THE MEMORIES

Monday, July 1, 2013

DRIVER QUEEN OF HEART

1/7/2013 Nur akan sambung study dia. Dengan penuh gigih aku bangun pagi semata-mata nak hantar dia ke tempat dia belajar tu. Kami pergi dengan dua kereta. Kereta aku yang join sekali nur dan asri. kereta satu lagi ibu, ayah ngah, ayah, hadirah dan faiz. 

Setengah jam pertama perjalanan aku cool drive dengan gaya aku. Kebiasaannya aku suka drive pegang stereng dengan tangan kiri. Tangan kanan aku letak kat peha atau aku pegang tingkap. Tabiat. Tak tahu lah nape. 

Tapi, setengah jam berikutnya tiba-tiba ibu decide untuk tukar kereta. Masuk kereta aku. The moment ibu masuk ke kereta terus dua-dua tangan aku pegang kuat-kuat stereng. Nak garu kepala pown aku tak berani hokeey.. ! dah tu meter nak naik tahap 100 pown aku tak bagi. sebab apa? sebab aku sedang drive QUEEN of HAMDAN's .. 

Bila Queen tertidur, aku terasa nak maki jalan raya yang berlekuk-lekuk yang menyebabkan kereta aku berhenjut bila terlanggar hape-hape atas jalan tu. and bila kereta depan brek mengejut lagi bersumpah seranah aku dalam hati sebab aku risau Queen terbangun. aku bawa setenang yang mungkin sebab tak nak tidur Queen terganggu. kalau Queen tidur kat rumah pown aku tak bagi sebarang bunyi kejutkan lena dia apatah lagi atas jalan raya nie. 

berjam perjalanan aku terasa sangat lama sebab badan aku terlalu stress. aku terlalu berhati-hati sebab yang aku bawa nie orang penting dalam hidup 7 of us dan ayah aku juga. so kalau jadi apa-apa aku tak kan maafkan diri aku. kemuncak yang aku rasa mencabar kekuatan jantung aku bila satu accident happened right infront of my eyes yang melibatkan satu motorsikal. sebaik sahaja kereta aku melintas motor tu, terus motor tu berapi dan penunggang tu langgar divider dan berpusing macam kene pusing dengan tornado. aku lihat semuanya dengan kepala hotak aku sendiri. dan yang epic Queen tengah tidur kat sebelah. aku terjerit terperanjat "ALLAH... ALLAH.. ALLAH.. accident.. ALLAH.. " tu je aku mampu cakap. dan semua terjaga.. 

masa tu aku cuma mampu urut dada supaya tenang agar kereta aku masih berjaya di kawal. dalam kepala otak bersyukur bukan kami yang terlibat. tapi sedikit simpati pada penunggang motorsikal tu.

dalam perjalanan balik, aku tanya adik aku.. "kalau kau bawak ibu kau stress x? " dia cakap dia pown stress. sebab kita bawak orang yang paling kita sayang kan.. kita utamakan keselamatan dia lebih dari keselamatan kita sendiri. so korang.. rasa tak apa yang aku rasa??

hidden : QUEEN = ibunda .. HAMDAN's = family name 

No comments:

Post a Comment