THE MEMORIES

Saturday, November 30, 2013

DOODLE UNTUK AiHa

Malam tadi masa sedang sibuk-sibuk dengan assignment, macam biasa la geledah sana sini cari kertas untuk jadikan maklumat dan bahan semua aku terjumpa 2 helai kertas kajang yang berconteng kartun alien yang buat aku tersenyum sorang diri.

Thing is aku tak pandai melukis tapi di sebabkan Aiha semua macam upside down. Serious.. Aku tak tahu dari mana idea tu datang. Nak buang kertas tu sekarang nie rasa sayang plak. so upload la masuk sini. at least ada la gak kan gambar nye kalau-kalau rosak ke kertas tu nanti. 

Baca dari kanan tau. 






 Asalnya picture nie ok je. bila upload terotate macam tengah tornado plak. alahai. nak rotate balik xjumpe pula apps nye. sorry korang. klik dan rotate sendiri erk..



Monday, November 25, 2013

BILA KAU SAYANG AKU

bila kau sayang aku, 
bukan tunjuk sayangmu dengan menyentuh aku. 

bila kau sayang aku, 
tak perlu selalu berada di keliling aku.

bila kau sayang aku,
tak perlu beritahu sedunia kau cintakan aku.

bila kau sayang aku,
tak perlu hadiahkan aku barang beribu-ribu

bila kau sayang aku,
tak perlu tabur aku wang supaya aku berlibur

bila kau sayang aku,
cukup sekadar doa tanda ingatan.

bila kau sayang aku,
ingatkan aku tentang dosa yang mungkin aku lakukan.

bila kau sayang aku,
dorong aku untuk kumpul pahala buat saham akhirat ku.

bila kau sayang aku,
hormati aku sebagai seorang muslimah yang di sanjung agamaku.

bila kau sayang aku,
lekas-lekas jadi yang halal untuk aku..