THE MEMORIES

Saturday, June 15, 2013

BILA AKU JATUH CINTA

Gelap malam tanpa terang
Suram hari tanpa riang
Hati galau tanpa girang
Bila diri tiada sayang.

Allah..
Adakah ini tanda pudar sudah kasih dan sayang
Allah..
Peluk erat hati ku yang walang
Dakap kemas jiwa ku yang kontang
Penuhi kembali sanubari ku yang gersang..

Allah..
Apa erti nafas ini tanpa redha
Apa erti usia ini tanpa redha
Apa erti mulia ini tanpa redha
Apa erti hidup ini tanpa redha.

Allah..
Biar pergi semua manusia
Asal Kau selalu ada sentiasa

Allah..
Biar pergi semua manusia
Asal hidupku Engkau ada.

Allah..
Setiap detik waktu yang berputar
Aku berusaha sujud biar berpinar
Tatkala jasad membuat onar,
Aku sekadar pinta sejalur sinar.

Allah..
Tatkala langkah semakin lemah
Aku mahu Kau sentiaa memapah
Tika hati bagai di lapah,
Ku pohon sabar agar tak rebah.

Allah..
Ku coret karya tanda cinta
Ku bukti kasih tanpa tanda
Ku pohon pahala senantiasa
Kerana aku insan hina.

Allah..
Kau tahu setiap yang aku rasa
Kau tahu setiap yang tertera
Kau tahu setiap duka
Kau tahu aku dambakan syurga.

Allah..
Tak pernah puas aku bercinta
Tak pernah cukup masa bersama
Tak pernah habis cerita di reka
Bila kelibat Kau yang kucinta.

No comments:

Post a Comment