THE MEMORIES

Tuesday, April 24, 2012

AKU TAHU APA YANG MEREKA PERJUANGKAN ~


“Muslim.. ya Muslim Yazeer.. cepat datang sini. Akhimu cedera. Cepat kemari. “ laung Ummu Muslim dari kejauhan. Dengan rungut yang bersisa di benaknya Muslim mengatur langkah laju merapati ibunya. “Dah tahu banyak orang jahat kat luar kenapa keluar juga. Kan dah cedera” rungut Muslim tanpa henti.

“ Ya Ummu Muslim. Mujur dia tidak di tembak dengan peluru bom seperti yang selalu di gunakan mereka” beritahu Ummu Akbar, seorang tetangga yang turut terlibat dalam situasi genting peperangan. “ Tidak ada yang mujur wahai Ummu Akbar. Mengapa aku tidak syahid sahaja mengikut jejak anakmu Akbar. Semua orang tahu dia sangat berani melawan pengecut di sebalik tabir besi itu. Aku tidak akan berhenti selagi nafasku masih di beri pinjam oleh ALLAH. Aku akan kesana lagi. Jika tidak ku gempur mereka sehingga mati sia-sia lah aku ini di lahirkan ibuku di dunia “ ujar Muslim Shahir. “ Kenapa kau perlu lagi kesana? Tengok apa dah jadi dengan kau. Sama ada kau bodoh atau kau sengaja cari maut” soal Muslim Yazer. “ buka mindamu wahai adik ku. Umur mu sudah 14 tahun. Kau leka juga bermain di luar sana berpura-pura seolah-olah kau berada dalam selamat. Syaitan laknatullah itu tidak akan puas selagi belum sampainya kiamat. Dan tentera syaitan di luar sana musuh tuhanmu. Musuh agamamu. Biar aku di siat kulit dari daging namun untuk berhenti tidak sekali-kali. Bila aku mati kau lah pengganti. “ tambah Muslim Shahir dengan harapan adiknya akan faham.” Sudah shahir. Kurangkan bersuara dan bergerak. Biar darah ini berhenti. Bantuan ambulance tidak akan sampai ke kawasan ini, lihat sahajalah bagaimana kehancuran tanah ini dan lagi kawasan ini jauh dari jalan raya. Mungkin ada lagi yang perlukan mereka di luar sana. Lukamu ini ibu mampu ubati dengan izin ALLAH akan sembuh jika kamu mendengar kata ibu. Dan kamu shahir, sudahkah kamu mendirikan solat sunat dhuha? Jangan sesekali kamu tinggalkan solat dan musyafmu. Ibu tidak lahirkan kamu melainkan menjadi hamba yang bersyukur. Ayuh, pergi sekarang dan datang kembali kemari untuk menjaga akhie mu. Ibu harus membantu tetangga kalau ada yang cedera dan ibu perlu memasak buat kita.

“Aku harus bangun.” Kata Muslim Shahir. “ Mahu kemana akhie? Kau harus berehat. Ibu pesan supaya kau kurang bergerak” Potong Muslim Yazeer. “ Mereka perlukan aku. Apa sumbanganku jika aku baring sahaja di pembaringanku. Akan ku ceraikan nyawa dari jasad mereka.” “ wahai akhie. Aku tahu kau begitu bersemangat untuk syahid di jalan tuhan. Namun ibuku menyuruhku untuk menjagamu dan melarangmu pergi kemana-mana. Aku ini adalah derhaka pada ibu andai kau kasana juga. Dan syahidmu juga tiada makna di sisi tuhan jika tidak dengan redha ibumu. Setidak-tidaknya tunggulah sehingga ibumu pulang dari merawat tentera yang lain. “ pujuk Muslin Yazeer. “ Ya ALLAH.. sehatkan aku segera. Amatlah malang aku ini terlantar sahaja di pembaringanku.” Tangis Muslim Shahir bersama sendunya. Dengan nada perlahan bait-bait musyaf agung di lafaz satu persatu demi mententeramkan perasaanya.begitulah tiap kalinya bila hatinya berkecamuk, ayat-ayat tuhan yang sudah di hafal sedari umur 7 tahun di baca satu persatu sehingga dia tenang. Muslim Yazeer memandang sahaja. Dia tidak faham mengapa ibunya tegar membiarkan abangnya memilih jalan ini. Bermula dengan walidnya yang gugur syahid ketika dia berumur 10 tahun.

Walidnya seorang yang bertubuh sasa dengan wajah yang tenang mempunyai pandangan mata yang redup mendamaikan. Setiap kali pulang walidnya akan memanggil dia dan akhienya untuk bertanyakan apakah perkara baik yang mereka lakukan pada hari itu. Ibunya dengan senyuman manis sentiasa memenuhi keperluan mereka. Tidak pernah kedengaran rungutan walhal mereka gegak gempita tangisan, raungan dan bunyi letupan sudah menjadi nadi kehidupan mereka di daerah itu. Dia tidak faham apa yang di rebutkan dan mengapa dia harus di lahirkan di daerah kacau bilau ini. Namun untuk menyuarakan pada walid dan ibunya tidak sama sekali. Entah kenapa baginya selagi dia dapat melihat wajah ibu, walid dan akhie nya apabila membuka mata itu sudah cukup untuk menggambarkan kesempurnaan hari dan hidupnya.

Muslim yazeer, nama yang di beri ibu dan walidnya. Dia tidak pernah bersekolah kerana menurut ibunya sekolah yang ada telah di bom pihak tentera laknatullah. Namun begitu sejak umur 4 tahun dia sudah pandai mebaca musyaf berkat tunjuk ajar ibu dan walidnya. Dia di suruh menghafalnya selepas itu. Namun hingga kini dia masih tidak lagi mengingati keseluruhan ayat-ayat agung itu. Semuanya bermula bila dia berputus asa menghafalnya apabila walidnya tidak lagi muncul di rumah. Menurut ibu, walidnya sudah berada di tempat yang aman tanpa peperangan gembira di samping tuhannya. dia tahu syurga itu hebat dan indah namun baginya keindahan harinya bersama kedua ibu bapanya adalah lebih besar dari itu. Maka dia berhenti menghafal musyaf kerana merasakan tidak adik kehidupannya bila dia bertungkus lumus memenuhi permintaan ibu dan walid tetapi walid pergi meninggalkannya.

“Ya muslim, berita terbaru yang ibu dengar dari tetangga, tentera laknatullah kini menembak kita menggunakan senjata baru yang lebih merbahaya, kalau sebelum ini peluru mereka meletup di dalam badan, kini mereka menggunakan senjata yang mengandungi gas yang seperti asid. Korban hari ini sahaja sebanyak Jemaah mahgrib di negara aman.” beritahu ibu sambil membersihkan luka Shahir. “Mereka itu dasar pengecut. Kononnya mereka maju dengan mencipta senjata walhal mereka gentar akan kita, kerana itu senjata pada jarak jauh mereka cipta. Buangkan semua mesin itu dan mari berdepan tentera tuhan ini, aku yakin wahai ibu, seorang tentera tuhan mampu menumbangkan sepuluh tentera mereka. Aku tidak takut akan luka tapi aku geram dan marah bila mereka sewenangnya bersembunyi di dalam kereta kebal mereka. Wallahi batu tanah ini sahaja sudah cukup untuk menumbangkan mereka andai negara aman bersama-sama kita.” Kata shahir. “ ya ibuku, kemanakah ibu siang tadi? Tidak risaukah ibu akan senjata mereka mengenai kulit ibu? “ alih Yazeer. “ Wallahi, ibu berdoa pada tuhan supaya memanjangkan umur ibu untuk melihat kau berjuang ke jalanya. Dan ibu yakin waktu itu akan tiba. Maka ibu tidak risau kerana ibu tahu tuhan memelihara ibu dan telah mengabulkan doa ibu” jawapannya Ummu Muslim mematikan bicara anak-anaknya.
Pagi itu mentari bersinar lagi dengan seri seperti tidak faham kemelut di tanah bergolak itu. Shahir yang sudah sembuh sepenuhnya sudah lama hilang bersama tentera yang lainnya. Dia tidak sempat menanti mentari melainkan harinya di mulai sepertiga malam lagi. Walidnya berpesan, ALLAH turun kelangit dunia menanti permohonan hambanya untuk di makbulkan dan shahir tidak mahu mensia-siakan waktu itu dengan berbaring selesa di pembaringannya. Dia sujud penuh khusyuk mengimamkan ibu dan yazeer. Usai memohon restu ibu, dia hilang dengan lenggok sasa penuh semangat demi membangunkan agama tuhannya.

Yazeer yang leka mendengar radio berkenaan kemaraan tentera musuh di kejutkan dengan kedatangan ibunya di muka pintu. Dengan langkah yang bersahaja ibunya memberitahu shahir gugur di medan perang di bedil kereta kebal tentera laknatullah dari belakangnya selepas dia berjaya mengkucar kacirkan pertahanan musuh serta membunuh hampir sepuluh orang tentera dengan tangannya dan batu. Sedikit bangga terselit di hati ummu muslim saat tentera lainnya menyampaikan berita kesyahidan anaknya. Dia bersyukur shahir lahir dari rahimnya dan gugur dengan kehormatan selepas merealisasikan cita-citanya membunuh tentera laknatullah dengan tangannya sendiri.

Yazeer yang mendengar berita itu berlalu keluar bagi bersama-sama menguruskan jenazah abangnya. Walau bagaimana hancur sekali jenazah itu dia tetap akan sempurnakannya kerana darah yang mengalir dalam dirinya adalah darah yang sama pernah mengalir dalam diri abangnya. Dia sakit hati. Dia dikuasai perasaan penuh amarah terhadap tentera laknatullah. Langkah kakinya yang laju telah terhenti di medan peperangan di mana tentera musuh enak membedil sesuka hati. Di capai sebiji batu dengan lafaz bismillahirahmanirahim dia berniat didalam hati bahawa lontaran ini untuk walid dan abangnya,dia terus melotar batu itu tepat mengenai senjata seorang tentera. Terlepas habis senjata itu dari pegangan tentera musuh. Yazeer berlindung di sebalik dinding banggunan bila tembakan dari tentera musuh bertubi-tubi di lepaskan tanpa belas. Yazeer capai seketul lagi batu dengan lafaz bismillahirahmanirahim dan niat “ini demi agama tuhanku” batu di lontar tepat mengenai topi keledar tentera musuh yang gah berdiri dengan senjatanya. Dum.! Bunyi hentakan kuat di ikuti bunyi objek jatuh. Yazeer merenung ke sasarannya. Tentera yang kemas dengan perisai kepala yang pecah terbujur kaku dalam keadaan kepala yang pecah. Yazeer bungkam. Terduduk di posisinya. Tentera yang lainnya kini menjadikan dia sebagai sasaran. Yazeer tidak peduli akan itu. Dia sedang binggung dengan perkara yang baru berlaku. Bagaimana sebiji batu boleh membunuh manusia yang lengkap berperisai. Ya ALLAH, dia tidak mati demi walid dan abangku, tapi dia mati demi semangatku pada agamamu. Ya ALLAH beri aku peluang maka akan aku sambung perjuangan walid dan abangku. Terk.. ! bunyi picu di tarik. Boom. ! bunyi letupan. Yazeer pasrah kini andai dia gugur saat itu.perlahan lafaz syahadah di ucap dan mata di pejam. Dooom. ! sekali lagi bunyi objek jatuh.

“Ini ibu yazeer.” “ bagaimana aku boleh berada di sini ibu? Sepatutnya aku sudah mati. “ kata Yazeer dengan bingung. “ Ibu tidak tahu apa yang berlaku. Tetapi tetangga yang menyelamatkan kamu mengatakan kamu pengganti walid dan abangmu. 2 orang tentera mati di tanganmu pada hari ini” Tambah ibu. Yazeer terdiam. “ seorang tentera laknatullah mati dengan kesan kepala yang pecah dan seorang lagi dengan kesan tembakan di dada. Ibu tidak tahu apa yang kamu buat, tetapi walid dan abangmu pasti bangga melihatmu dari syurga”. Yazeer yang binggung berdiri dengan yakin. “Wahai ibu yang kucintai, andai tuhan ingin mencabut nyawamu pada hari ini maka ketahuilah dikau boleh pergi dengan aman kerana anakmu ini adalah tentera ALLAH yang akan mengikut jejak langkah syuhada yang lainnya. Aku kini tahu apa yang mereka perjuangkan dan aku kini berjanji dengan nama tuhanku bahawa mereka tentera laknatullah itu tidak akan aman selagi aku masih hidup.” Dengan linangan air mata ummu muslim sujud bersyukur atas hidayah ALLAH pada anaknya dan perlahan-lahan dia melihat wajah suami dan Shahir di hadapannya.


rentakjarimenari : 

cerpen kali nie piece yang saia keluarkan ilham dari sahabat yang mengatakan kesedaran kita untuk boikot barangan Israel adalah ibarat menanti air panas beransur suam. jadi kita di negara aman harus tanya diri kita, apakah sumbangan kita pada agama hari ini?? dan apakah sumbangan pada saudara kita di sana pada hari ini?? wallahualam. ~ 

No comments:

Post a Comment