kaki lemah itu di seret lagi. dia pasrah seperti hari semalam. kaki tetap di seret mengikut kudrat yang kian luput.angka umurnya masih sedikit. tubuh genitnya membuktikan dia masih belum faham apa yang berlaku. namun dia tetap kuat berdiri dengan kaki yang tidak berlapik. calar dia kaki kecik itu semakin bertambah. garisan pangjang bewarna merah kadang kala mengalirkan cairan merah hanyir yang mengundang lalat datang menghurung. namun dia tidak peduli. langkah kaki terus di atur. hari sudah mulai senja dia perlu mencari tempat untuk berehat.
rumah kosong lagi usang di tumbuhi deduit membangkitkan remang roma yang di baluti helaian lusuh penuh kusam. mugkin dah berbulan tidak di ganti. atau juga bertahun. dia cekal kan hati. itu sahaja pilihan yang ada. dia atur langkah kaki menuju ke teratak itu. dah cukup sempurna untuk dia lepas kan lelah. sudah cukup indah ibarat mahligai. di tadah tangan kelangit. ucapan syukur basah di bibir keringnya. merekah dan berdarah.
perut kempisnya berlagu seperti bertanya akan santapan apa untuk malam ini. dia kutip dedaun kayu yang larat di kunyah. ini sahaja malam ini. dia bersyukur lagi. hari semakin gelap. nyamuk yang lapar seakan berpesta gembira meratah darah dari tubuh genit yang sedang lena akibat kepenatan. sejuk malam yang mencengkam seperti tidak terkesan di kulitnya. jelas sekali dia sudah lali. dengkuran kecil membelah kesunyian malam. dia pulas dalam mimpi lena dia peluk kepekatan malam di sebuah rumah usang tidak berpenghuni.
..........................................................//////////////////.............................................................
cahaya matahari yang membahang seakan menghanguskan tulang yang dibaluti kulit nipisnya. dia bingkas bangun. bersyukur kerana masih bernafas. kaki di hayun lagi menyusuri jalan yang semakin panas di bakar mentari. sakit melepuh di biar tidak peduli. duri dahi pohon di sepanjang jalan di redah tanpa hati..
akhirnya kaki genit lagi ego itu di hentikan oleh persimpangan jalan. dia tahu dia semakin membesar. baju lusuh nya kian ketat. tapi satu sahaja yang dia tahu. dia harus terus berjalan. jadi jalan mana dia harus tempuh? persimpangan yang mematikan langkah nya seakan mengejek langkah kakinya.
sebelum dia tiba di rumah usang, dia dah lalui jalan yang di penuhi ramai manusia. jalan mudah yang di huni ramai manusia. namun hidup mudah yang menjadi pilihan bukan lah idamannya. ya.. mereka senang dengan hidup mereka. warga jalan tersebut meminta dia tunggu tinggal die situ. malah ada yang sanggup membesarkannya. namun dia pilih untuk berjalan. kerana itu sahaja yang dia tahu. natijah nya dia kelaparan dan tersadai di rumah usang semalam. menyesal? dia tidak menyesal.
dia tidak mahu berhenti. kerana dia mahu melihat apa yang akan menantinya di sepanjang jalan yang bakal dia lalui. dan kini persimpangan. dia marah. kenapa perlu ada persimpangan? kenapa jalan ini tidak seperti jalan yag pernah dia lalui? jalan lurus dan berpenghuni? kenapa jalan ini sunyi dan kini bersimpang? hati kecil di dalam tubuh genitnya memberontak.
tiada kesan manusia pernah melalui jalan sunyi ini. dia tak tahu apa yang menanti.. mungkin kerana manusia lain berhenti di jalan lurus sebelum ini. dia nekad. kaki berluka itu di angkat perlahan. persimpangan kanan kini di telusuri. langkah di atur lagi. dia tahu ada sesuatu yang menanti dan dia tetap tidak akan berhenti.
No comments:
Post a Comment