semua persiapan da siap
kenduri kendara,
sedara mara jauh dan dekat sume da datang
rumah riuh rendah dan gegak gempita dengan bunyi suara tetamu
ramai owang dalam bilik tu
mak cik-makcik sume dok bisik-bisik sesama sendiri pandang ke arah pengantin yang berbaju lace silver
cantik wajahnya dengan make up dan rambut yang di sanggul tinggi.
dan aku dalam keadaan berdebar-debar sedang duduk bersimpuh di atas katil
perasaan penuh bercelaru melihat baju aku.
wait..!!!
baju aku lace warna silver..
so,
aku la penggantin yang doowang pandang tu???
macam nak gugur air mata masa aku sedar aku lah pengantin tu.
rasa macam baru semalam aku melalui hari-hari bujang aku..
terbayang perjalanan masa depan aku bila da bergelar isteri orang.
aku nak batal kan..!
aku xnak kawen lagi.
tapi semua da tersedia..ibu dan ayah mesti malu nanti.
jadi aku terus duduk berteleku di situ macam patung untuk tontonan umum.
dalam enak aku melayan perasaan,
ayah long aku datang.
pegang cincin warna silver berbatu 3 warna hitam.
sedikit sebanyak aku terharu sebab si dia tahu aku obses pada warna hitam.
sebelum sempat cincin di sarungkan di jari
terkeluar juga suara dari lubuk hati yang aku pendam beberapa jam sebelumnya
"orang nak tengok orang yang bakal jadi tunang orang sebelum orang sarung cincin nie"
habis porak peranda majlis..!
dalam adat melayu mana ada lelaki datang waktu majlis bertunang.
wakil sahaja yang datang
sejam lamanya menunggu untuk panggil si dia
tapi malang dia tak da kat sini rupanya.
jadi,
xkan lah aku xnak sarung cincin tu sampai dia pulang ke Malaysia.??
ayah cik memandang sayu wajah aku
bersimpati sebab aku xkenal pown sapa bakal suami aku.
akhirnya aku sarung sendiri cincin tu di jari.
sebak..!
ya ALLAH.. hancur hati ini ya ALLAH..
dan datang kawan DIA tunjuk kan gambar
orang nya kurus
tinggi
berambut hitam tegak
berkulit putih
semua gambar yang di tunjukkan pada aku semua membelakangkan kamera
jadi aku masih xtahu siapa dia
wajah dia aku tak tahu macam mana
lama aku berteleku di atas katil tu
termenung..
dan bila aku sedar,
aku terbaring dalam keadaan berpeluh
xde pelamin, xde kenduri dan xde cincin.
ALHAMDULILLAH..! mimpi rupanya..!
tapi,
siapa dia??
adakah hanya mainan mimpi atau ................?????
wow....zara.....ha...tgk dh dpt ptunjuk...haaaaaaaaaaaaaa igt x wt air gne garam?????
ReplyDeletemana leyh lupe..
ReplyDeletepengalaman berharga tuh..
a'ah kan.. macam ada connection plak