari terus menari untuk luahkan apa yang aku sendiri gagal untuk tafsir. Apa yang sebenarnya aku sedang rasa atau apa ekspresi yang wajah aku sedang lahirkan. Kecewa? Marah? sedih? Semua tu tak ada.. Yang ada hanya persoalan. Salahkah aku kerana aku menyukai seorang lelaki? Salahkah aku kerana ada perasaan pada spesis berlainan jantina? Kenapa aku perlu ada rasa macam nie? Kenapa aku perlu tertarik dengan mereka yang bergelar lelaki? Kenapa aku perlu rasa benda ni semua seawal umur ini? Apa cara yang Islam gariskan untuk mengawal perasaan ini?Selain kahwin tak ada ke jalan penyelesaian lain?

Macam-macam persoalan bermain di fikiran. Even microscopic view of question sibuk berlegar dalam kepala. rumah yang sunyi sangat membantu otak aku untuk terus berfikir dan berfikir.

Aku capai fone yang senyap atas meja lappy. Berhajat nak mesej kawan tanya perihal persoalan yang tengah beratur dalam kepala otak minta di jawab. Tapi aku sekadar mampu merenung screen yang setia dengan senyuman dia yang segak dengan kod putih. Satu persoalan bertambah lagi. Aku nak mesej siapa untuk tanya??

Akhirnya aku biar kan fone tu diam kat tempat dia dan terus tanya pada uncle google. Well... aku jumpe beberapa blog yang membantu. Tapi sayang kesemuanya menyarankan perkahwinan. Aku dan perkahwinan?? Dalam entry sebelum-sebelum nie kau sangat tahu hidden apa pandangan dan persepsi aku pada perkahwinan. Aku yang tak percaya pada institusi perkahwinan. Seorang yang sangat sarcastic pada perkahwinan dan aku yang sangat lemah tentang perihal perkahwinan dalam usia muda. Bukan aku menolak. Sekiranya orang lain mahu lakukannya. Maka teruskan. Tapi aku? Entahlah.. Aku tak tahu.

Aku di tanya. "kak, Islam yang pisahkan saya dan pasangan saya. Kami sama-sama ada perasaan tapi kami tahu itu salah tapi kami tak temui jalan untuk berpisah mahupun bersama

Well, frankly speaking budak macam nie memang patut makan penampar aku sedas baru dia tahu apa adab berbicara agaknya. Pandangan peribadi aku, Islam tidak melarang sama sekali cinta tu. Tapi adalah ujian buat kita untuk latih diri supaya fitrah yang ALLAH beri tu tak jadi fitnah. kan? Aku terus berkata pada diri sendiri sepatutnya kalau dah rasa suka kita jangan letakkan apa-apa title untuk perhubungan tu. Melainkan kalau dah memang tunang atau suami-isteri.

Sekadar cukup untuk diri sendiri tahu dimana dia berada dalam hati kita. Tapi dalam masa yang sama jangan berhenti berdoa supaya dia yang terbaik ALLAH pilih untuk kita.

"May faith fair us well" 

Tidak keterlaluan aku katakan zaman sekarang kalau dah nama bercinta macam tak sah kan kalau tak sms atau calling-calling (di melayukan). Secara peribadi aku tidak melihat ini sebagai satu masalah. Melainkan, sms atau call yang totally out dari landasan. contoh :

  • call atau sms  berjam-jam sampai ignore waktu solat
  • call atau sms sampai terabai diri sendiri 
  • call atau sms sampai terabai urusan seharian
  • call atau sms yang di sertakan nafsu

Well, mungkin call atau sms hanya untuk perkara penting. sharing moment. Once in awhile ke kan. Aku rasa tak de masalah (kalau salah betulkan aku)

Islam tak pernah melarang kita bercinta. Sama sekali tidak. Cinta teragung kita adalah kecintaan kita pada tuhan yang esa. Tuhan yang menciptakan perasaan cinta. Cinta kita juga high class bila kita mampu mencintai rasul kita melebihi cinta kita pada manusia lain. Tapi bagaimana yang dikatakan cinta pada rasul andai saranan baginda kita tolak tepi kan.. 

Aku malu pada diri sendiri. Sebagai manusia aku juga leka kadang kala. Aku perlukan satu kekuatan dari orang keliling dan sahabat handai untuk terus mengingatkan aku pada tuhan dan rasulnya. Sebab aku kadangkala lemah dan leka. 

Berhenti dengan kebiasaan percintaan umat akhir zaman yang di cemari lumpur fitnah dan kembali pada cinta fitrah adalah tanda bahawa kita mencintai Allah dan Rasulnya. Cinta juga bukan? Bercintalah dengan menjadikan ALLAH sebagai pihak ke tiga. Bercintalah dan dengan menjadikan ALLAH sebagai pendengar setia. Bercintalah dengan menjadikan ALLAH sebagai kaunselor. Sungguh hebat cinta kau wahai Adam dan Hawa andai kau mampu praktikkan ini. 

Demi tuhan, andai aku bercinta dan terleka.. Aku mohon kekuatan dari engkau Adam untuk ingatkan aku supaya kembali pada fitrah ku. Bukan terus menarik aku ke lembah fitnah. 

Aku terbaca sabda baginda kekasih sekalian alam (Rasulullah S.A.W).

Rasulullah s.a.w telah bersabda:

"Janganlah sekali-kali berdua-duaan antara seorang lelaki dan seorang perempuan atau berpergian dengannya melainkan disertai muhrimnya" [Al-Hadith]

Sabda baginda lagi:-

"Sungguh aku (Rasulullah) benar-benar mengetahui beberapa umatku, datang pada hari kiamat dengan membawa kebaikan sebesar perbuktian (yang nampak putih) lalu Allah menjadikannya berhamburan/berkecai sia-sia. Tsauban bertanya : Ya, Rasulullah jelaskan kepada kami sifat-sifat mereka, kerana kami khuatir termasuk seperti mereka sedang kami tiada menyedarinya. Jawab Rasulullah: Mereka adalah saudaramu yang melakukan ibadah di malam hari, tapi apabila mereka bersunyi-sunyi dengan yang diharamkan oleh Allah, mereka mengganggu kehormatannya" [Al-Hadith]

Dari kedua hadith tersebut maka sudah jelas pergaulan bebas antara lawan jenis walau apapun namanya termasuk 'adik angkat' tetap haram hukumnya. Juga dari hadith-hadith lain kita dapat menyemak bahawa para sahabat pada ketika itu sangat kuat keterikatannya terhadap hukum Islam, contohnya apabila disampaikan hal seperti hadith kedua tadi para sahabat akan segera bertanya kerana mereka khuatir mereka pernah melakukan perkara yang tidak sesuai dengan Islam tanpa disedari dan apabila telah dijelaskan mereka segera meninggalkan atau melaksanakan apa yang dituntut oleh Islam. 

dalam Al Quran ALLAH berfirman : 

"Suruhlah orang-orang yang beriman menundukkan pandangannya dan memelihara kehormatannya�" [An-Nur : 31]


"Dan suruhlah wanita-wanita mukmin menundukkan pandangannya dan memelihara kehormatannya dan janganlah mempamerkan kecantikannya kecuali bahagian badan yang boleh kelihatan (muka dan telapak tangan) dan supaya menutup dadanya dengan kerudung(khimar)..."[ An Nur 31]


Aku jadi tertanya-tanya di mana letaknya cinta aku pada dia yang bakal menjadi imamku satu hari nanti? Adakah cukup terpelihara aku ini? Adakah cukup terpelihara hati aku? Adakah cukup terpelihara perbuatan aku? 

Aku terus diam dengan persoalan yang tidak berjawab. Hati terus berdoa supaya ALLAH takdirkan yang terbaik buat aku dan "dia" 




Hidden : bacaan santai untuk aspirasi ilmi visit :

  1. HALAQAH.NET (Hukum bercinta) klik untuk paparan terus
  2. ASSYIFA (Bagaimana bercinta di dalam islam) klik untuk paparan terus