THE MEMORIES

Monday, July 1, 2013

DRIVER QUEEN OF HEART

1/7/2013 Nur akan sambung study dia. Dengan penuh gigih aku bangun pagi semata-mata nak hantar dia ke tempat dia belajar tu. Kami pergi dengan dua kereta. Kereta aku yang join sekali nur dan asri. kereta satu lagi ibu, ayah ngah, ayah, hadirah dan faiz. 

Setengah jam pertama perjalanan aku cool drive dengan gaya aku. Kebiasaannya aku suka drive pegang stereng dengan tangan kiri. Tangan kanan aku letak kat peha atau aku pegang tingkap. Tabiat. Tak tahu lah nape. 

Tapi, setengah jam berikutnya tiba-tiba ibu decide untuk tukar kereta. Masuk kereta aku. The moment ibu masuk ke kereta terus dua-dua tangan aku pegang kuat-kuat stereng. Nak garu kepala pown aku tak berani hokeey.. ! dah tu meter nak naik tahap 100 pown aku tak bagi. sebab apa? sebab aku sedang drive QUEEN of HAMDAN's .. 

Bila Queen tertidur, aku terasa nak maki jalan raya yang berlekuk-lekuk yang menyebabkan kereta aku berhenjut bila terlanggar hape-hape atas jalan tu. and bila kereta depan brek mengejut lagi bersumpah seranah aku dalam hati sebab aku risau Queen terbangun. aku bawa setenang yang mungkin sebab tak nak tidur Queen terganggu. kalau Queen tidur kat rumah pown aku tak bagi sebarang bunyi kejutkan lena dia apatah lagi atas jalan raya nie. 

berjam perjalanan aku terasa sangat lama sebab badan aku terlalu stress. aku terlalu berhati-hati sebab yang aku bawa nie orang penting dalam hidup 7 of us dan ayah aku juga. so kalau jadi apa-apa aku tak kan maafkan diri aku. kemuncak yang aku rasa mencabar kekuatan jantung aku bila satu accident happened right infront of my eyes yang melibatkan satu motorsikal. sebaik sahaja kereta aku melintas motor tu, terus motor tu berapi dan penunggang tu langgar divider dan berpusing macam kene pusing dengan tornado. aku lihat semuanya dengan kepala hotak aku sendiri. dan yang epic Queen tengah tidur kat sebelah. aku terjerit terperanjat "ALLAH... ALLAH.. ALLAH.. accident.. ALLAH.. " tu je aku mampu cakap. dan semua terjaga.. 

masa tu aku cuma mampu urut dada supaya tenang agar kereta aku masih berjaya di kawal. dalam kepala otak bersyukur bukan kami yang terlibat. tapi sedikit simpati pada penunggang motorsikal tu.

dalam perjalanan balik, aku tanya adik aku.. "kalau kau bawak ibu kau stress x? " dia cakap dia pown stress. sebab kita bawak orang yang paling kita sayang kan.. kita utamakan keselamatan dia lebih dari keselamatan kita sendiri. so korang.. rasa tak apa yang aku rasa??

hidden : QUEEN = ibunda .. HAMDAN's = family name 

Saturday, June 29, 2013

JERAWAT? OH NO.. ! AKU DOWN

Sebagai perempuan yang NORMAL.., (caps lock di situ) memanglah  isu jerawat nie isu sensitif.. bertambah-tambah sensitif bila tiap hari orang dok tegur..

ohoooohoooi.! Sedih tahu..
Tak tahu lah banyak toxic kowt kat dalam badan nie .. Tetibe je bermasalah muka nie.
Sejak 5 6 bulan yang lepas. Jenuh dah cuba ubat tapi macam makin teruk pon ada gak. Sedih tahu. !

Cakap je produk apa.. Pantang di sebut memang aku beli.. Housemate cerita itu bagus ini bagus semua aku try. Hasilnya? Sama je.

Terasa down diri ini bila dorang cakap "Zara macam makin teruk je muka kau" oit. ! Si jelita putih gebu tetiba bertompok macam kene demam campak. oh please.. aku down. !

Tahu tak, krim muka Yaya sama jenama dengan aku cuma contain 1000 iu. padahal aku punye 3000 iu. tapi muka Yaya da bersih .. da licin macam mozek. tapi muka aku macam xde pape kesan..

Hid,
Ko faham tak perasaan aku kat sini. Tiap hari berjam-jam aku dok depan cermin si Yaya dok tegur "hoi.. yang kau dok depan cermin tu dah napa" . kang kalau aku tak tengok cermin dorang lak yang cakap muke da naik la apa la.. weyh.. sedih tahu. ! aku down.. !

Bila tengok picture lama, zaman muke licin ala-ala lantai tile then compare dengan muka sekarang aku terasa macam orang sakit. weyh.. ! Bukan aku tak bersyukur ada muka.. Aku bersyukur. Tapi aku down. ! Kenapa naik banyak sangat nie. Ke memang aku sakit??

Tu bab muka. Bab kulit tangan badan dan kaki tak payah cerita la..
Kalau kene matahari je, siap la.. merah, pedih dan boleh luka. Puteri lilin dorang kata..

Masa dok berendam dalam laut naik merah-merah kat tangan. Berenang dalam pool merah-merah seluruh badan. Korang ambuk sehelai kertas A4 yang suci murni tanpa conteng then ambik satu pen merah try buat titik titik banyak kat atas kertas tu. ha.. tu la di ibarat kan badan aku. putih dan merah. memang lah ketara. pergh. ! aku down tahu.. !

Bila macam-macam produk dan supplement di suggest pada aku supaya try, aku bertambah down.! Beratus habis duet. Tapi kesannya sama.

Tak pe la Zara. mungkin belum masa or belum jumpa produk yang sesuai kowt. ! Kalau tak pown mungkin ALLAH ada perancangannya sendiri. Ganjaran untuk orang yang sabar tu kan besar. Sabar ye..

Friday, June 28, 2013

BIRTHDAY DA DEKAT

aha.. ! my sweet 22th birthday da dekat. so rasanya da boleh start buat wish list nie.
lets scroll the page.

  • Tafsir Quran Ibn Katsir
First time pegang selak dan baca tafsir nie masa kat library terus jatuh cinta. terus nak baca lagi dan lagi. Subhanallah.. satu hari nanti aku memang akan dapatkan tafsir nie satu set. 
  • Niqab 3 layer dari Yaman
First time terpandang kan seorang sister nie pakai masa kat tesco terus jatuh cinta tahap golek-golek dengan niqab tu. seriously. nak.. ! dah pernah mintak sebab nak reward diri sendiri yang dah bertungkus lumus jawan paper math. tapi xdapat. tapi xpe. i'll go and get my self my self one of it. straight dari Yaman nanti. hahahaha.. ! 
  • Jubah A cut
first time tengok si Mya pakai aku dah melunjak-lunjak nak jadi kan koleksi. potongan dia cantik.. tak ikut bentuk badan. dan kain dia tak panas. nevermind.. raya da dekat. memang wajib la aku borong jubah nie kat butik-butik pilihan yang selalu aku menabung tuh. 
  • Purse
purse aku da koyak. dah la susah nak cari replacement untuk barang-barang aku nie. sebab gejala terlalu cerewet yang menular dalam diri. tapi hari tu ada ternampak satu kat PADINI. cantik. but xde warna hitam. so matikan niat. tapi xpe. raya da dekat. nanti sale borong kau-kau sampai habis paper bag kat padini sana tuh. paper bag je la tapi. nak beli barang den x mampu.

so basically tu je la setakat nie. and basically semua wish list aku nie jatuh cinta pada pandagan pertama. biasa la .. perempuan kan. nampak apa pown nak. ceeewah. ! so zara.. ! start saving la dari sekarang..

SWEETHEART

soon i'll be home.
nak hantar one of my sweetheart yang sekarang ni no longer budak kecik. da bujang pown dia. da boleh cari makan sendiri. da boleh berfiikir sendiri dan dah boleh buat keputusan sendiri.

dia akan further study dalam bidang yang dia minat. fotografi.. ! some people might sound it uncool. but for me it is coll enough for my brother. i know him. and i just hope he do well.

kenyataannya dia akan jauh dari keluarga. FOR THE FIRST TIME. yeargh.. for the first time.! kalau asri alias si sugar aku tu, aku tak hal sangat. sebab dia still dekat dengan aku. paling-paling tak pown aku just start enjin dan drive 30 minit dan taraaa aku dah berdiri depan gate rumah dia.

but as for sweetheart, mungkin tak dapat buat macam tu sebab jauh sikit. but still la, dalam malaysia. kah3. !

still ingat lagi masa first time dia masuk sekolah menengah.. macam mana aku guna segala cable yang ada untuk naikkan kelas dia.. aku guna 1001 cara supaya dia dalam belajar. but then dia pilih cara dia.. sebab dia nie lain sikit. tak minat teori.

then nie nak masuk IPT pown aku guna segala cara yang ada supaya dia dapat apa yang dia nak. dia minat. walau pown aku tak tahu apa sebenarnya yang ada dalam hati dia. tapi as kakak, aku tak nak dia down. aku tak nak dia berbeza dengan orang lain. aku nak dia jadi lebih baik dari orang lain. termasuk lebih baik dari aku..

so, apa yang aku rasa aku boleh buat, aku buat. apa yang aku rasa aku boleh tolong aku tolong. 1001 cara.. aku tak perduli. yang penting adik-adik aku dapat apa yang dorang nak.

walaupown hakikatnya aku bukanlah kakak yang baik bila aku selalu susahkan adik-adik aku terutamanya si sugar.. but still, aku selalu berharap yang terbaik selalu mengiringi dorang.

to all my siblings,
mungkin mah selalu nampak terlalu garang dan annoying. but satu je mah nak korang tahu. mah sayang korang lebih dari mah sayang diri mah sendiri. *sob..sob**




mah jumpe all these candid dalam profile nur dalam lappy mah. 

muke evil asri the sugar, 
muke cool nor
muke ceria dibah..
muke happy hadirah..

last but not least, 


the cute and the hyper active faez.. 





ECO 535

SCREW YOU.. !!! 
i was aiming for an A.. !!! 

sir, it is you who said the calculation will not be tested. 
just see what happened .. 

out of 6 questions, 3 are calculation.. 

im a dead meat. ! 


PERASAAN YANG DI LUAH DENGAN TULISAN. nie la jadinya..

kalau aku boleh menulis macam dulu, tulis dan tulis tiap hari kat sini
aku akan sangat bersyukur. 
tapi twitter buat aku dah tak rasa nak berleter kat sini. 
plus dulu aku suke duduk sorang-sorang tepi tingkap menghadap laptop nie
dan tulis apa yang aku nampak dan fikir.
tapi sekarang masa aku banyak di habiskan dengan berjimba dengan kawan-kawan. 
kalau tak pown aku akan habiskan masa aku menghadap movie. 
bodan tengok movie aku akan bukak komik. 
bosan baca komik aku akan tidur. 
lepas bangun tidur aku makan. macam tu lah..
fone dah senyap. 
start semalam. 

ok.
aku rasa selamat untuk aku ceritakan kat sini. 
kawan-kawan aku semua tengah pening dengan final. tak kan la aku nak bebel kat telinga dorang. 
so hidden, please listen to me.

aku baru je delete we chat, bbm si iman. 
die text aku x balas. die whatsApp aku tak balas. 
sebab? aku takut. aku takut pisang berbuah dua kali.
aku lari.. yes .. aku lari.. 

iman tu da ada special. akan bertunang. aku layan macam adik. tapi orang kuat salah sangka.
aku tak nak apa yang dah jadi antara aku dan amir jadi lagi. 
tak kisah la dengan iman atau sesapa pown.
aku seorang kakak yang di cemburui oleh semua perempuan kat luar sana. 
tu hakikat.

kesian si iman. aku just walk away tinggalkan die terkapai-kapai. tapi tak pe. dia akan heal dua tiga hari lagi. 
tapi untuk aku heal dengan apa yang amir da buat? mungkin take years.. 

masih segar dalam ingatan macam mana aku paut body DD sebab aku da nak tumbang tak larat. 
da nak pengsan. seteguk air pown tak masuk dalam tekak aku seharian. excited nak jumpe adik punye pasal kan? so lupe makan minum sendiri. but masuk kereta did he say anything to me?? did he look at me??  did he?? im dying in front of his eyes. he just .. SILENT... ! 

guess what? person yang vow sayang sangat kat korang berubah in a blink. so here, iman.. akk da serik. 
i'll be there if u needed me. always. im your fasi. but not your akak. i am no longer akak to anybody except my sibs..

sometimes kan hid, aku pelik.. 
kenapa kalau aku jumpe orang mesti jalan cerita dia sama.. 
apa yang ALLAH nak ajar aku nie? i guess i cant take it easy starting today. sebab??  aku rasa ada lesson behind all these meet. aku rasa.. and i can feel it on my bones. i just knew it. 

aku dah bosan dan fade up dengan semua nie. sangat penat. aku lari jauh dah. aku tinggal kan semua nya lama dah. tapi kenapa jalan cerita nya berulang?? 

hid, 
if you a human.. what will you tell me???  to stop talking about it? for god sake.. you know how long have i shut my mouth. to stop thinking about it? seriously you know how struggle i am. to stop involved in all those crap? you really know I've washed my hand. 

so hid, 
what is exactly happen and what is the aim of my shoot? shall i pull the trigger or shall i just put down the gun and walk away like a nil?? what??

sometimes i ask myself..
why did i been choose to face this kind of shit? seriously.. this is shit.. i shouldn't have to figure this i supposed. but i am now.. so i have to face it right? 

hid,
if you can tell, you will know how tired i am. yes. im tired.  



Saturday, June 15, 2013

BILA AKU JATUH CINTA

Gelap malam tanpa terang
Suram hari tanpa riang
Hati galau tanpa girang
Bila diri tiada sayang.

Allah..
Adakah ini tanda pudar sudah kasih dan sayang
Allah..
Peluk erat hati ku yang walang
Dakap kemas jiwa ku yang kontang
Penuhi kembali sanubari ku yang gersang..

Allah..
Apa erti nafas ini tanpa redha
Apa erti usia ini tanpa redha
Apa erti mulia ini tanpa redha
Apa erti hidup ini tanpa redha.

Allah..
Biar pergi semua manusia
Asal Kau selalu ada sentiasa

Allah..
Biar pergi semua manusia
Asal hidupku Engkau ada.

Allah..
Setiap detik waktu yang berputar
Aku berusaha sujud biar berpinar
Tatkala jasad membuat onar,
Aku sekadar pinta sejalur sinar.

Allah..
Tatkala langkah semakin lemah
Aku mahu Kau sentiaa memapah
Tika hati bagai di lapah,
Ku pohon sabar agar tak rebah.

Allah..
Ku coret karya tanda cinta
Ku bukti kasih tanpa tanda
Ku pohon pahala senantiasa
Kerana aku insan hina.

Allah..
Kau tahu setiap yang aku rasa
Kau tahu setiap yang tertera
Kau tahu setiap duka
Kau tahu aku dambakan syurga.

Allah..
Tak pernah puas aku bercinta
Tak pernah cukup masa bersama
Tak pernah habis cerita di reka
Bila kelibat Kau yang kucinta.

Sunday, June 2, 2013

NIQAB YANG AKU TUNGGU

Dengan penuh kesedihan aku nak bagitahu diri aku yang berhenti berharap untuk niqab yang di tunggu-tunggu selama ni. Sebab nya niqab tu tak akan sampai.. Hampir setahun weyh aku tunggu niqab tu sebab nak reqard diri sendiri. (Walaupon bukan aku yang beli niqab tu).

Meh aku cite satu-satu. Masa sem dua result aku drop mendadak-dadak rentetan dari result sem satu yang tak berapa nak nice. So aku buat intersesi untuk repair subject math yang aku gile-gile tak minat tuh. Dan alhamdulillah result aku naik sikit. Sikit je la walau pown paper tu aku tetap C. So as reward aku pegy la gatal-gatal mintak niqab 3layer dari yaman kat muse. Walaupown aku tau muse kat madinah. Eh for sure la ada niqab jenis macam-macam kat madinah sana tu kan. So dia pown cakap la tak janji tapi dia cuba penuhi.

Baru-baru ni dengan penuh kedukacitaannya dia bagitau dia tak sempat beli. Sebabnya?? Sebab aku tak balas mesej time dia tanya. La hai.. Aku memang saja tak nak balas. Aku kat pulau time tu. Nak save bateri punye pasal aku tak balas la mesej dia. Time aku balas pulak die dah ntah mana-mana da atas ceruk bumi nie.

Jadi konklusinya, aku tak dapat la mengkoleksikan niqab tu. Untuk mengubati hati yang lara, aku google image je la abaya dan niqab petang ni. Padahal boleh je kan beli sendiri.. Haha..

Hidden : muse = makhluk tuhan .

Monday, May 20, 2013

TALK

Kehidupan semakin menarik bila umur semakin meningkat nie. Komitemen dan tanggungjawab pada study semakin bertambah apatah lagi kehidupan. Dalam kesibukan nie, ada tak kita luangkan sedikit masa dan tenaga untuk ummah? Fikir sejenak pasal ummat Islam..

Hari nie Rakan Intelek dan Peers Club telah berjaya buat satu talk tentang Gaza dan Syria di Audi.. Dalam pada berbelah bagi nak pegi ke tak nak pegi nak tak nak.. nak tak nak.. tetibe je aku dah duduk kat kerusi audi tu. 

Masa tengah duduk melayan fone sementara tunggu talk bermula, budak sebelah aku cuit aku. Dia kata cam nie kat aku "akk, orang ajak kawan orang datang dia tanya orang cam nie, kenapa palestin dan syria been highlight tapi no one cares bout Rohingya dan Thailand. there are muslims too right?

Aku slumber badak jawab sambil main fone " orang pandang Palestine dan Syria sebab itu negara umat islam. tapi Rohingya dan Thailand bukan negara islam" 

Dia tanya aku balik. "Tapi kita kena ambik tahu gak. Dorang pown kan islam"

aku : "Memang kita kena ambik tahu. sebab mereka saudara seislam. Tapi isunya dunia hanya nampak Palestine dan Syria sebab dua nie negara islam. Jadi kalau bergolak orang nampak. Tapi Rohingya dan Thailand minoriti Islam. Jadi dunia xnampak. Peranan kita yang cakna tentang isu nie untuk bagitau masyarakat kat luar supaya mereka turut pandang serius pada Rohingya dan Thailand walaupown bukan negara Islam"

Secara peribadinya,
Aku merasakan bila ada kesedaran, hatta sehelai pown rambut muslim yg lain gugur akibat kekejaman kafir harbi, seantero dunia merasakan sakit nya. So sisters and brothers, do you feel the pain? 

Friday, May 17, 2013

JAGA-JAGA..

Jam baru pukol 11 tapi suasana punye lah sunyi macam dah pukol 3. MasyaALLAH.. Kenapa lah sunyi sangat nie. Rumah pown da gelap gelita dah. Bila dok jeling, rupanya roomate merangkap housemate checkmate dan segala mate yang ada dah sedap lena di buai mimpi. aku? Masih stuck kat meja makan dengan ipad dan segala gadget yang ada dok fikir nak buat apa la malam nie.

Masa stay kat Apartmen Yayasan Melaka dulu pukol 3 pown macam baru pukol 9. Punye lah riuh rendah. berbeza sungguh suasana kat kampung morten nie. Pelik kan nama kampung tempat aku tinggal nie? but kalau tak tahu meh aku bagitau.. Kampung morten nie Kampung Heritage Melaka. InsyaALLAH ada masa nanti aku taip satu piece khas untuk tempat tinggal aku nie.

Berbalik pada ceita sunyi aku nie tadi, sedang enak aku duduk melayan semua makluk bijak tak nampak otak aku nie (gadget_, aku rasa suasana semakin sunyi dan sejuk. ohooohoi. ! Nie bukan cerita hantu adik akak oi. ! Cuma aku just nak cerita berbezanya tempat tinggal aku dulu dan kini. Harus lah berbezakan? Dah nama pown tempat len-len.

Natijah daripada kesuyian nie, aku jadi kelawar dah sekarag nie. Lagi teruk dari kelawar dah aku rasa. Malam aku tidur awal.. Siang lak aku bangun lambat. Lastnya sepanjang hari aku dok tingtong tak sedar apa yang berlaku kat keliling. Ceh. Serius .. Banyak tidur nie buat otak blurr-blurr and rasa nak tidur lagi. Rasa tak bermaya dan tak bersemangat. Bukan tu je. Tidur banyak nie buat ketagih. Esok rasa nak bangun lagi lambat.. Lambat dan lambat..

Tak percaya? Try test sendiri la.. Aku yang kategori morning person nie pown leh tewas gak kalau sekali da bangun lambat esok nya mesti lambat gak. Sumpah aku tak tipu. ! dan aku sarankan toksah lah dok buat,..

Untuk adik-adik, ukhti-uhkti dan kakak-kakak yang bernama wanita sekalian, nie meh aku nak nasihat sikit. aku ambik kata-kata sorang nie..

"Lelaki kalau cari isteri, dia nak cari yang jenis bangun supaya leh kejut bangun pagi sebab lelaki nie liat bangun pagi bukan yang jenis tidur sekali sampai matahari tinggi. "

Aha.. maka kalau rasa nak jadi ala-ala cinderella yang kawin putera raja tu sila la bangun pagi dan toksah berjaga malam ye... Pesanan tok diri sendiri sebenarnya.. .

Aku ambik gak kata-kata sorang nie.

"kalau berjaga malam alamat siang tak terjaga, kalau berjaga siang nanti malam kena jaga-jaga.."