Helaian ke empat lembaran 365 kisah tahunan aku...
Dalam kesibukan aku bersiap untuk kemedan peperiksaan, masih terselit waktu untuk aku berkhayal mengingati dia yang tak sepatutnya di ingati. Semuanya bermula dari apa yang aku pandang. Dari apa yang aku tengok. Rancangam televisyen..
Aku petik kata-kata Iman,
" hati rasa nak turut merasau apa yang di tonton"..
Aku perlekeh kata-kata dia dengan berpendapat itu cuma rancangan tv. Tapi terbukti.. Experiment methodnya melihat sendiri dan merasai sendiri sekaligus membuktikan pandangan dia betul. Bila terasa sweetnya pasangan dalam tv tu. terasa macam nak jadi heroin untuk rancangan tu. bila rasa zalim heronya mula tv terasa nak di hempas tv tu, Geram punye hal.
Jadi, dah menonton mula lah kepala otak merewang ke lain ingat balik ada x scene yang begitu begini dalam hidup aku.. Dan syaiton yang di rejam memainkan peranan terus membuai aku mengingati detik yang pernah berlaku. Syaiton jugak yang di persalahkan... O.o
Untuk coretan pendek kali ini,
Aku mohon doa dari kalian juga agar turut mendoakan aku untuk hadapi peperiksaan kali ini dengan tenang dan aman. Kebiasaannya masa pepriksaan ni dugaannya lebih berbanding waktu lain. Jadi aku mohon agar semua untuk mendoakan yang terbaik untuk aku, dan keluarga aku. Kalau malas nak sebut nama aku yang panjang berjela tu cukup lah sekadar selitkan "muslimin dan muslimat" dalam doa kalian.. Aku mohon fokus yang tidak berbelah bahagi ketika ini. Aku harap kalian faham betapa aku sangat tertekan di sini.
Cukup setakat ini,
Wahai tuhanku, 1001 perasaan yang aku tidak fahami ini adalah tanda aku hamba yang serba kekurangan yang sentiasa bergantung pada engkau yang maha gagah perkasa.. Kehilangan ini membuktikan bahawa aku hamba yang serba kekurangan yang sentiasa bergantung pada engkau yang memiliki setiap zarah di muka bumi. Aku sedar akan fitrahku dan aku akur pada kekuasaanmu.
Rabbiyassir wala tuassir.. Ya karim. Salam sayyidul ayam... Jumuah mubarakah buat semua.
THE MEMORIES
Thursday, January 3, 2013
Wednesday, January 2, 2013
PUTERA YANG SABAR
"Ya ALLAH, dengan rasa rendah diri aku lepaskan dia dari hati aku"..... Seraya terasa panas mengalir
Jatuh dari pipi sakit dan pedih bermukim di hati.
................. @)-----------------...............
Ramai nya insan yang mengatakan bahawa aku tidak redha atas semua yang berlaku. Sebab tu aku masih terasa pedihnya yang tidak terperi. Aku ingat lagi setiap bait perkataan yang aku lafazkan ketika berusaha memaksa dia membunuh aku dari memori dia.. "selama ini akak terlalu sayang kan kamu. Tapi hari ni hanya benci yang akak rasa" wallahi seperti menoreh hati sendiri ketika perkataan itu aku taip satu per satu.
Hari ini,
Lembaran kosong helaian ketiga dari 365 lembaran kisah aku. Entah sempat atau tidak untuk aku coretkan semua kisah ku di atas lembaran ini. Namun, aku memilih untuk coretkan kisah ini pada lembaran hari ini
"aku tidak hidup dalam kenangan" .. Kenangan buat aku lumpuh. Kenangan buat aku sentiasa terasa untuk mengulangi setiap yang manisnya. Kenangan buat aku menjadi seorang yang berputus asa dengan ketentuannya. Baik kenanga itu manis atau buruk aku seringkali mengelak untuk mengenangnya.
Kali ketiga aku pulang ke pj...
Lelehan panas itu masih setia membasahi pipi. Masih terasa kehadirannya dalam hari-hari aku. Masih ternampak kelibat dia dalam rumah aku. Walau susun atur perabut semua telah berubah. Lihatlah betapa ibu berusaha mengembalikan semangat aku untuk pulih. Namanya langsung tidak kedengaran lagi dalam rumah itu. Namun banyak perkara aku berhenti lakukan sebab aku berusaha buang dia dari hidup aku.
Aku lihat dia dari jauh...
Ikuti perkembangannya dalam setiap penulisan yang dia coretkan. Aku gagal senyum lagi.
Seringkali ketika rindu datang menjelma..
Aku marah pada diri sendiri. Sedangkan nabi gagal untuk di ingati, maka siapakah dia untuk aku rindui. Aku selalu berdoa, sekiranya rindu ini dapat mendekatkan aku pada Yang Maha Abadi maka bantulah aku menguruskan perasaan ini. Tapi sekiranya tidak bunuhlah rasa ini biar semuanya mati setakat ini.
Lama aku diamkan..
Lama aku pendamkan.. Namun hari ini jari terasa ringan untuk menaip setiap bait aksara yang boleh buat orang mengerti kenapa aku begini. Aku sendiri buntu mengapa dalam sekelip mata aku semuanya terjadi. Pertemuan dan perpisahan.. Namun aku pasti ada teguran dan ada pelajaran yang ALLAH mahu titipkan buat bekalan akan datang.
Aku terasa hilang arah..
Bila dia yang aku sayang seperti darah daging hilang sekelip mata. Aku terasa hilang punca. Tapi aku yakin semuanya bersebab. Terlalu banyak yang aku dapat natijah perkenalan ini. Tapi percayalah lukanya terlalu dalam hingga aku tak rasa nak toleh kebelakang kembali.
Kasih sayang tak kan terhenti selagi nadi masih berfungsi..
Setiap gelagat dia, setiap bait perkataan dia masih kukuh dalam ingatan. Masih segar bunyi suaranya. Namun bila semuanya melekakan, membawa aku jauh dari landasan kenyataan aku istighfar mohon kekuatan untuk tahan lelehan ini dari menghangatkan lekuk pipi yang semakin cengkung hari demi hari.
Terlalu besar impak kedatangannya dalam kehidupan aku.
Aku sendiri keliru. Aku mohon supaya ALLAH beri aku kesempatan dan ingatan untuk sentiasa menyebut namanya dalam sujudku yang terakhir sebaris dengan nama ahli keluargaku setiap kali solatku. Amin.

Friday, November 16, 2012
TETAP INDAH
segalanya nampak indah..
seronok di layan..
terbuai oleh perasaan..
semuanya nampak indah..
bila berdua ada insan ketiga
bila bersama dunia bagai kita yang punya.
semuanya nampak indah..
perkataan demi perkataan di coret buat tatapan
ayat demi ayat di susun sedap di pendengaran..
semuanya nampak indah..
saban waktu masa terluang berdua
hari berjalan seakan tidak terasa..
semuanya nampak indah..
apa yang tahu sentiasa nak bersama
masalah mendatang penguat rasa
semuanya nampak indah
hingga saat berhenti
dengup nadi ikut mati
semua nampak indah..
bila coretan tinta seakan temui jalan buntu
hari di lalui terasa lesu..
semua nampak indah..
sehingalah masa untuk berpisah
hati sudah mula gundah
semua nampak indah..
bila kembali pada pencipta
semua TERBUKTI indah.
hidden : tak pernah teselit sedikit pown perasaan benci.. tak pernah wujud pown perasaan dandam.. belum masa untuk berkasih belum waktu untuk bercinta. ..
awak, perkara indah yang pernah berlaku. dan perkara pahit yang pernah hadir.
Friday, July 6, 2012
21st
ALLAH hu Rabbi.. !
semalam (6/7) genap 21 tahun saia hidup di dunia ini.. ALLAH.. ! syukur atas nikmat ini.. sungguh.. masa itu nikmat.. masa itu rahmat.. maka kita perlu manfaatkan sebaiknya.
kejutan. ! terlalu banyak kejutan bermula beberapa hari sebelum tarikh keramat ini lagi.
bermula dengan kehilangan teman bergaduh teman bermesra. di ikuti dengan kejutan paper exam yang di luar silibus dan kawan-kawan yang sporting tahap tak ingat..
Wallahi... aku hilang tumpuan.. aku hilang arah. tapi insyaALLAH.. ALLAH itu terlalu sempurna perancangannya.. terbaik sokongan dari sahabat.. dan membuka kembali ruangan saia untuk berkarya di sini..
laman yang sudah bersawang.. aku terasa kembali ingin menulis dan menaip. dan sesungguhnya tulisan, karya dan ilham itu satu anugerah.
kejutan di tengah malam : thanks to amai dan sabiha
kejutan di karaoke center : celebration ala TGIF , thanks to fellas
ucapan paling awal : ibu
ucapan paling sweet : kak ina (ucapan di radio era)
hadiah paling sweet di janjikan : pemadan 20 sen dari hadirah (little sista)
wishing text paling awal : alan
wishing message terawal di timeline : hanisah omar
wishing message paling cute : twin
wishing message paling panjang, touched, unreplyable : scar.
aku sertakan beberapa keping gambar kejutan dari rakan. yup, gambar yang sama boleyh di lihat di Fb dan Twitter aku. !

suprised cake jam 0000 (6/7)
wrap da day after paper FIN 420.
3 hours karaoke.
dan ya.. aku sambut gaya TGIF. !
credit to : amai, sabiha, kak ina, sabira, wak, saba, khalis dan ajim.
Wednesday, May 9, 2012
SAIA SENGAJA BLOCK
aku di tanya akan perlakuan pelik saia block seorang teman di facebook, twittter dan baru sahaja melakukan perbuatan sama untuk email dia.
mungkin perlakuan ini mendatangkan persoalan. saia mintak maaf. aku tahu ini pelik. tapi berjuta kemaafkan aku pohon. "jika ditanya megapa perjuangan itu pahit jawapannya kerana syurga itu manis". aku manusia biasa. aku mahu bicarakan semuanya pada pemilik hati aku iaitu tuhan saia, pencipta aku. bukan pada kamu atau mereka.
aku sekadar karang kan kata-kata ini di sini semata-mata ingin memohon kemaafan atas tidakan aku dan mohon kamu faham situasi saia. aku tidak melakukan ini dengan suka-suka.
aku tidak kuat. sebab itu saia lakukan ini. aku tidak kuat, sebab itu aku lari. saia tidak kuat sebab itu aku pergi. aku tidak kuat sebab itu aku mohon di benci. aku tidak kuat sebab itu tidak mahu di MURKAI.
aku tahu aku pelik. aku tahu aku aneh. tapi aku juga tahu aku sangat yakin dengan keputusan dan perlakuan aku
hate me or leave me,
but to be like one of the cheap crap out there, I WONT. !

Tuesday, April 24, 2012
AKU TAHU APA YANG MEREKA PERJUANGKAN ~
“Muslim.. ya Muslim
Yazeer.. cepat datang sini. Akhimu cedera. Cepat kemari. “ laung Ummu Muslim dari
kejauhan. Dengan rungut yang bersisa di benaknya Muslim mengatur langkah laju
merapati ibunya. “Dah tahu banyak orang jahat kat luar kenapa keluar juga. Kan dah
cedera” rungut Muslim tanpa henti.
“ Ya Ummu Muslim. Mujur
dia tidak di tembak dengan peluru bom seperti yang selalu di gunakan mereka”
beritahu Ummu Akbar, seorang tetangga yang turut terlibat dalam situasi genting
peperangan. “ Tidak ada yang mujur wahai Ummu Akbar. Mengapa aku tidak syahid
sahaja mengikut jejak anakmu Akbar. Semua orang tahu dia sangat berani melawan
pengecut di sebalik tabir besi itu. Aku tidak akan berhenti selagi nafasku
masih di beri pinjam oleh ALLAH. Aku akan kesana lagi. Jika tidak ku gempur
mereka sehingga mati sia-sia lah aku ini di lahirkan ibuku di dunia “ ujar Muslim
Shahir. “ Kenapa kau perlu lagi kesana? Tengok apa dah jadi dengan kau. Sama ada
kau bodoh atau kau sengaja cari maut” soal Muslim Yazer. “ buka mindamu wahai
adik ku. Umur mu sudah 14 tahun. Kau leka juga bermain di luar sana
berpura-pura seolah-olah kau berada dalam selamat. Syaitan laknatullah itu
tidak akan puas selagi belum sampainya kiamat. Dan tentera syaitan di luar sana
musuh tuhanmu. Musuh agamamu. Biar aku di siat kulit dari daging namun untuk
berhenti tidak sekali-kali. Bila aku mati kau lah pengganti. “ tambah Muslim
Shahir dengan harapan adiknya akan faham.” Sudah shahir. Kurangkan bersuara dan
bergerak. Biar darah ini berhenti. Bantuan ambulance tidak akan sampai ke
kawasan ini, lihat sahajalah bagaimana kehancuran tanah ini dan lagi kawasan
ini jauh dari jalan raya. Mungkin ada lagi yang perlukan mereka di luar sana. Lukamu
ini ibu mampu ubati dengan izin ALLAH akan sembuh jika kamu mendengar kata ibu.
Dan kamu shahir, sudahkah kamu mendirikan solat sunat dhuha? Jangan sesekali
kamu tinggalkan solat dan musyafmu. Ibu tidak lahirkan kamu melainkan menjadi
hamba yang bersyukur. Ayuh, pergi sekarang dan datang kembali kemari untuk
menjaga akhie mu. Ibu harus membantu tetangga kalau ada yang cedera dan ibu
perlu memasak buat kita.
“Aku harus bangun.” Kata
Muslim Shahir. “ Mahu kemana akhie? Kau harus berehat. Ibu pesan supaya kau
kurang bergerak” Potong Muslim Yazeer. “ Mereka perlukan aku. Apa sumbanganku
jika aku baring sahaja di pembaringanku. Akan ku ceraikan nyawa dari jasad
mereka.” “ wahai akhie. Aku tahu kau begitu bersemangat untuk syahid di jalan
tuhan. Namun ibuku menyuruhku untuk menjagamu dan melarangmu pergi kemana-mana.
Aku ini adalah derhaka pada ibu andai kau kasana juga. Dan syahidmu juga tiada
makna di sisi tuhan jika tidak dengan redha ibumu. Setidak-tidaknya tunggulah
sehingga ibumu pulang dari merawat tentera yang lain. “ pujuk Muslin Yazeer. “
Ya ALLAH.. sehatkan aku segera. Amatlah malang aku ini terlantar sahaja di
pembaringanku.” Tangis Muslim Shahir bersama sendunya. Dengan nada perlahan
bait-bait musyaf agung di lafaz satu persatu demi mententeramkan perasaanya.begitulah
tiap kalinya bila hatinya berkecamuk, ayat-ayat tuhan yang sudah di hafal
sedari umur 7 tahun di baca satu persatu sehingga dia tenang. Muslim Yazeer
memandang sahaja. Dia tidak faham mengapa ibunya tegar membiarkan abangnya
memilih jalan ini. Bermula dengan walidnya yang gugur syahid ketika dia berumur
10 tahun.
Walidnya seorang yang
bertubuh sasa dengan wajah yang tenang mempunyai pandangan mata yang redup
mendamaikan. Setiap kali pulang walidnya akan memanggil dia dan akhienya untuk
bertanyakan apakah perkara baik yang mereka lakukan pada hari itu. Ibunya dengan
senyuman manis sentiasa memenuhi keperluan mereka. Tidak pernah kedengaran
rungutan walhal mereka gegak gempita tangisan, raungan dan bunyi letupan sudah
menjadi nadi kehidupan mereka di daerah itu. Dia tidak faham apa yang di
rebutkan dan mengapa dia harus di lahirkan di daerah kacau bilau ini. Namun
untuk menyuarakan pada walid dan ibunya tidak sama sekali. Entah kenapa baginya
selagi dia dapat melihat wajah ibu, walid dan akhie nya apabila membuka mata
itu sudah cukup untuk menggambarkan kesempurnaan hari dan hidupnya.
Muslim yazeer, nama
yang di beri ibu dan walidnya. Dia tidak pernah bersekolah kerana menurut
ibunya sekolah yang ada telah di bom pihak tentera laknatullah. Namun begitu
sejak umur 4 tahun dia sudah pandai mebaca musyaf berkat tunjuk ajar ibu dan
walidnya. Dia di suruh menghafalnya selepas itu. Namun hingga kini dia masih tidak
lagi mengingati keseluruhan ayat-ayat agung itu. Semuanya bermula bila dia
berputus asa menghafalnya apabila walidnya tidak lagi muncul di rumah. Menurut ibu,
walidnya sudah berada di tempat yang aman tanpa peperangan gembira di samping
tuhannya. dia tahu syurga itu hebat dan indah namun baginya keindahan harinya
bersama kedua ibu bapanya adalah lebih besar dari itu. Maka dia berhenti
menghafal musyaf kerana merasakan tidak adik kehidupannya bila dia bertungkus
lumus memenuhi permintaan ibu dan walid tetapi walid pergi meninggalkannya.
“Ya muslim, berita
terbaru yang ibu dengar dari tetangga, tentera laknatullah kini menembak kita
menggunakan senjata baru yang lebih merbahaya, kalau sebelum ini peluru mereka
meletup di dalam badan, kini mereka menggunakan senjata yang mengandungi gas
yang seperti asid. Korban hari ini sahaja sebanyak Jemaah mahgrib di negara aman.”
beritahu ibu sambil membersihkan luka Shahir. “Mereka itu dasar pengecut. Kononnya
mereka maju dengan mencipta senjata walhal mereka gentar akan kita, kerana itu
senjata pada jarak jauh mereka cipta. Buangkan semua mesin itu dan mari
berdepan tentera tuhan ini, aku yakin wahai ibu, seorang tentera tuhan mampu
menumbangkan sepuluh tentera mereka. Aku tidak takut akan luka tapi aku geram
dan marah bila mereka sewenangnya bersembunyi di dalam kereta kebal mereka. Wallahi
batu tanah ini sahaja sudah cukup untuk menumbangkan mereka andai negara aman
bersama-sama kita.” Kata shahir. “ ya ibuku, kemanakah ibu siang tadi? Tidak risaukah
ibu akan senjata mereka mengenai kulit ibu? “ alih Yazeer. “ Wallahi, ibu
berdoa pada tuhan supaya memanjangkan umur ibu untuk melihat kau berjuang ke
jalanya. Dan ibu yakin waktu itu akan tiba. Maka ibu tidak risau kerana ibu
tahu tuhan memelihara ibu dan telah mengabulkan doa ibu” jawapannya Ummu Muslim
mematikan bicara anak-anaknya.
Pagi itu mentari
bersinar lagi dengan seri seperti tidak faham kemelut di tanah bergolak itu. Shahir
yang sudah sembuh sepenuhnya sudah lama hilang bersama tentera yang lainnya. Dia
tidak sempat menanti mentari melainkan harinya di mulai sepertiga malam lagi. Walidnya
berpesan, ALLAH turun kelangit dunia menanti permohonan hambanya untuk di makbulkan
dan shahir tidak mahu mensia-siakan waktu itu dengan berbaring selesa di
pembaringannya. Dia sujud penuh khusyuk mengimamkan ibu dan yazeer. Usai memohon
restu ibu, dia hilang dengan lenggok sasa penuh semangat demi membangunkan
agama tuhannya.
Yazeer yang leka
mendengar radio berkenaan kemaraan tentera musuh di kejutkan dengan kedatangan
ibunya di muka pintu. Dengan langkah yang bersahaja ibunya memberitahu shahir
gugur di medan perang di bedil kereta kebal tentera laknatullah dari
belakangnya selepas dia berjaya mengkucar kacirkan pertahanan musuh serta
membunuh hampir sepuluh orang tentera dengan tangannya dan batu. Sedikit bangga
terselit di hati ummu muslim saat tentera lainnya menyampaikan berita
kesyahidan anaknya. Dia bersyukur shahir lahir dari rahimnya dan gugur dengan
kehormatan selepas merealisasikan cita-citanya membunuh tentera laknatullah
dengan tangannya sendiri.
Yazeer yang mendengar
berita itu berlalu keluar bagi bersama-sama menguruskan jenazah abangnya. Walau
bagaimana hancur sekali jenazah itu dia tetap akan sempurnakannya kerana darah
yang mengalir dalam dirinya adalah darah yang sama pernah mengalir dalam diri
abangnya. Dia sakit hati. Dia dikuasai perasaan penuh amarah terhadap tentera
laknatullah. Langkah kakinya yang laju telah terhenti di medan peperangan di
mana tentera musuh enak membedil sesuka hati. Di capai sebiji batu dengan lafaz
bismillahirahmanirahim dia berniat didalam hati bahawa lontaran ini untuk walid
dan abangnya,dia terus melotar batu itu tepat mengenai senjata seorang tentera.
Terlepas habis senjata itu dari pegangan tentera musuh. Yazeer berlindung di
sebalik dinding banggunan bila tembakan dari tentera musuh bertubi-tubi di
lepaskan tanpa belas. Yazeer capai seketul lagi batu dengan lafaz
bismillahirahmanirahim dan niat “ini demi agama tuhanku” batu di lontar tepat
mengenai topi keledar tentera musuh yang gah berdiri dengan senjatanya. Dum.! Bunyi
hentakan kuat di ikuti bunyi objek jatuh. Yazeer merenung ke sasarannya. Tentera
yang kemas dengan perisai kepala yang pecah terbujur kaku dalam keadaan kepala
yang pecah. Yazeer bungkam. Terduduk di posisinya. Tentera yang lainnya kini
menjadikan dia sebagai sasaran. Yazeer tidak peduli akan itu. Dia sedang
binggung dengan perkara yang baru berlaku. Bagaimana sebiji batu boleh membunuh
manusia yang lengkap berperisai. Ya ALLAH, dia tidak mati demi walid dan
abangku, tapi dia mati demi semangatku pada agamamu. Ya ALLAH beri aku peluang
maka akan aku sambung perjuangan walid dan abangku. Terk.. ! bunyi picu di
tarik. Boom. ! bunyi letupan. Yazeer pasrah kini andai dia gugur saat itu.perlahan
lafaz syahadah di ucap dan mata di pejam. Dooom. ! sekali lagi bunyi objek
jatuh.
“Ini ibu yazeer.” “
bagaimana aku boleh berada di sini ibu? Sepatutnya aku sudah mati. “ kata
Yazeer dengan bingung. “ Ibu tidak tahu apa yang berlaku. Tetapi tetangga yang
menyelamatkan kamu mengatakan kamu pengganti walid dan abangmu. 2 orang tentera
mati di tanganmu pada hari ini” Tambah ibu. Yazeer terdiam. “ seorang tentera
laknatullah mati dengan kesan kepala yang pecah dan seorang lagi dengan kesan
tembakan di dada. Ibu tidak tahu apa yang kamu buat, tetapi walid dan abangmu
pasti bangga melihatmu dari syurga”. Yazeer yang binggung berdiri dengan yakin.
“Wahai ibu yang kucintai, andai tuhan ingin mencabut nyawamu pada hari ini maka
ketahuilah dikau boleh pergi dengan aman kerana anakmu ini adalah tentera ALLAH
yang akan mengikut jejak langkah syuhada yang lainnya. Aku kini tahu apa yang
mereka perjuangkan dan aku kini berjanji dengan nama tuhanku bahawa mereka
tentera laknatullah itu tidak akan aman selagi aku masih hidup.” Dengan linangan
air mata ummu muslim sujud bersyukur atas hidayah ALLAH pada anaknya dan
perlahan-lahan dia melihat wajah suami dan Shahir di hadapannya.
rentakjarimenari :
cerpen kali nie piece yang saia keluarkan ilham dari sahabat yang mengatakan kesedaran kita untuk boikot barangan Israel adalah ibarat menanti air panas beransur suam. jadi kita di negara aman harus tanya diri kita, apakah sumbangan kita pada agama hari ini?? dan apakah sumbangan pada saudara kita di sana pada hari ini?? wallahualam. ~
Monday, April 23, 2012
SEBAIK-BAIK PERANCANG ADALAH ALLAH JUGA
Seperti
hari yang lainnya langkah kaki anita di
susun bertenaga satu persatu menuju ke
kelas. Masih awal 15 minit namun pada anita 15 minit itu amat berharga agar dia
dapat memanfaatkannya dengan menaiki tangga ke tingakt 8 untuk ke kelasnya.
Kemudahan lift yang di sediakan di kampus hanya di gunakan tatkala masa
mengejarnya seakan mati bila di rempuh masa yang tak akan pernah peduli andai
kita tertinggal sedikit di belakang. Pada anita biarlah dia di hadapan masa
kerana dia tidak mahu menjadi dari kalangan yang rugi.
Tibanya
di kelas, suasana masih sunyi tanpa kehadiran sesiapa melainkan dia. Baru
sahaja mahu melabuhkan punggung ke atas kerusi pintu di kuak dan tersembul
kepala seorang yang sangat di kenalinya. “ Asalamualaikum” sapa Azmir, lelaki
yang sering mengganggu Anita sejak kebelakangan ini. Anita diam tidak membalas
kerana menurut ustaznya hukum asal menjawab salam dari lelaki bukan mahram
adalah makruh di dalam mazhab syafie. Tanpa sempat lelaki itu menambah kata Anita
lantas dengan tegas berbicara “ Tidak ada makhluk lain antara kita ini
melainkan syaitan yang di rejam. Beredarlah kamu dari pandangan mata saya”.
Dengan wajah sedikit terkilan Azmir mengatur langkah meninggalkan Anita
keseorangan. Sungguh Azmir amat mengagumi ketegasan yang ada pada Anita. Sejak
pertemuan mereka yang terjadi secara tidak sengaja Azmir nekad untuk mengenali gadis
itu dengan lebih dekat. Wallahi, hati lelakinya jatuh cinta pada kelembutan keindahan
figura seorang muslimah yang terdapat pada Anita.
Teringat
dia akan pertemuan pertama yang berlaku secara tidak sengaja sebulan yang
lepas. Hujan turun dengan lebat pada petang itu. Dia terkandas di fakulti
walhal dia masih perlu ke kelas seterusnya yang terletak di fakulti matematik
yang terletak di hujung blok. Dalam pada sedang berfikir cara terbaik untuk
menuju kesana tanpa isyarat badannya di rempuh kuat dari arah kanan. “ALLAH
maafkan saya sungguh di luar kawalan saya. Sepatu saya licin dan lantai berair.
Maaf, bukan saya sengaja. Wallahi saya tidak sengaja” tanpa mempedulikan alat
tulis yang masih bertaburan gadis yang merempuhnya itu terus memohon maaf atas
insiden yang boleyh di kira sebagai mengaibkan itu. Azmir lantas tunduk
mengutip alat tulis tanpa menjawab sepatah pun permohonan maaf dari gadis
berkenaan.
Dalam
keadaan hujan yang masih lebat gadis itu terus berlari meredah hujan selepas
menyambut huluran bekas pensel dari Azmir. Tanpak pincang lariannya mungkin
kerana kecederaan semasa jatuh tadi.
“Salam
Alaik Ya Sheikh, jauh termenung.” Sapa Adi setelah melihat Azmir diam memandang
jendela sedari 10 minit yang lepas. “ Ada masalahkah? Cuba khabarkan, andai
mampu meringankan kita pikul bersama” tambah Adi. “ Tidak ada apa Adi.sekadar
pandangan kosong merenung indahnya ciptaan ALLAH. “ ujar Azmir menutup rahsia
hati. “ Asah berbohong Azmir, raut wajahmu sahaja sudah cukup untuk aku faham
bahawa ada hati yang terusik dari salah satu ciptaan ALLAH itu. Ayuh khabarkan
siapa yang menjadi pilihanmu. “ “Apakah boleh aku miliki andai aku buka rahsia
di hati?” ujar Azmir. “ Aenyukai seseorang tidak bermakna kita wajib memiliki.
Manusia harus tahu membezakan antara nafsu dan anugerah yang ALLAH beri. Jika
yakin ini anugerah jangan di cemari dengan fitnah. Terus sahaja lalui jalan
yang benar.” “ Aalannya tidak mudah andai sahaja baru aku beri salam sudah kena
halau” rungut Azmir. “ Anita seperti ini tidak mengharapkan cinta dari yang
tidak halal baginya Azmir, walaupun aku tidak mengenalinya namun dari gaya
parahnya kamu ini aku yakin sudah tentu bukan wanita biasa yang kamu kejar ini.
“ Dia wanita biasa sahaja, lahirnya di bumi membesarnya juga di bumi” tambah Azmir.
“ Pandai bergurau kamu ini Azmir “ ujar Adi sambil berlalu.
Sedang
itu Anita gagal memberi tumpuan penuh pada kelasnya pada hari itu. Fikirannya sarat
dengan persoalan akan kedatangan Azmir. Sedikit sebanyak naluri kewanitaannya
dapat merasakan ada sesuatu yang Azmir mahukan daripadanya. Tetapi dia tidak
tahu apa.
Usai
kelas Anita bergegas pulang ke rumah. Asar sudah panjang dia harus segera. Panjang
langkahnya tanpa menoleh kekiri dan kekanan tanpa sedikit pon dia sedari alunan
langkahnya di perhati seseorang dari jauh. “Subhanallah Tuhanku, aku terima
ketentuanmu” bisik hati kecil sang pemerhati.
ALLAH
HU AKBAR, ALLAH HU AKBAR...
Jelas
pada pendengaran laungan adzan dari muazin. Anita yakin jejaka yang sama juga
yang melaungkannya kali ini. “Subhanallah ya ALLAH.. jika sahaja ini sudah
merdu bagaimana agaknya suara Bilal Bin Rabah saat melaungkan adzan??” Anita
asyik sendiri duduk di dalam saff menanti adzan habis. “Maha suci tuhanku..
inilah sebaik-baik laungan. Manusia walau berlainan bangsa dan bahasa tetap datang
bila kau seru. Sungguh agung kekuasaanmu.. aku akur.” Gumam Anita sendirian. Rutinnya
untuk mengimarahkan rumah ALLAH tidak pernah di tinggalkan jika berkesempatan. Dia
suka kesitu kerana baginya di situ ada ketenangan dan di situ ada kedamaian.
Perjalanan
rutin harian berlangsung seperti biasa. Tiada apa yang berubah. Anita mahupun Azmir
atau pun mahasiswa yang lainnya. Kesibukan dengan tugasan adalah asam garam
dalam pembelajaran. Mereka sudah lali menjadikan tugasan tidak lagi terasa
sukar tapi bagi Azmir hari ini adalah hari paling merunsingkan baginya. Sudah
sepanjang 2 minggu ini dia langsung tidak tersermpak degan Anita, tetapi hari
ini sahaja sudah 5 kali susuk tubuh genit itu berjalan melintasinya. Adakah ini
petanda? Atau mainan perasaan atau apa sahaja. Wallahi istikharah Azmir dalam
kepekatan malam jarang di tinggalkan sejak baligh. Pesan umi, solat malam itu
punca tenaga untuk siang hari. Maka sebagai anak yang patuh,kata-kata umi
adalah pegangan baginya. Azmir diam lagi. Duduk berteleku depan musyaf dan
bersedia membaca nya dengan harapan peroleh ketenangan. “ Ya ALLAH. Apakah yang
harus aku lakukan? “
Suara
yang sama meruntun naluri Anita untuk terus mendengar. Kebetulan Anita singgah
solat sementara menanti pertukaran waktu subjek seterusnya. Peruntukan sejam
cukup untuk Anita persiapkan diri. Charge kembali tenaga dengan solat Dhuha. Azmir
ralit mengaji tanpa dia ketahui ada telinga yang mendengar dengan penuh
kekaguman dan rasa rendah diri pada pencipta yang esa.
Tuk.tuk.tuk..
“Masuk”,suara
dari dalam. “Ustazah panggil saya?” Tanya anita.” Anita sila kan duduk..”
Perbincangan
selama sejam tadi mengganggu emosi Anita. Dia patut bersedih atau gembira atau
apa? Dia dilamar seorang mahasiswa. Ustazah Nuraini sebagai perantara. ALLAHU
AKBAR. ! Muhammad Ahmad Azmir B Muhammad Ahmad Azmin. Dalam dunia nie rasanya
ada seorang je yang manusia yang ada nama yang macam tu. Tak lain tak bukan Azmir
yang datang sejak kebelakangan ini. Dalam galak berfikir tanpa dia sedari
langkah kakinya terhenti di hadapan surau AL Rahman. Pusat ilhamnya. Tanpa berlengah,
dia solat sunat sendirian memohon ketengangan. Sekali lagi bacaan dari jejaka
yang sama menjadi halwa telinganya. Ya ALLAH.. aku jatuh cinta pada suaranya. Siapakah
dia? Tidakkah kau mahu menunjukkan dia pada aku? Penuh ikhlas rahsia hati di
buka pada penciptanya.
Kun Fayakun.
Jadilah maka jadilah. Kuasa ALLAH tiada batasannya. Sekali imbas, pantulan dari
kaca pintu surau meremangkan bulu roma Anita. Mengalir laju air matanya beristighfar
memohon ampun atas ketelanjuran kata-katanya dan syukur sosok imbasan yang di
lihatnya itu lah yang melamarnya. “ALLAHU AKHBAR . ! andai saja boleh aku beri
kan kata putus, akan aku terima atas rasa cintaku padanya. Namun aku ini anak
ibu dan abi. Mereka lebih layak menentukan.”
Alhamdulillah,
cuti semester tiba setelah penat lelah bertungkus-lumus berjihad menuntut ilmu.
Namun berita dari ibu dan abi menggugat ketenteramannya untuk bercuti, namun
sebagai anak anita akur. Dia di jodohkan dengan anak kenalan ibu dan abinya
dengan alasan suaminya kini adalah anak terpelajar dan baik latar belakang
agama mahupun akademiknya. Hati wanitanya menjerit mengatakan cintanya pada
jejaka lain. Hati anaknya melafaz akur pada permintaan owang tuanya dan hati seorang
hamba merasa pasrah pada ketentuan penciptanya.Dia yakin, dia perancang yang
penuh kekhilfan, makala ALLAH perancangan penuh kebaikan. Hal berkenaan dia di
lamar tidak sempat di suarakan kepada orang tuanya apabila dengan penuh
pengharapan kedua ibu bapanya mengatakan kata pututs berkenaan jodohnya selang
2 hari ketibaannya di rumah. Dan kini, dia isteri kepada seorang suami. Pantas sekali
segalanya berlaku. Dia pasrah, redha dan iklas. Dia yakin. ALLAH itu maha tahu.
“Persoalannya
mengapa di tolak ustazah?” Soal azmir tak senang duduk. “Sebaiknya kamu Tanya pada
tuan punya badan.”ujar ustazah nuraini.
Azmir
menghayun langkah nekad mencari dan bertanya sendiri kepada anita. Belum pun
sempat sehari kuliah bermula Azmir sudah hilang arah apabila menerima berita
peminanganya di tolak Anita.
Anita
yang leka dengan kitabnya terkejut bila Azmir sewenangnya duduk bertentang
dengannya. Dengan penuh perasaan kurang selesa Anita bangun duduk memilih carel
persendirian di dalam perpustakaan. Azmir ikut duduk di carel bersebelahan. Tiada
pintu untuk “babul Liqa’” maka carel penghadang pun jadilah. “Benci sangatkah
awak pada saya?” Azmir memula bicara. “Jangan terburu-buru menghakimi,
dengarkan dahulu penjelasannya” balas Anita. “ AJangan terburu-buru menilai,
kenali dahulu hati budinya” tokok Azmir. Saya sudah menikah.itu alasannya. Ujar
anita seraya berlalu. Hatinya pedih. Demi tuhan. Hatinya pedih meninggalkan
arjuna yang di cintai mengejar realiti dia kini adalah milik jejaka lain. Dia yakin
kini, jodonya bukan terletak pada perancangannya. Tapi pada ketetapan sang
pencipta.
Azmir
yang terkejut mendengar penjelasan Anita beristhghfar berterusan bagi meredakan
pedih di hatinya. Dia harus bangkit sebagai lelaki bermaruah dan menjaga meruah
wanita yang berjaya mencuri hatinya. Dia bangun dengan kapayahan, menghayun
langkah sambil mengumam sebaik-baik perangcang adalah ALLAH swt. Air matanya
gugur juga.
rentakjarimenari :
asalamualaikum semua. cerpen nie sekadar memenuhi kehendak hati untuk berkongsi something dengan you all plus rasanya dah lama sangat tinggalkan bahasa Malaysia baku. ejaan pon dah banyak yang dah lupa. dah lama sangat tak buat karangan jadi bila di paksa otak nie buat karangan tersangkut-sangkut jugak lah idea nie. isnyaALLAH akan datang cube dapatkan balik ilham macam masa sekolah dulu dan try improve bahasa. ye lah sekarang dah kat UNI guna bahasa inggeris dan mandarin, makanya kalau x recall balik punah ranah la bahasa.. so long,, ~~ see ya. !
Thursday, April 12, 2012
SAYA BEGINI DAN BIARKAN BEGINI ~
"what a color" or " what a gloomy" or even "you should change the color"
i heard a lot of critics about my color.. the color i choose to put on.. the color i choose to adore.
listen people..
i have my own reason why do i choose this color. BLACK. ya. BLACK. you can see my purse is black, my phone is black my file, my bag, my everything is black.
here .. (in malay)
malam tadi saia ada talk dengan seorang akak dan dia sudah tahap membenci saia oleh kerana pemilihan warna pakaian saia yang gloomy dan cara pembawaan diri saia yang menyendiri. look. like i said before i have bunch of reasons to do that.
im sick of being recognise.. tired to be known by others. since kecil lagi semua owang kenal saia. jalan sahaja semua owang akan kenal. dari mana mereka kenal pown xtahu la nak kata. tapi semua kenal. dengan sekali glance then everybody gonna no it is me.. saia cuma berusaha untuk mengurangkan kemungkinan saia di spot lagi. baik dari perempuan atau lelaki.
plus.,
entah kenapa saia mempunyai perasaan yang saia adalah pokok bunga yang bergerak andai baju saia terlalu warna warni dengan pelbagai pokok yang " di tampal" di fabrik baju. dan saia juga terasa macam saia adalah papan canting dengan warna yang bermacam andai menyarungkan pakaian yang bewarna. my ustazah once said " pakaian kite jangan lebih tiga warna" i dont no why.. but ya.. my cloth xlebih tiga warna. tipu kalau saia kata saia langsung tak pakai warna lain. ada.. yes ada. but mesti ada combination dengan hitam. for ex. hitam dan merah. putih dan merah, coklat dan merah atau apa sahaja warna yang gloomy. sebab saya pegang falsafah " sila pandang orang lain, jangan pandang saia". i noe people xnak pown pandang saia. not being perasan or what ever. im just being honest and try to seek for comfortableness.
people,
it is free for you to think that black is sexy, black is gloomy, black is dull, black is this, black is that.. it is your opinion.. i cant stop you. so do i.. i do think black is special and uniQue that is why am i stuck towards this color. and you all cant stop me from adore this color.. nor put on this color. if you do think wearing jubah with flowers and colors is cool.. than that is you. not me..
smile.. and its a very good therapy.
INDEED. i admit that. but people, i do know when do i have to smile. i never walk with smile on my face. i never walk while seeing here and there. i simply walk with "no feeling" face, straight away to my place. so what if i am like that? you like to smile than that is you. i do smile but to certain situation and certain people. how do i smile to a man i dont no? are you nuts? ok, u said that u also never ask me to smile to man then what if i smile while walking than a man think that i smile to him? hrmmmm? beat that?

you hate me for i am? than its your problem. like i said before hate me leave me but to leave what i believe, NEVER.. !
Wednesday, April 4, 2012
SONNET 18 Vs MUSLIMAH
Kalau shakespears berfikir bahawa adakah kekasihnya layak di
bandingkan dengan musim panas yang tidak kekal.
Andai shakespears mengatakan bahawa musim panas tidak layak
untuk mencerminkan kecantikan kekasihnya.
Andai shakepears mengatakan musim panas bakal di ganti
dengan musim sejuk yang lebih cantik di pandang dari jauh.
Andai shakespears mengatakan bahasa puisinya di nukilkan
bagi memboleyhkan kecantikan kekasihnya kekal selamanya untuk tatapan semua
umat manusia, ketahuilah wahai muslimah indah ciptaan yang maha berkuasa.
Anda
beribu kali lebih indah berbanding itu.
Wahai wanita muslimah,
Musim panas itu indah tetapi boleyh di nikmati oleh semua
manusia. Tapi anda indah hanya buat tatapan yang halal bagi anda.
Wahai hiasan dunia,
Makhluk mengatakan musim panas tidak kekal untuk kecantikan
yang di harapkan berkekalan, sesungguhnya pencipta sekalian makhluk yang maha
kekal berfirman seindah ciptaan adalah dari kalangan anda yang solehah.
Wahai jiwa yang halus berhati kental,
Andai musim sejuk itu mengganti musim panas dan menyakitkan sekalian manusia, ketahuilah anda itu rapuh di luarnya namun bisa menjadi penyejuk buat jiwa yang panas.
keindahan musim sejuk itu dari pandangan jauh namun satu seksaan bagi yang mampir,
tetapi anda indah pada pandangan jauh dengan pakaian elok tetutup
memberi ketenangan pada yang mendekati
menjadi pendamai dengan kata-kata penuh berhikmah.

Wahai penggoncang dunia dengan tangannya,
Andai puisi di cipta bagi penghargaan makhluk kepada makhluk,
ketahuilan pencipta makhluk mencipta syurga buat anda atas penghargaan takwamu.
Wahai pelengkap kehidupan sang adam.
Jangan bersedih andai
tiada makhluk yang memuji anda cantik
kerana sesungguhnya pencipta sekalian makhluk telah memuji anda terlebih dahulu di dalam muhsafnya bahawa anda tercipta dengan sebaik-baik ciptaan..
kerana sesungguhnya pencipta sekalian makhluk telah memuji anda terlebih dahulu di dalam muhsafnya bahawa anda tercipta dengan sebaik-baik ciptaan..
\Wallahi, Ahamdulillah aku seorang wanita muslimah
Tuesday, March 27, 2012
Tak tahu korang nak percaya atau tak tapi semalam masa bersiap nak ke kelas dah put on the jubah and the tudung, terperasan satu perkara..
keronsang yang saia kenekan di tudung menyerupai tanda salib. kalau tengok sekali memang kita akan sangka xde pape. tapi bila perhati bentuknya macam bentuk salib cuma dah di kenakan nilai tambah yang xkatara ke-salib-an nya..
ok here. as muslim kite semua di larang sama sekali untuk pakai apa-apa tanda atau simbol yang menyerupai atau melambangkan agama lain. boleyh terpesong akidah melalui perbuatan. syukur alhamdulillah cepat sedar.. and pada semua please do hati-hati masa nak beli benda-benda yang kite pakai. sekarang nie pown dah banyak lambang tu pada pakaian kita. kalau tak teliti elok-elok boleyh terbeli dan terpakai.
sila jadi cerewet

Subscribe to:
Posts (Atom)