Helaian ke empat lembaran 365 kisah tahunan aku...
Dalam kesibukan aku bersiap untuk kemedan peperiksaan, masih terselit waktu untuk aku berkhayal mengingati dia yang tak sepatutnya di ingati. Semuanya bermula dari apa yang aku pandang. Dari apa yang aku tengok. Rancangam televisyen..
Aku petik kata-kata Iman,
" hati rasa nak turut merasau apa yang di tonton"..
Aku perlekeh kata-kata dia dengan berpendapat itu cuma rancangan tv. Tapi terbukti.. Experiment methodnya melihat sendiri dan merasai sendiri sekaligus membuktikan pandangan dia betul. Bila terasa sweetnya pasangan dalam tv tu. terasa macam nak jadi heroin untuk rancangan tu. bila rasa zalim heronya mula tv terasa nak di hempas tv tu, Geram punye hal.
Jadi, dah menonton mula lah kepala otak merewang ke lain ingat balik ada x scene yang begitu begini dalam hidup aku.. Dan syaiton yang di rejam memainkan peranan terus membuai aku mengingati detik yang pernah berlaku. Syaiton jugak yang di persalahkan... O.o
Untuk coretan pendek kali ini,
Aku mohon doa dari kalian juga agar turut mendoakan aku untuk hadapi peperiksaan kali ini dengan tenang dan aman. Kebiasaannya masa pepriksaan ni dugaannya lebih berbanding waktu lain. Jadi aku mohon agar semua untuk mendoakan yang terbaik untuk aku, dan keluarga aku. Kalau malas nak sebut nama aku yang panjang berjela tu cukup lah sekadar selitkan "muslimin dan muslimat" dalam doa kalian.. Aku mohon fokus yang tidak berbelah bahagi ketika ini. Aku harap kalian faham betapa aku sangat tertekan di sini.
Cukup setakat ini,
Wahai tuhanku, 1001 perasaan yang aku tidak fahami ini adalah tanda aku hamba yang serba kekurangan yang sentiasa bergantung pada engkau yang maha gagah perkasa.. Kehilangan ini membuktikan bahawa aku hamba yang serba kekurangan yang sentiasa bergantung pada engkau yang memiliki setiap zarah di muka bumi. Aku sedar akan fitrahku dan aku akur pada kekuasaanmu.
Rabbiyassir wala tuassir.. Ya karim. Salam sayyidul ayam... Jumuah mubarakah buat semua.
No comments:
Post a Comment