THE MEMORIES

Wednesday, May 11, 2011

ISU BEG SEKOLAH ~

selalu kalau petang-petang aku akan lepak depan tv dan buat kueyh
dan pada waktu-waktu cam tu selalunya adik- adik aku akan menyerbu masuk rumah macam askar yang diberi arahann 
" SERAAAAAAAAAAAAAAANG..!!! "
 oleh captain.
da masuk rumah beg campak je depan tv tu dan destinasi seterusnya adalah meja makan.
ekspresi waktu tu macam warga somalia yang sebulan xjumpa makanan.
dengan wajah kebuluran terus belasah je apa yang ada tas meja tu.



dan satu perkara yang aku perasan adik-adik aku nie nampak penat sangat dan x berdaya nak angkat beg dowang. 
beg yang dowang campak tadi selalunya aku la yang angkat bawa masuk bilik dowang.
dan...!
PERGH mak aih ni bawak batu ke bawak buku gi sekolah nie?
berat mengalah kan beras sekampit.

dan isu tentang beg sekolah yang berat ini telah di utarakan sejak 2010 lagi.

dan pada pendapat aku ada cara nak atasi masalah nie.
bukan apa adik aku tu asthma.
dan sekolah bertingkat-tingkat.
selamat la driver yang hantar gi sekolah. 
kalau jalan kaki?
mau pengsan tetengah jalan.

antara cara yang  boleh di fikrkan pihak PIBG dan sekolah, aku sarankan :


  • adakan almari di belakang bilik darjah. simpan semua buku teks die belakang. label la dulu takut hilang. jadi keesokan harinya boleyh la belajar tanpa ada pelajar yang tertinggal buku. dan buku teks tu xde la lunyai bila akhir tahun. ye la budak zaman sekarang nie main campak je beg dowang. macam adik aku... dan kalau simpan kat sekolah cikgu dapat awasi pelajar dan pembelajaran dowang. bawak pulang buku yang ada kerja rumah sahaja..



  • cara kedua nie cadangan ibu aku. ape kata kalau dalam jadual tu buat je 2 masa untuk setiap subjek. mean sejam la. xde la macam jadual sekarang nie kalau boleh semua nak satu masa.dan selalunya buku bahasa melayu sahaja da banyak (buku teks , buku kerja, pemahaman, penulisan, ejaan.. macam-macam lagi lah) bila da 2 masa nie masa cikgu dengan pelajara poen banyak dan cukup untuk monitor pelajaran. dan guru-guru perlu proaktif untuk mengelakkan pelajar bosan. ye la budak kecik kan hadap buku nye 5 minit, main yang lebih.


jadi di sini aku rasa perlu la kita sama-sama fikir tentang isu beg berat nie.
xnak lah sebab beg berat lama-lama adik-adik nie malas nak pergi sekolah. 

dan tulisan ini bukan lah "educational writing' jadi aku tidak menggunakan bahasa formal serta tulisan ini tiada niat menghentam sesiapa. sekadar memberi pendapat semata-mata.

No comments:

Post a Comment