THE MEMORIES

Saturday, December 10, 2011

10/12/11 - GERHANA BULAN PENUH -

10/12/11 - GERHANA BULAN PENUH -

::::::::: setiap kali bila tibanya gerhana maka akan mundar- mandirlah Rasulullah saw dalam keadaan khuatir yang amat sangat kerana kerisauan baginda saw terhadap fenomena yg berlaku. tergambar kerisauan di wajah baginda terutama kepada para umatnya..baginda risau dengan persoalan adakah umatnya tahu bahawa gerhana itu salah satu petanda berlakunya kiamat. setiap kali tibanya gerhana Rasulullah saw akan cepat2 mendirikan solat gerhana agar gerhana itu cepat2 berlalu kerana jika Allah SWT mengkehendaki menahan /
melanjutkan tempoh gerhana itu sehingga ke tempoh yg Dia tetapkan kemudian Dia arahkan ia (bumi/matahari/bulan) bergerak setentang dgn kebiasaan maka huru haralah umat manusia kerana tertutupnya pintu taubat... itulah petanda berlakunya kiamat dan ia juga merupakan petanda kiamat besar...kerana itulah Rasulullah saw melakukan solat sunat dan menggalakkan kita melakukan solat sunat gerhana kerana biar ia cepat2 berlalu jangan sampai kita berjumpa dgn hari tersebut walaupun kita pasti akan melaluinya. jika org yg meninggal pd hari lain ada org bimbing dan solatkan kita tetapi tidak pd hari tersebut...kerana itulah ia juga digelar hari yg penuh huru -hara...so jangan lupa melakukan solat sunat gerhana dan mohonagar ia berlalu dgn cepat. tak salah menghayati kecantikkannya
tetapi jgn sampai kita terleka kerana alim ulama cukup bimbang akan fenomena ini...

 ::::::::::::::::::::::(sekadar perkongsian utk sahabat) :::::::::::::




 ‎"Sesungguhnya gerhana matahari dan gerhana bulan tidak terjadi karena kematian seseorang manusia atau kelahiran seseorang manusia,maka jika kalian melihat gerhana, berdoalah kalian kepada Allah bertakbirlah, sholatlah dan bersedekahlah," (HR.Bukhari dan Muslim)



RASULULLAH S.A.W. PADA MASA GERHANA MATAHARI

Matahari telah gerhana pada suatu hari. Para sahabat telah meninggalkan pekerjaan mereka masing-masing. Kanak-kanak kecil yang sedang berlatih memanah berlari-lari menuju kemasjid untuk mengetahui apa yang akan dilakukan oleh Nabi Muhammad s.a.w.

Nabi Muhammad s.a.w. telah mendirikan sembahyang dua rakaat yang sangat panjang sehingga ada orang yang jatuh pengsan. Dalam sembahyang itu Nabi Muhammad s.a.w. telah menangis sambil berkata:"Ya Tuhanku, engkau telah berkata yang engkau tidak akan menyiksa (umatnya) selagi aku berada bersama mereka dan selagi mereka meminta keampunan engkau."

Disini terjelaslah yang Nabi Muhammad s.a.w.. merujuk kepada ayat Al-Quran yang bermaksud:
"Tetapi Allah tidak akan mengazabkan mereka selagi engkau ( Nabi Muhammad s.a.w.) bersama mereka dan DIA tidak akan mengazabkan, mereka meminta keampunan." - (surah AL-ANFAL-33)

Kemudian Baginda mengucap kepada para jemaah:

"Kamu hendaklah bersegera melakukan solat apabila berlaku gerhana bulan atau matahari. Kalau kamu tahu tanda-tanda hari Kiamat sebagaimana aku ketahui tentu kamu banyak menangis dan sedikit ketawa. Peristiwa-peristiwa seperti ini memerlukan kita bersembahyang, berdoa kepada Allah s.w.t. dan bersedekah kepada fakir-miskin."

No comments:

Post a Comment