masih leka dengan urusan dunia yang xpernah selesai,
jam berdenting sebanyak 6 kali menanda pagi sudah mengambil alih aturan alam. sebentar lagi tentu alam bakal cerah dengan suria yang menyinari alam. tugasan pada ya RABB perlu di lunas kan sebagai tanda syukur atas udara yang masih di izinkan untuk memenuhi paru-paru ini.
langsir tingkap di kuak sebesar mungkin..
namum pemandangan di hadapan sangat mencemar keindahan subuh yang di janjikan rezeki bagi mereka yang memnfaatkannya. nun jauh di hujung pandangan kelihatan bebererapa susuk tubuh manusia yang masih leka bersantai di kaki lima. ada yang berlari mengejar kereta mewah yang lalu sambil tangan melambai-lambai. ada yang kaku terduduk si kaki lima dengan pakaian yang ketat membalut tubuh. ada yang leka bersembang dengan rokok tersemat elok di celah jarinya.
sungguh..!
pemandangan ini mencemar alam indah ciptaan tuhan. persoalan bermain di minda. di mana permulaan semua angkara ini? atau adakah dia memang di lahirkan untuk jadi begitu? kebiasaannya jawapan yang sering kita dengan adalah " I JUST WANNA BE MYSELF," atau " THIS IS THE REAL ME" atau " I TERPERANGKAP DALAM TUBUH WANITA.SEKARANG I AKAN BANGKIT DARI KEKELIRUAN" ..
ALLAH,
sungguh kau maha bijaksana. adakah golongan ini mendustakan hakikat itu dengan mengatakan kejadian mereka satu kesilapan??
krisis identiti masyarakat selalu menjadi perdebatan dan banyak tesis tentang psikologi telah di buat oleh golongan cerdik pandai dan buktinya kekeliruan gender itu adalah terjadi oleh faktor yang datang dari induvidu itu sendiri. pokok pangkalnya iman itu adalah kuncinya. jika pegangan agama di letakkan di hadapan maka masyarakat tidak akan berhadapan dengan isu sebegini.
begitu juga dengan isu tarikan sesama kaum sejenis.
adakah amaran ALLAH berkaitan kaum nabi Lut tidak terkesan di hati kita? sungguh aku terfikir.. adakah apabila azab terbentang di hadapan mata baru keinsafan menular di dalam diri? walhal pintu taubat itu sentiasa terbuka selagi nyawamu tidak di kerongkong.
sangkaan ini meleset,
lihat lah bencana alam yang berlaku di serata dunia, tapi masih sedikit pown tidak mendatangkan gentar di hati kita di sini. sedikit pown tidak mendatangkan insaf buat kita yang bersenang-lenang di sini. persoalannya, mampukah kita menghadapai azab yang maha dahsyat? dan persoalannya golongan yang berkrisis ini adakah bukan tanggungjawab kita untuk menegur walhal segelintir mereka adalah sahabat sendiri.. berikan kekuatan itu YA RABB..
bumi semakin tua..
tapi pernah tak kita terfikir bahawa bumi tidak pernah tua dengan mereka yang patuh padaNYA. tapi bumi semakin NAZAKdengan MAKSIAT yang semakin berleluasa..
No comments:
Post a Comment