THE MEMORIES

Monday, June 13, 2011

PELIKNYA PERMINTAAN

ketika jari ini sedang rancak menari di atas kekunci,
warga MALAYSIA sudah tentu sedang enak di buai mimpi
namun mungkin ada segelintirnya yang masih berjaga
menghidupkan malam kerana sakit hati dengan suasana yang mati.

ALLAH ciptakan malam untuk hambanya berehat dan
 mengambil keberkatan dari sebahagian lagi malam itu.
termasuk lah aku,
menghidupkan malam dengan merakam kan catatan ini buat melegakan hati yang sedikit walang.

 sedang aku bersendirian,
memikirkan bertapa membazirnya malam ku yang sering di isi dengan perkara lagha
aku tersedar yang puasa semakin hampir.

dan bertapa pilunya hati bahwa sepanjang hidupku,
aku tidak memiliki seutas tasbih .

aku tidak tahu kenapa,
tapi hati sedikit tersentuh.
barangan lain yang beratus mahupun beribu mampu aku adakan
tapi penghubung aku pada RABB tidak pernah aku ambil peduli.

sungguh alpa dan leka nya aku sebagai hamba.
YA ALLAH,
ampuni kelekaan ku.


1 comment: