THE MEMORIES

Wednesday, January 2, 2013

PUTERA YANG SABAR

"Ya ALLAH, dengan rasa rendah diri aku lepaskan dia dari hati aku"..... Seraya terasa panas mengalir
Jatuh dari pipi sakit dan pedih bermukim di hati.

................. @)-----------------...............

Ramai nya insan yang mengatakan bahawa aku tidak redha atas semua yang berlaku. Sebab tu aku masih terasa pedihnya yang tidak terperi. Aku ingat lagi setiap bait perkataan yang aku lafazkan ketika berusaha memaksa dia membunuh aku dari memori dia.. "selama ini akak terlalu sayang kan kamu. Tapi hari ni hanya benci yang akak rasa" wallahi seperti menoreh hati sendiri ketika perkataan itu aku taip satu per satu.

Hari ini,
Lembaran kosong helaian ketiga dari 365 lembaran kisah aku. Entah sempat atau tidak untuk aku coretkan semua kisah ku di atas lembaran ini. Namun, aku memilih untuk coretkan kisah ini pada lembaran hari ini

"aku tidak hidup dalam kenangan" .. Kenangan buat aku lumpuh. Kenangan buat aku sentiasa terasa untuk mengulangi setiap yang manisnya. Kenangan buat aku menjadi seorang yang berputus asa dengan ketentuannya. Baik kenanga itu manis atau buruk aku seringkali mengelak untuk mengenangnya.

Kali ketiga aku pulang ke pj...
Lelehan panas itu masih setia membasahi pipi. Masih terasa kehadirannya dalam hari-hari aku. Masih ternampak kelibat dia dalam rumah aku. Walau susun atur perabut semua telah berubah. Lihatlah betapa ibu berusaha mengembalikan semangat aku untuk pulih. Namanya langsung tidak kedengaran lagi dalam rumah itu. Namun banyak perkara aku berhenti lakukan sebab aku berusaha buang dia dari hidup aku.

Aku lihat dia dari jauh...
Ikuti perkembangannya dalam setiap penulisan yang dia coretkan. Aku gagal senyum lagi.

Seringkali ketika rindu datang menjelma..
Aku marah pada diri sendiri. Sedangkan nabi gagal untuk di ingati, maka siapakah dia untuk aku rindui. Aku selalu berdoa, sekiranya rindu ini dapat mendekatkan aku pada Yang Maha Abadi maka bantulah aku menguruskan perasaan ini. Tapi sekiranya tidak bunuhlah rasa ini biar semuanya mati setakat ini.

Lama aku diamkan..
Lama aku pendamkan.. Namun hari ini jari terasa ringan untuk menaip setiap bait aksara yang boleh buat orang mengerti kenapa aku begini. Aku sendiri buntu mengapa dalam sekelip mata aku semuanya terjadi. Pertemuan dan perpisahan.. Namun aku pasti ada teguran dan ada pelajaran yang ALLAH mahu titipkan buat bekalan akan datang.

Aku terasa hilang arah..
Bila dia yang aku sayang seperti darah daging hilang sekelip mata. Aku terasa hilang punca. Tapi aku yakin semuanya bersebab. Terlalu banyak yang aku dapat natijah perkenalan ini. Tapi percayalah lukanya terlalu dalam hingga aku tak rasa nak toleh kebelakang kembali. 

Kasih sayang tak kan terhenti selagi nadi masih berfungsi..
Setiap gelagat dia, setiap bait perkataan dia masih kukuh dalam ingatan. Masih segar bunyi suaranya. Namun bila semuanya melekakan, membawa aku jauh dari landasan kenyataan aku istighfar mohon kekuatan untuk tahan lelehan ini dari menghangatkan lekuk pipi yang semakin cengkung hari demi hari. 

Terlalu besar impak kedatangannya dalam kehidupan aku. 

Aku sendiri keliru. Aku mohon supaya ALLAH beri aku kesempatan dan ingatan untuk sentiasa menyebut namanya dalam sujudku yang terakhir sebaris dengan nama ahli keluargaku setiap kali solatku. Amin.





No comments:

Post a Comment