maka akibat kebosanan menjadi penunggu rumah seharian, aku seret si ika ikut aku buat keje gila naik ke broga. dengan persedian xde.. head lamp xde, kasut sukan xde, apa pown xde.. aku nekad gerila nak naik gak bukit nie pagi nie..
thanks to faez sponsor kasut. teringat dulu time adik kata die nak naik broga aku bebel sebab die guna kasut sukan bukan kasut hiking.. die pinjam kasut kawan.. dan malam nie turn aku lak.. pinjam kasut sukan kawan. bukan kasut hiking... teruk aku nie. aku marah adik tapi aku pown buat gak..
so.. pukol 1.. kami gerak 1 kereta. menuju semenyih.. kami gerak slow. sempat berhenti makan .. inspect kereta kat petronas.. which , air kereta aku da kering.. pergh. ! bahaya betul aku nie. dan .. menghampiri pukol 3 kami sampai broga.. thanks to GPS.. ! kami x sesat... inilah kebaikan mempunyai telepon cerdik. ! credit to mya.. ! sepanjang perjalanan sempat berkick dengan ika.. " hello kickers.. we are.. bla.. bla.. bla.. "
patutnya kami tunggu leaders untuk naik ke atas. tapi oleyh kerana dah excited tahap terlebih adrenaline, kami siap-siap terus gerila naik atas. x stretching xapa.. memang cari penyakit bebudak nie.. jalan gelap, kami suluh dengan lampu fone. naik atas slow-slow sampai separuh jalan aku pancit.. stamina xde. sebab lama tak exercise.. yang lain fit sebab tiap 2 3 kali seminggu main badminton and joging. aku je terperuk kat uma. maka aku la the only 1 yang pancit.. 2 3 kali berhenti.. sampai la tiba ke puncak datar ke berapa ntah. dan aku terus muntah. lama tahan pening, tahan menggigil kaki.. semua la tahan.. at last muntah juga. pergh. ! lega. serius. dan.. subhanallah.. terbentang panorama indah... angin nya. subhanallah.. subhanallah... itu sahaja yang aku mampu cakap..
kecelakaan kedua aku dapat bila aku terduduk atas takungan air. ya ALLAH... sejuknya tuhan je yang tahu,, aku yang berbaju tebal nie start menggigil.. baju basah sampai kulit.. dalam gelap kami teruskan perjalanan sampai ke puncak. dan subhanallah... masuk subuh sayup- sayup suara azan kedengaran.. kami dirikan solat dalam semak.. wuduk dengan air minuman yang ada. usul untuk solat bila turun aku tolak sebab pastinya kami lewat turun bawah. jadi tanpa peduli pandangan pendaki lain yang tidur melepaskan penat kami cari port dan solat.
bila turun hari dah cerah.. dan terbentang panorama hijau seluas pandangan.. hijau muda hijau pekat, coklat tanah dan hitam batu. kau mampu cipta tu sume? sudah tentu tidak. subhanallah. maha suci tuhanku yang mencipta segala di langit dan bumi. sekali lagi aku terasa kerdil.. berpijak atas tanahnya .. atas dunia nya..
kami breakfast sambil menyaksikan matahari naik. dan.. yeargh.. ! cantik..
perjalanan turun banyak bagi tekanan pada kaki.and next trip will be gunung ledang. insyaALLAH..
p/s tak lupa fikir, macam mana adik masa dia naik bukit tu dulu..
here few picture.. credit to faez. !
pakai kasut sebelum naik..
pancit di pertengahan jalan.
muntah juga akhirnya..
puncak datar yang sangat subhanallah udaranya.. !
di puncak menunggu subuh
about to turun dari puncak..
breakfast
hasil creativiti faez
sampai bawah
dah penat.. jom balik.. !!
ok thats all.. for more picture visit here :
No comments:
Post a Comment