THE MEMORIES

Tuesday, April 9, 2013

HIDAYAH

Hi..! Asalamualaikum..
Aku sibuk jalani hari-hari aku.. Macam orang lain.. Berjalan atas paksi kehidupan yang telah di suratkan sebagai seorang manusia. Tapi satu hari dalam kesibukan aku, aku tiba-tiba teringatkan seorang hamba Allah ni.. Dia kawan aku. Kami pernah bekerja satu office. Aku ingat lagi macam mana dia nie selalu mencarut kat office.. Dan paling anti dengan manager. Dia budha masa tu.. Chinese..dan aku, seorang chinese look yang bertudung.. Kami kawan.. Dia kenal abang aku.. Sebab kami semua satu office.. Dan lagi seorang , john tham.. Aku (chai) , dia (vincent), abang aku (firdaus) dan john. 4 orang..

Kenangan masa tu bila kami paksa john puasa. Serius xboleh lupa mcm mana john lembik sangat sebab kami x bagi dia minum. Vincent dah biasa puasa.. Jadi xde masalah... Dan sekarang semua dengan haluan masing-masing. Tapi masih contact each other dan love-love masih ada dalam perbualan. Sampai sekarang masih teringat kata-kata vincent, "nanti i masuk islam i kahwin you" .. Dan sekarang.. Vincent da islam.. Dan, bakal berkahwin.. Tapi, bukan dengan aku.. :)

Hari nie, aku nak cerita kan kisah pengislaman dia yang dia share dalam group dakwah illah..

...........................//////////..................,

As'salamualaikum wbt,perjalanan saya sbg seorang Muslim bermula pd awal tahun 2002 ketika saya ketika berusia 9 thn(Darjah 3).Secara ringkas,saya menerima hidayah Allah dn telah menjadi tetamu Allah disebabkan masalah keluarga yg telah sy hadapi sejak zaman kanak-kanak lagi.Masalah tersebut sebenarnya mempunyai hikmah disebaliknya...Atas desakan masalah keluarga yg sh hadapi telah mendorong diri sy utk mendekatkan diri dengan Si Pencipta demi memperoleh ketenangan jiwa.Sejak kecil lagi,sy telah dididik dalam keluarga yg beragama Buddha aliran Tao.

Sy sering dibawa ke tokong-tokong utk menjalani upacara keagamaan.Sepanjang perjalanan hidup sy sbg seorang penganut Buddha banyak persoalan yg telah sy pertikaikan.Sbg contoh,apabila doa seorang penganut dimakbulkan,mrk akn membawa buah-buahan,makanan dan bahan sembahan yg lain sbg tanda kesyukuran.Astaghfirullah...Adakah ia merupakan suatu transaksi??Adakah hubungan kita(manusia)terhadap Pencipta sekadarlah suatu transaksi sahaja?Adakah ia menjadi kewajiban utk Si Pencipta menerima bahan2 sembahan apabila doa penganutnya dimakbulkan?Memang x dapat dinafikan agama tersebut banyak mengajar diri sy utk menjadi seorang yg baik dan ke arah kebaikan.Namun masih ada banyak lagi persoalan yg bermain di fikiran diri sy.Selepas itu,sy meneruskan hidup sy utk mengembara mencari Si Pencipta.

Tidak lama kemudian,ibu bapa sy telah menghadapi masalah kewangan yg teruk.Lebih2 lagi hal tersebut terpaksa dibawa ke makamah dan lebih parah lagi,ayah sy hammpir diisytiharkan muflis.Tidak lama kemudian,seorang individu yg beragama kristian(kenalan saudara) telah datang untuk menghulurkan bantuan kepadanya.Namun,dia telah menetapkan satu syarat.

Syaratnya kedua-dua ibu bapa sy perlu menjadi menganut agama kristian.Disebabkan syarat tersebut,kedua-dua ibu bapa sy telah menganut agama kristian.Mulai hari itu,sy dan adik sy telah mengikuti mrk ke gereja.Pada ketika itu juga sy mencuba sedaya upaya untuk memahami agama tersebut dengan harapan sy dpt mencari Si Pencipta yg telah sy cari selama ini.

Setiap hari Ahad sy akan menghadirkan diri ke kelas keagamaan(SuNDAY sCHOOL).Bukan itu sahaja sy juga menyertai kelas perbincangan agama (Bible Study)pd setiap hari Jumaat .Satu kekecewaan diikuti dengan kekecewaan yg lain.Itulah yg dapat sy katakan.Sy masih x dapat merasai hubungan/perasaan ketenangan drp Tuhan.Pada ketika itu,sy berasa amat derita disebabkan desakan masalah keluarga yg sentiasa bertengkar.Apabila ayah sy mendapi masalah/stress,sy akn dijadikan tempat utk melepaskan geram.Secara jujur,telah beberapa kali sy mencuba membunuh diri dengan cara makan ubat2 sebagai langkah pintas utk menjauhi diri drp seksaan kehidupan.Namun,Allah Maha Penyayang.Sy masih hidup lagi walaupun beberapa kali percubaan.Ada kalanya sy berasa amat cemburu terhadap kawan-kawan sy yg dapt menjalani kehidupan mrk sbg kanak-kanak bahagia yg dpt bermain dengan penuh kebebasan.Mereka dpt merasai belaian kasih dan sayang drp ibu bapa mereka dan bukanya dijadikan bahan utk melepaskan geram seperti sy.

Detik permualaan sy mencari nur-hidayah adalah pd tahun 2002 seperti yg telah dikatakan awal tadi.Pada satu petang,sy ketika guru sy tiada di kelas,sy telah berborak dgn salah seorang drp rakan sy yg beragama Islam.Maka,soalan pertama yg saya tujukan pada beliau adalah,"Apakah nama yg kamu sembah?"...Jawapanya serba ringkas sahaja."Allah"...

Namun,sy masih tidak berpuas hati lagi dengan jawapan yg telah beliau berikan.Astaghfirullah,malahan sy juga telah mengatakan beberapa kata2 sindirian terhadap agama Islam.Beliau telah mencabar sy utk berdoa kpd Allah.Beliau berkata,"apabila kamu pulang ke rumah,kamu cuma solat bersendirian".Selepas itu,sy telah menyahut cabaranya dengan perasaan penuh sombong.Memandangkan sy telah menganut beberapa agama yg berbeza namun,apakah mukjizat Tuhan yg bergelar"Allah"dpt lakukan..

Sejurus selepas pulang dari sekolah,sy telah bersolat dan memanjatkan doa kpd Tuhan yg bergelar "Allah" tanpa mengikut rukun solat.SubahhanAllah...Air mata sy mengalir secara tiba2.Diri sy juga x memahami apa puncanya.Bukan sekadar itu sahaja,diri sy mengigil kesejukan.Tidak pernah yg mempunyai perasaan sedemikian dlm bbrapa agama yg telah sy anuti.

Keesokan hari sy telah memberanikan diri sy utk memberitahu ustaz di sekolah sy bahawa sy mempunyai hasrat utk kembali kpd Islam.Mulai hari itu,sy telah mengucap 2 kalimah syahadah dan mengisytiharkan diri sbg seorang Muslim.Tidak dapat dinafikan perjalanan sebagai "Muallaf"ini akn mengahadapi pelbagai cabaran seperti ugutan ahli keluarga dan seumpamanya.

Oleh itu,sy sentiasa mengingati diri dan kawan sy,setiap musibah yg kami ditimpa oleh kami ada himah di sebaliknya.Mungkin kita merasakan ia bukan merupakan sesuatu yg kita inginkan namun Allah Maha Mengetahui.Dialah yg tahu apa yg terbaik utk kita.Sesiap musibah mempunyai hikmah disebaliknya.Sbg contoh,jika diri sy tidak melalui perjalanan yg penuh onak dan ranjau ketika zaman kanak-kanak,sudah tentu sy x akan ada peluang utk bertemu dgn nur-Hidayah-Nya dan mematangkan diri sy...

insyaALLAH.. untuk mengenali kawan aku nie, feel free utk add dia di fb : Akhi Azril Hidayat

sampai jumpa lagi. Jazakallah.. 

Sunday, April 7, 2013

BROGA. !

dah lama nak gi dah sini..
maka akibat kebosanan menjadi penunggu rumah seharian, aku seret si ika ikut aku buat keje gila naik ke broga. dengan persedian xde.. head lamp xde, kasut sukan xde, apa pown xde.. aku nekad gerila nak naik gak bukit nie pagi nie..

thanks to faez sponsor kasut. teringat dulu time adik kata die nak naik broga aku bebel sebab die guna kasut sukan bukan kasut hiking.. die pinjam kasut kawan.. dan malam nie turn aku lak.. pinjam kasut sukan kawan. bukan kasut hiking... teruk aku nie. aku marah adik tapi aku pown buat gak..

so.. pukol 1.. kami gerak 1 kereta. menuju semenyih.. kami gerak slow. sempat berhenti makan .. inspect kereta kat petronas.. which , air kereta aku da kering.. pergh. ! bahaya betul aku nie. dan .. menghampiri pukol 3 kami sampai broga.. thanks to GPS.. ! kami x sesat... inilah kebaikan mempunyai telepon cerdik. ! credit to mya.. ! sepanjang perjalanan sempat berkick dengan ika.. " hello kickers.. we are.. bla.. bla.. bla.. "

patutnya kami tunggu leaders untuk naik ke atas. tapi oleyh kerana dah excited tahap terlebih adrenaline, kami siap-siap terus gerila naik atas. x stretching xapa.. memang cari penyakit bebudak nie.. jalan gelap, kami suluh dengan lampu fone. naik atas slow-slow sampai separuh jalan aku pancit.. stamina xde. sebab lama tak exercise.. yang lain fit sebab tiap 2 3 kali seminggu main badminton and joging. aku je terperuk kat uma. maka aku la the only 1 yang pancit.. 2 3 kali berhenti.. sampai la tiba ke puncak datar ke berapa ntah. dan aku terus muntah. lama tahan pening, tahan menggigil kaki.. semua la tahan.. at last muntah juga. pergh. ! lega. serius. dan.. subhanallah.. terbentang panorama indah... angin nya. subhanallah.. subhanallah... itu sahaja yang aku mampu cakap..

kecelakaan kedua aku dapat bila aku terduduk atas takungan air. ya ALLAH... sejuknya tuhan je yang tahu,, aku yang berbaju tebal nie start menggigil.. baju basah sampai kulit.. dalam gelap kami teruskan perjalanan sampai ke puncak. dan subhanallah... masuk subuh sayup- sayup suara azan kedengaran.. kami dirikan solat dalam semak.. wuduk dengan air minuman yang ada. usul untuk solat bila turun aku tolak sebab pastinya kami lewat turun bawah. jadi tanpa peduli pandangan pendaki lain yang tidur melepaskan penat kami cari port dan solat.

bila turun hari dah cerah.. dan terbentang panorama hijau seluas pandangan.. hijau muda hijau pekat, coklat tanah dan hitam batu. kau mampu cipta tu sume? sudah tentu tidak. subhanallah. maha suci tuhanku yang mencipta segala di langit dan bumi. sekali lagi aku terasa kerdil.. berpijak atas tanahnya .. atas dunia nya..

kami breakfast sambil menyaksikan matahari naik. dan.. yeargh.. ! cantik..

perjalanan turun banyak bagi tekanan pada kaki.and next trip will be gunung ledang. insyaALLAH..

p/s  tak lupa fikir, macam mana adik masa dia naik bukit tu dulu..

here few picture.. credit to faez. !


pakai kasut sebelum naik.. 


pancit di pertengahan jalan.




muntah juga akhirnya.. 



puncak datar yang sangat subhanallah udaranya.. ! 


di puncak menunggu subuh




about to turun dari puncak.. 


breakfast 



hasil creativiti faez


sampai bawah


dah penat.. jom balik.. !! 

ok thats all.. for more picture visit here : 













NATURE

hi. ! here i am .. again.. dengan satu ilham untuk mengupdate blog..
kali nie aku nak update santai tanpa sastera dan aku nak buat konsep bersembang.
gejala writer block dah lama bermaharaja lela dalam kepala otak nie sampai lah tadi datang idea nak menulis something.. a piece yang bertemankan " Tadabbur Allam"

ok, here the story.
last week.. aku terlibat dengan kursus untuk Majlis Tertinggi (MT) yang mana semua terdiri dari pada pimpinan kelab at U aku nie. which at first aku memang xde hati nak pergi. sebab? aku da lama xgi kursus. and aku memang x de niat nak korban kan hujung minggu aku untuk "berprogram" .. tapi..
president merangkap abang long dalam kelas aku hantar gak aku pegi...so.. the proses penyucian pown bermula di lokasi.

dah lama tak berlari .. but masa the kursus aku berlari lebih 5km. aaaaaa.. ! rasa nak runtuh semua lemak .. xcukup dengan tu .. kami kene buang sabut kelapa tanpa menggunakan sebarang alatan. The keususahan buat aku fikir, pernah x aku bersyukur dengan semua kesenangan yang aku ada??... aku xpernah susah mcm mom and dad.. aku xperlu jalan kaki panas-panas ke U.. aku xperlu bekerja like american untuk tampung kos kat U.. yang aku perlu buat is "dad, my duet da habis" and kelam kabut ayah masukkan duet.. so, pernah bersyukur? kelapa tu just a analogi untuk buat kita fikir.. kesusahan, cabaran dan rintangan, how do we face it?  do we look at a problem as a booster for our success?? or we just simply say " naaaa.. this is not my passion, not my job not my work. let others do it. "

..................................................////..........................................................

next .. aku kene pegang belut. ulang sekali lagi.. aku kene pegang belut.. ! OOOOO Mai.. ! Belut. tahu apa itu belut? the geli bintang ever. ! aku.. me? aku? kene pegang belut.. tahu x aku nie anak manja ayah ibu yang duduk bawah ketiak tanpa sebarang kesusahan dan kotoran and now aku kene pegang belut... belut? again belut...aku geli tahu.. aku penggeli tahap mega dan giga, tera,semua lah... tapi aku kene jugak pegang.. sebab .. aku di amanahkan untuk pegang,.. and the belut x harmful pown. but still. aku geli. dan aku pegang. ! proud heh??! aku lapik tangan dengan baju dan aku pegang dan aku lari sabil jerit " dinasour.. !!!" just imagine saat tuh.. ! aku rasa macam loser gila.. belut pown geli.. here, aku terfikir.. y aku geli pada belut tu? am i looked down pada belut sebab belut adalah  belut? aku kata kotor.. aku nie bersih sangat ke? belut tu x berdosa.. aku manusia penuh dosa. so sapa lagi kotor kat sini...???

zara, 
kau ingat kau bagus? patutnya belut tu la yang geli kat kau.. bukan kau yang geli pada belut..

ok stop there.
and last task.. lumpur. !
aku insaf sangat kat task nie sebab lumpur tu kotor.. and lumpur tu tanah.. kalau aku mati nanti aku busuk macam tu gak ke?? aku rasa nak meraung kat situ waktu tu gak.. mom's and dad's baby yang x pernah kene kotoran nie mandi lumpur on  that day.. kaki ke kepala aku habis basah dengan lumpur yang busuk sampai 2 hari aku bau lumpur.. walau pown da mandi dan sental dengan sabun segala cap yang ada..now boleyh la lux la, loccitane la.. protex la detol la.. nanti mati sabun buku yang singgit tu je orang gune sental jenazah aku.  jiwa aku menangis lagi. ..

.............................................////////////////////..................................................

setiap aktiviti mestilah ada purpose kan?tapi aku x minat nak cite purpose die semua sebab semua tu dah detail di terangkan waktu kat kursus.. jadi aku highlight kan bahagian "mesra alam" yang aku kene lalui. dan yeargh..!!! akibat semua aktiviti nie aku kene gatal-gatal seluruh badan.. dan merah sana sini.

well, told ya.. am a mom's baby yang xpernah kene kotoran. The worst part is aku wondering macam mana aku mati nanti? aku akan duduk dalam tanah dengan cacing dan segala macam serangga kalau xcukup amal.. alright. serius .. ! gentar hati ini.

ya Rabb.. bebaskan lah aku , kedua ibu bapaku, adik beradikku, guru-guruku, rakan-rakan ku serta kaum muslimin muslimat dari azab kubur mu.. jauhkan kami dari bahang api nerakamu.. ameen..


pada yang x kenal, ini lah belut..