THE MEMORIES

Saturday, December 10, 2011

BULAN SAKIT

Ibu cakap, kalau gerhana bulan atau matahari tandanya bulan atau matahari sakit.. malam ini sekali lagi, SUBHANALLAH.. ALHAMDULILLAH, sayu hati melihat fenomena nie. sains hanya mengatakan itu satu fenomena biasa, tapi sebagai muslim kita kena akui ini semua amaran dari ALLAH mengatakan bahawa betapa berkuasanya dia untuk mengubah sesuatu kebiasaan menjadi sesuatu yang berlainan.

SUBHANALLAH.
menyebut nama mu sahaja mendatangkan kegentaran di hati.
mengingatkan kekuasaan mu membuatkan malu untuk hamba mengangkat muka menongak menghadap langit gelap mu. dalam kegelapan langit yang meluas terbit satu kejadian yang sukup membuatkan saintis hampir gila mengkaji  walhal amatlah mudah bagimu untuk melaksanakannya.

SUBHANALLAH ya ALLAH..
hamba tak bisa bertutur untuk meluahkan gambaran perasaan ketika ini. jari terus menari bagi meluahkan semua yag terbuku di hati, apalah guna hamba menggagumi fenomena ini andai tiada keinsafan terselit di hati. dan apalah gunanya keinsafan andai terlekat bagai habuk di hujung jari.

SUBHANALLAH ya RABb..
jadi kanhamba seorang yang istiQamah. tanamkan keinsafan yang berpanjangan di hati ku. benihkan  perasaan gentar yang kian bercambah dan subur dalam diri ku.

ya ALLAH....
solat ku, ibadahku, hidupku , matiku hanyalah padamu ya ALLAH. fahamilah luahan cinta ini ya ALLAH.. tiada manusia bisa mendapatkan kerinuduan ini ketika ini, tiada manusia bisa memahami perasaan ini ya ALLAH. andai boleyh hamba namakan ini sebagai surat cinta ku, tiada manusia yang layak mendapatkannya, tiada manusia yang dapat memberikan kepuasan ini melainkan engkau.. WAHAI TUHANKU..


SUBHANALLAH WALHAMDULILLAH WALA ILA HA ILLALLAH WALLAH HU AKBAR.


No comments:

Post a Comment